Showing posts with label Netherland. Show all posts
Showing posts with label Netherland. Show all posts

July 16, 2025

KEUKENHOF TULIPS, BELANDA

Sambungan kisah percutian di Belanda

MZ jangan lupa datang ke Keukenhof kalau tarikh visit MZ (march-awal may 2026)
dah alang-alangkan.....sambil berconference sambil nyelam minum air hehheheheh

Selepas sarapan pagi, kami keluar menaiki bas
kali ni kami tak naik van hotel, kita try belajar naik bas hingga ke Schipol Airport
Dekat Schipol Airpot ambil train untuk ke Amsterdam Centre
Kami order tiket awal,  beli secara online https://s.klook.com/

Beli tiket secara online awal beberapa bulan sebelum bertolak ke NL
sebab tiket Keukenhof selalunya akan sold cepat
Ambik tiket dekat Amsterdam Centre dan bas menunggu di point yang telah ditetapkan

Kami ke Keukenhof, terletak di Lisse, Belanda
perjalanan menaiki bas jam 9.30pagi dan sampai disini jam 10.30pagi
Semasa kami pergi, dah hujung-hujung musim, lagi 2 hari nak tutup musim tulip
Musim tulips bermula pada sekitar 21 Mac hingga 12May 

Kami sampai jam 10.30 pagi, dah ramai yang sampai. Warga emas ramai, bagus betul pusat penjagaan, mereka membawa warga emas ini bersiar-siar berjalan untuk perkembangan minda. 

Masuk ke Keukenhof, tunjukkan tiket dan bebas nak berjalan didalam kawasan ini, pastikan pakai kasut yang selesa sebab banyak berjalan dalam kebun bunga.

Jom kita layan munga-munga yang cantik, duduk dalam ni memang terasa tak nak keluar....ada pelbagai warna......terlalu banyak jenis warna....





geram rambang mata 






















Ruang untuk membeli belah anak benih, tak beli dekat sini, mahal. Beli dekat pasar amsterdam lebih murah dan berbaloi.

semuanya menawan hati 


pelbagai jenis amarlylis


Masuk ke rumah kaca, dalam ini menempatkan juga bunga zaleha@hydrangea, amarlylis, lily, Lilium dan pelbagai jenis.

Hyandragea

amarlylis




Lily




Allysa & Aqish beratur  beli aiskrim sebelum balik 


Allysha, Aqish & Ali


masa yang diberikan dah hampir tamat, maka kami bergerak ke tempat bas. Ramai orang dekat Cafe sebab dah masuk ke waktu makan tengahari. Kami plan nak makan tengahari dekat Amsterdam.


Semakin ramai pengunjung yang hadir, kami menghala ke tempat bas untuk balik ke Amsterdam Centre