July 31, 2026

27/12/2025 | Hari Ke-3 ~ MELK, HALLSTATT & SALZBURG

Hari ke-3, dari Vienna ke Melk, Hallstatt dan Salzburg.

Destinasi pertama adalah ke Melk. Perjalanan awal pagi, kami menunggu bas di Vienna City. Destinasi pertama, kami tak lama dekat Melk, sekadar mengambil gambar dan  mengagumi senibinanya, dan terus ke destinasi kedua, Hallstatt.

mengambil tiket dan bas yang sedang menunggu para tourist, destinasi ke Hallstatt dan destinasi ke 3 tempat - Melk, Halsstatt dan Salzburg.
Melk ialah sebuah pekan kecil tetapi penting dari segi sejarah yang terletak di bawah Austria , terletak di pintu masuk ke Lembah Wachau di sepanjang Sungai Danube. Akar umbinya bermula sejak zaman Rom, apabila sebuah pos tentera yang dipanggil Namare ditubuhkan di kawasan itu. Menjelang abad ke-9, Melk didokumenkan sebagai "Medilica," dan ia tidak lama kemudian menjadi terkenal apabila Leopold I dari Babenbergs—dinasti pemerintah sebelum Habsburg—menjadikan Melk salah satu kubu kuatnya pada akhir abad ke-10.

Pada tahun 1089, struktur paling menonjol di pekan itu, Biara Melk, diasaskan apabila Babenbergs menghadiahkan sebuah istana kepada sami Benedictine. Biara ini berkembang menjadi kuasa rohani dan budaya, memainkan peranan penting dalam pendidikan, pemeliharaan manuskrip, dan arus intelektual Zaman Pertengahan. Versi barok semasa biara ini dibina pada awal abad ke-18 oleh arkitek Jakob Prandtauer dan kekal sebagai salah satu contoh seni bina barok terbaik di Eropah.

Sepanjang abad, Melk terselamat daripada tempoh perang, termasuk pencerobohan Turki dan pertempuran Napoleon, namun ia mengekalkan warisan seni bina dan kerohanian. Hari ini, ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan perhentian utama di laluan pelayaran Sungai Danube, yang diraikan kerana tradisi monastik, daya tarikan pemandangan, dan warisan budaya yang mendalam.

Video sepanjang perjalan ke Melk, musim sejuk, nampak salji memutih dikanan kiri highway. Kami terpisah seat disebabkan tak pandai berebut semasa menaiki bas, tak apalah, lesson learned, anak-anak dan husband dekat depan, mama tercampak dekat belakang. huhuhuh


Dah sampai dekat Istana Melk, pemandangan dari atas bukitcuaca mencengkam tulang, rasa tak boleh nak bergerak.
Sampai dekat Melk lebih kurang jam 9.00 pagi. Cuaca sangat mengigit tulang walau dah berlapis tebal.
Pemandangan dari atas bukit, menuruni tangga untuk ke istana
Cuaca sangat mengigit tulang, sejuk
Kagum Mereka sangat menjaga bangunan yang bersejarah ini, alangkah bagus kalaulah Malaysia juga mengekalkan bangunan lama 
ramai tourist dari bas yang berbeza, orang-orang tua dari pusat penjagaan pun ramai yang datang berkunjung kesini.






Next destinasi adalah ke Hallstatt.

5 comments:

Mama Zharfan said...

tak sabar nak tgk gmbr hallstat sbb sgt viral tempat ni kat thread...esp time winter kan sgt cantik!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Itu juga yg saya saluuuuut saat pergi ke eropa dan Negara2 yg punya peninggalan bangunan lama. Krn kebanyakan tetap terawat. Padahal dibangun sudah lamaaa sangat, bahkan dari tahun 1000an Masehi. 😱😱👍.

Sementara bangunan lama di Indonesia yg dibangun saat masa Belanda saja, means, 1700an, banyak yg dah tak terawat.

Saluuuuut dengan eropa ini 👍👍👍. Memang wajar mereka menjadi negara maju dan hebat

Syaz Rahim said...

Cantiknya pemandangan musim sejuk Melk! Pengalaman percutian ke Austria yang indah. Walaupun gigil cuaca sejuk dan terpisah tempat duduk dalam bas, tetap memori manis. Tak sabar tunggu sambungan Hallstatt!

Mulan said...

Best best. Thanks for sharing. Tak sempat ke Hallstatt dulu, moga diizinkan nanti. Cantik view cuaca pun terang Alhamdulillah

Sha Mohamed said...

Bestnya baca.. Bab bangunan sejarah tu setuju betul.. Sayangkan.. Malaysia banyak ja bangunan sejarah yang cantik-cantik tapi agak kurang terjaga..