tq kepada yang sudi singgah walaupun saya tak sempat nak berjalan-jalan ke blog kawan-kawan
Ini projek dua minggu lepas, selepas balik dari kampung
petang ahad terus operasi menanam benih pokok-pokok yang atuk bekalkan
rumput karpet 'atuk' dah mula menjalar...kejap lagi penuhlah tu...
setiap hujung minggu juga menjenguk pokok-pokok yang tak seberapa ini
mencampurkan tanah hitam dengan tanah merah
tanah hitam dah ada ramuan untuk zat-zat baja
tinggal campur tanah kuning sahaja
syukur hujan lebat sejak kebelakangan ini, pokok-pokok taklah kering sangat
pokok pelam epal baru selamat ditanam setelah beberapa minggu terbiar
tanam dekat luar pagar, harap-harap menjadilah
pokok serai wangi juga baru ditanam dekat luar
terlupa pulak nak ambik gambar selepas ditanam
gambar 1 minggu tanam seperti di bawah ini:
ada binatang dah mengoyakkan kulit batang pelam ni...siapakah yg menyondolnya? ishhh tak kanlah anjing
terlupa pulak nak ambik gambar selepas ditanam
gambar 1 minggu tanam seperti di bawah ini:
ada binatang dah mengoyakkan kulit batang pelam ni...siapakah yg menyondolnya? ishhh tak kanlah anjing
projek memindahkan pokok-pokok yang dah lama di pasu kecil ke pasu besar
rose jepun juga sudah ditanam semula setelah pokok-pokoknya tua
senang nak jaga RJ ni, bila tua dia tumbuh sendiri daun-daun yang baru
si lili sebahagiannya sudah pindahkan ke tanah, dengan harapan dia bebas membiak
masih tak dapat dikesan yang mana satu spesisnya
kerana mereka sudah lama merajuk dan tidak berbunga
baru-baru ini lili berwarna peach telah berbunga setelah beberapa tahun merajuk
menunggu lily merah, pink dan putih berbunga entahkan bila
tanah seciput ini khas untuk menanam cili besar, cili kecil (baru nak bercambah semula), pandan, kunyit, mengkudu, pokok kantan, cekur dan lain-lain. RJ dah mula tumbuh semula. Daun mengkudu yang muda dah boleh dipetik untuk buat ulaman.
cepat aja dah ada rumput-rumput yang tumbuh
tanam benih mahkota dewa, harap-harap tumbuhlah hendaknya
projek menanam anak pisang dan kelapa bersama balqish dan anak jiran yang nak join sama
cangkul kecil untuk balqish, cangkul besar untuk mama
cangkul kecil untuk balqish, cangkul besar untuk mama
banyak atuk bagi benih kelapa ni...kita tanam keliling rumah
tanam pokok kelapa rendah area depan rumah
tanam anak pisang 'awak' juga depan rumah
ok, dah penat...boleh rest....
gambar pun blur-blur hujung petang ke senja..maklumlah musim jerebu sekarang :)
ok dah maghrib kena masuk rumah sudah
ok dah maghrib kena masuk rumah sudah
7 comments:
seronoknya kalau rumah ada tanah kan...umah SA xde tanah..ada pun ciput je....
Lega semua dah tinggal tunggu masa utk membesar aje
Tak rugi kalau banyak tanah dipergunakan.
rajinnya bercucuk tanam tak lama lagi akan nikmati hasilnya.
suka tengok umah yang banyak tanaman
.hijau je..tapi tulah..rumput pun cepat je tumbuhnya
bestnya kak..saya tgh cari anak pokok cerai wangi..konon2 stanby utk dalam pantang nnt..dan tgk nak bela anak2 pokok english herbs..hehhe
tanah dalam pasu tu nak segar gaul dgn baj tahi ayam sket kak..insya allah segara tanahnya sbb nnt cacing akan membiak..heheh cacing bagus utk tanah..hehhe
menarik nyer.
aida suka sgt. tapi apa kan daya umah sekangkang kera :) hi hi hi...
Post a Comment