Showing posts with label Rumah Cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label Rumah Cyberjaya. Show all posts

August 29, 2015

Mengemas Sudu, Sudip Seangkatan

Tajuk punyalah kan
kisah mengemas membasuh semua suku sakat adik beradik sudu sendok sudip segala
susah benor nak menyebut semuanya
hikssssss...

aktiviti hari sabtu pagi 22/8/2015
dah seminggu berlalu kisahnya
bila mana Ali Iqbal Ke Masjid Putrajaya ada kem solat
dan papa bussy training kriket di UKM, Bangi
maka sorang-sorang mengemas rumah
hari ni dan semalam target menghabiskan untuk mencuci dan
mengemas sudip senduk segala yang berkaitan
sudah tiba masanya mengemas semula
susun atur dalam drawer semula
KC dah pun siap sepenuhnya (entry KC kemudian, kalau rajin)


ini Batch yang ke-3 pada pagi sabtu mencuci, lega sangat dah habis mencuci
banyak jugak sudu-sudu nie hilang entah kemana, garfu jerk yg tinggal banyak

 masa nak pindah umah semua benda longgok sekali harung dalam plastik yang sama,
 time nak membasuhnya...jenuh....

lega bila tengok semua dah bersih, rasa hilang beban dekat sudu sendok nie...
tinggal mengelap bagi kering dan susun elok-elok semula, 
tak suka main longgok-longgok dalam drawer nanti pening nak cari.

dalam banyak-banyak sudu yg paling disayangi sekali adalah yg color gold (besi) tu sebab set tu beli dekat German beberapa tahun yang lalu, kira punya kira...aikkk ada yg dah hilang jugak....uhukkkkk
Set besi putih tu selalu dapat free setiap kali papa fly dulu

dah siap lap dan susun semuanya
semua letak satu tempat scop aiskrim, senduk nasi, sudip, pemukul kuih, pemukul cekodok, parut sarang semut,duduk dalam ni semua sekali harung senang anak-anak dan papanya nak cari sudu garfu.

 chop stick, sudu garfu kecil,  dan lain-lain duduk setempat juga untuk memudahkan anak-anak nak mencari.

lega dah part sudu segala dah siap kemas
next projek adalah mengeluarkan pinggan yg masih dalam store, juicer, noxxa dll
makan tahun jugak nak mengemas semula barang-barang dapur ni...


June 8, 2015

Pasu Bunga

Kisah pokok bunga yang masih terbengkalai
masih belum ada masa nak beli pokok baru
kebanyakkannya masih kosong lagi ...pasu-pasu disekeliling rumah

hari isnin belek-belek pasu dekat luar rumah 
terjumpa budak-budak taman bermain mencari benda tersembunyi
cute pulak....ada idea nak main sorok-sorok cari benda tersembunyi

rasanya mereka tak dapat cari surat ni...rasa mcm dah kena hujan :)

comel....:)

hari tu pokok bunga melur tu dah habis kering syukur dah naik daun baru skrg,
pokok inai pun dah tumbuh daun baru....yehaaaaa.....

 progress minggu ni dah keluar daun baru

bagus jugak hujan turun atleast pokok-pokok tak kekeringan
pasu-pasu yang masih kosong
baru-batu yang akan disusun ditepi-tepi ...baru siap separuh penyusunan batu-batu tu....

 pasu-pasu orkid yang jugak dah kosong, jadi perhiasan di pokok-pokok tepi rumah

 kemboja yang sentiasa berbunga......