Showing posts with label Pokok Tanaman. Show all posts
Showing posts with label Pokok Tanaman. Show all posts

April 4, 2017

Cili Besar & Cili Padi

balik kampung beberapa hari masa cuti sekolah
cili besar dan cili padi habis masak dan jatuh ketanah

petik dan bahagi-bahagi dekat rakan-rakan pejabat


mulberry pon ada buah


October 27, 2016

Pokok Kantan berbunga sulung

Akhirnya pokok kantan berbunga sulung
gembira tak terkira
dah terdetik nak cantas & buang kalau tak nak berbunga
hujung minggu membelek-belek pokok dekat area situ
eh....dah keluar bunga  si kantan ni...alhamdullilah


pokoknya selalu kena buang sebab terlalu membiak
macamana nak bagi si kantan ni berbunga lebat? ada idea tak kawan-kawan bloggers?
kena tabur baja kerap ke?

October 8, 2015

Hujung Minggu@Projek Menanam Pokok

lately ni bussy sangat, tak sempat nak blogwalking
tq kepada yang sudi singgah walaupun saya tak sempat nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan

Ini projek dua minggu lepas, selepas balik dari kampung
petang ahad terus operasi menanam benih pokok-pokok yang atuk bekalkan
rumput karpet 'atuk' dah mula menjalar...kejap lagi penuhlah tu...


setiap hujung minggu juga menjenguk pokok-pokok yang tak seberapa ini
mencampurkan tanah hitam dengan tanah merah
tanah hitam dah ada ramuan untuk zat-zat baja
tinggal campur tanah kuning sahaja
syukur hujan lebat sejak kebelakangan ini, pokok-pokok taklah kering sangat
pokok pelam epal baru selamat ditanam setelah beberapa minggu terbiar
tanam dekat luar pagar, harap-harap menjadilah
pokok serai wangi juga baru ditanam dekat luar
terlupa pulak nak ambik gambar selepas ditanam
gambar 1 minggu tanam seperti di bawah ini:
ada binatang dah mengoyakkan kulit batang pelam ni...siapakah yg menyondolnya? ishhh tak kanlah anjing

projek memindahkan pokok-pokok yang dah lama di pasu kecil ke pasu besar
rose jepun juga sudah ditanam semula setelah pokok-pokoknya tua
senang nak jaga RJ ni, bila tua dia tumbuh sendiri daun-daun yang baru
si lili sebahagiannya sudah pindahkan ke tanah, dengan harapan dia bebas membiak
masih tak dapat dikesan yang mana satu spesisnya
kerana mereka sudah lama merajuk dan tidak berbunga
baru-baru ini lili berwarna peach telah berbunga setelah beberapa tahun merajuk
menunggu lily merah, pink dan putih berbunga entahkan bila

tanah seciput ini khas untuk menanam cili besar, cili kecil (baru nak bercambah semula), pandan, kunyit, mengkudu, pokok kantan, cekur dan lain-lain. RJ dah mula tumbuh semula. Daun mengkudu yang muda dah boleh dipetik untuk buat ulaman. 

 cepat aja dah ada rumput-rumput yang tumbuh

 tanam benih mahkota dewa, harap-harap tumbuhlah hendaknya
 
projek menanam anak pisang dan kelapa bersama balqish dan anak jiran yang nak join sama
cangkul kecil untuk balqish, cangkul besar untuk mama

banyak atuk bagi benih kelapa ni...kita tanam keliling rumah

tanam pokok kelapa rendah area depan rumah

 tanam anak pisang 'awak' juga depan rumah

ok, dah penat...boleh rest....

gambar pun blur-blur hujung petang ke senja..maklumlah musim jerebu sekarang :)
ok dah maghrib kena masuk rumah sudah

October 5, 2015

Benih Tanaman Dari Atuk

bila balik kampung, geram tengok tanaman yang atuk tanam
sekarang musim pisang kena penyakit
alahai teruk jugak pisang-pisang ni kena penyakit
pisang tanduk sahaja yang tak kena

plan nak ambik benih macam-macam tapi tak sempat sebab seharian dah berjalan
maka ambik mana yang sempat aja, hari dah senja
nak ambik rumput carpet pun tak sempat
ada ambik sikit sebelum ni kat rumah dah membiak
bolehlah pecah-pecahkan yang ada tu bagi membiak banyak lagi

tak sempat lagi nak menjenguk kebun sawit
balik sekejap-sekejap mana sempat nak masuk kebun
dah sangat semak samun, silap-silap org panjang (ular) dan
harimau pun boleh berlari-lari berminai-main dalam kebun sawit

pokok bunga matahari atuk tanam dah tua, bolehlah ambik benihnya

benih bunga matahari
bunga yang diidamkan tapi tiap kali tanam mesti tak menjadi
atuk tanam menjadi pulak tu..

petik terung panjang dan bulat, bawak balik 

cili atuk tanam keliling rumah, banyak buahnya...tapi tak rajin nak petik

 kerja balqish main cili petang raya haji seperti gambar bawah ni, sekali cili tu masuk mata
haaa....baru dia rasa mcamana, terus tak sentuh cili atuk
main tumbuk-tumbuk cili buat sambal belacan gamaknya....:)

 pokok mahkota dewa....bestnya banyak buahnya
terus ambik bijinya yang kering, plan nak tanam kat rumah

 mahkota dewa banyak khasiatnya

sempat bawak balik anak pisang dan kelapa pandan & kelapa rendah mcm kat bawah ni
jadilah...kita tengok boleh hidup ke tak....ini percubaan kali ke-2 menanam di tanah Cyberjaya
kureng sket tanahnya compare menanam di rumah equine park semua menjadi..





September 11, 2015

ADENIUM

Minggu ni banyak masa dihabiskan dekat pokok-pokok bunga yang semakin kurang kasih sayang dari tuannya. Maka mama telah berazam untuk melihat dan membelek mereka setiap hari. Satu hari, satu jenis pokok untuk membeleknya. Jadiklah kan...

ADENIUM telah mengeluarkan buah (biji benih) hati gembira tidak terkata. Sudah lama Adenium tidak mengeluarkan biji benih, kali terakhir mereka mengeluarkan benih adalah dekat rumah lama. Kalau dulu berpasu-pasu menanamnya, sekarang yang tinggal hanya 3 pasu yang masih subur dan sihat.

Berazam untuk menyemai benihnya, bila benih yang keluar ini sudah tua. Mula menyelidik dan membaca ilmu Adenium semula. Dah lupa teknik-teknik menjaga dan menyemai adenium.
https://adeniumgarden.wordpress.com/2008/05/
http://euphorbiaclub.blogspot.my/2006/11/benih-adenium.html


Ada dua teknik untuk menanam Adenium iaitu melalui keratan batangnya dan biji benihnya. Keratan batang pernah dilakukan dan hasilnya alhamdullilah tumbuh dengan baik. Penanaman melalui benih tak pernah lagi walaupun adenium sebelum ini pernah mengeluarkan biji benihnya. Yalah masa tu banyak koleksi adenium jadi tidak berapa nak menghargainya.

 selepas proses berbunga, barulah biji benih ni muncul

seronok tak terhingga bila dua pasu mengeluarkan biji benihnya selepas habis musim berbunga sebelum ini

tinggal satu pasu sahaja yang masih berbunga, bunganya juga semakin pudar dan layu
Semaian batang yang dicucukkan di pasu (menumpang) dalam pasu yang berbunga juga dah nampak mengeluarkan daun,
sebelum ni daunnya dah togel.

ada hati nak buat macam dekat bawah ni..angan-angan sahaja



September 8, 2015

Tanam Pokok Rambutan

Beli pokok rambutan ni rasa dah hampir 2 minggu
terlupa nak beli tanah hitam
itu sebab asyik tertangguh-tangguh untuk menanamnya
hari Ahad tengok pokoknya dah start layu
cepat-cepat menanamnya
kalau tidak memang arwahlah pokok rambutan ni..

Tarikh Menanam: Ahad 6/9/2015


cuaca sangat panas, tanah pun sangat kering

harap-harap dapat membesar dan berbuah, amin

June 8, 2015

Pasu Bunga

Kisah pokok bunga yang masih terbengkalai
masih belum ada masa nak beli pokok baru
kebanyakkannya masih kosong lagi ...pasu-pasu disekeliling rumah

hari isnin belek-belek pasu dekat luar rumah 
terjumpa budak-budak taman bermain mencari benda tersembunyi
cute pulak....ada idea nak main sorok-sorok cari benda tersembunyi

rasanya mereka tak dapat cari surat ni...rasa mcm dah kena hujan :)

comel....:)

hari tu pokok bunga melur tu dah habis kering syukur dah naik daun baru skrg,
pokok inai pun dah tumbuh daun baru....yehaaaaa.....

 progress minggu ni dah keluar daun baru

bagus jugak hujan turun atleast pokok-pokok tak kekeringan
pasu-pasu yang masih kosong
baru-batu yang akan disusun ditepi-tepi ...baru siap separuh penyusunan batu-batu tu....

 pasu-pasu orkid yang jugak dah kosong, jadi perhiasan di pokok-pokok tepi rumah

 kemboja yang sentiasa berbunga......

February 14, 2015

Petik Cili

kisah hari isnin 9/2/2015 petang selepas balik dari pejabat
sempatkan jugak petik cili
sebab terlalu banyak yg dah merah-merah
ada jugak dah jatuh-jatuh sendiri
mak kata, kalau tak petik  nanti boleh buat pokok cili mati
dalam memetik cili, terjumpa cili yang cute bercabang macam kat bawah ni

 cili yang bercabang dua...

3 cili yang berbeza, cili gemok dan cili kurus panjang tu tanam pakai benih yg beli kat pasar. cili pendek-pendek, benih dari kampung, dulu mak tanam cili tu jual dekat pasar sebab dah tak termakan, Bila kena banjir habis mati semua....tinggal utk makan sikit-sikit jerk...

January 23, 2015

Diari Tanaman Hijau

dah lama pokok-pokok semakin terbiar
hari tu musim hujan, jadi terasa pokok-pokok ni di abaikan
skrg dah musim panas
baru seminggu panas, pokok jambu bol tiba-tiba layu pulak
terkejut dan ralat jugak sebab benihnya susah nak cari
tapi rasanya blogger Diana @ Tukang Kebun mesti ada benih
bolehlah intai-intai biji benih dekat beliau

Mungkin ini last menanam, sebab insyallah dalam masa terdekat nak renovate rumah
debu-debu pasir habuk boleh mematikan pokok-pokok
better stop dulu dari menanam

 
satu kesilapan besar asyik lupa nak tambah tanah.
semak semula rumput dah panjang, hari tu baru jerk cabut
 tanam pokok petola, tapi pelik sebab dah keluar bunga dan buah.
pelik sangat...
 tengok buah petola pon kecik jerk...
beli benih kat tesco
jagung last, pokok-pokoknya juga dah mati
dapat 2 kali petik dan rebus tapi jagung ni cacatlah.....tak cukup zat kot
budak-budak nie berebut pulak bila rebus jagung ni selalunya beli jagung langsung tak pandang

pakcik belalang ni suka betul makan daun
tu dia tengah makan daun bendi
cili pon banyak dah merah tak terpetik....kalau gugur tumbuh benih pon bagus jugakkan

terpandang budak bijak ni dalam file simpanan.....mama rindu sangat dekat Elsa
suka menjerit-jerit bila mintak makan, bila panggil nama dia cepat aja awak lari kat mama
elsa dan ana pun suka mengempeng, suka makan rambut mama dan papa
emmmmmm terasa betul kehilangannya.....rasa sunyiiiii sangat....selalu sibuk nak bagi makan nak bagi susu nak jirus  kencing beraknya dalam toilet...kenangan yg tinggal :(