Perjalanan dari Melk ke Hallstat mengambil masa lebih kurang 2jam 10minit. Kalau ada yang plan nak pergi Hallstatt, adalah lebih baik bermalam dekat sini, berbaloi dan sangat cantik Hallstat, macam lukisan.....cantiknya ciptaaan Allah SWT, insyallah kalau dipanjangkan umur, akan kesini semula suatu hari nanti. Cuaca sejuk, memang potong mood mama untuk bergerak. Rasa rugi pergi time sejuk, banyak aktiviti terbantut sebab kesejukan walau dah pakai baju berlapis.
Hallstatt ini telah menarik minat negara China sehingga sanggup meniru untuk membuat tasik tiruan seperti Hallstatt di China.
Sejarah Hallstat: 7,000 tahun sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO
Hallstatt merupakan tempat yang sangat istimewa lokasinya yang luar biasa, gunung-ganang, keindahan tasik, statusnya sebagai tapak warisan semula jadi dan budaya UNESCO. Tetapi apa yang membezakan tumpukan bumi ini ialah hakikat bahawa manusia telah tinggal di tempat ini seawal 7,000 tahun yang lalu. Secara ringkasnya, kerana terdapat garam di sini.
Sejarah, Garam merupakan bahan mentah yang membentuk bandar Hallstatt. Kekurangan ruang memaksa penduduk untuk memanfaatkan setiap meter persegi tanah dengan baik, dan beginilah susunan rumah-rumah seperti anak tangga tercipta, yang membentuk pemandangan Tapak Warisan Dunia yang terkenal di dunia.
Pada tahun 1745, pusat bandar musnah sepenuhnya akibat kebakaran. Rumah-rumah dibina semula dari zaman ini masih dipelihara di tengah-tengah kampung hari ini. Daripada perlombongan garam pada awalnya & kini menjadi pusat pelancungan terkemuka.
Video & Gambar sekitar Hallstat.
