Kisah percutian kami dihujung tahun bermula pada 24 December 2025 hingga 4 Januari 2026. Percutian kali ini kami memilih untuk ke Austria, Italy dan stop over di Turki satu malam.
Kami memilih Turki Airlines (Airbus), setiap tahun kami mengambil kesempatan untuk mencuba airlines yang berbeza.May 18, 2026
PERJALANAN KE AUSTRIA | KUL- ISTANBUL
May 7, 2026
PENGURNIAAN SIJIL PANDU PUTERI RAJA @ Balqish Amir
Simpan di sini sebagai kenangan, alhamdullillah perjalanan Balqish dalam membuat File Raja telah pun berjaya, pembentangan kertas kerja juga berjalan dengan lancar dan baik tanpa ada persoalan dari para Penguji.
Pada 27 April 2026, bertempat di Istana Negara telah berlangsungnya Pengurniaan Lencana dan Sijil oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.
Terima kasih tidak terhingga juga buat semua yang terlibat dari aqish berusia 10 tahun, beliau telah mula menyertai Persatuan Pandu Puteri. Usia 10 tahun, kami melepaskan beliau mewakili Selangor dan Malaysia ke Korea bersama guru pengiring dan peserta-peserta dari Malaysia untuk Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri. Dari situlah, beliau belajar ketahanan diri, belajar membuat kertas kerja, belajar membentang / pembentangan kertas kerja (presentation), membuat dan mengedit video, sentiasa mencari pelbagai maklumat dan juga cekap dalam asas ikatan dalam Pandu Puteri, ikatan ini sangat penting dalam perkhemahan Pandu Puteri.
Tahun lepas juga Balqish telah menerima Anugerah Sijil Pandu Puteri Remaja, yang telah di anugerahkan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Hajah Norashikin.
Terima kasih TGB, terima kasih buat Cikgu Huda & semua guru-guru Pandu Puteri yang telah terlibat, memberi sokongan dan tunjuk ajar.
Barisan Tulang belakang yang menjayakan projek Pandu Puteri RAJA. YBhg Dato' Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Malaysia, Puan Toh, Ketua Pandu Puteri Cawangan KL, Puan Khairiah, Ketua Pandu Puteri MRSM.
May 5, 2026
Kembali 2026
Lama tak bersiaran, sedar tak sedar dah bulan May 2026.
Semoga rakan-rakan blogger sentiasa dalam lindungannya.
Rindu betul nak baca coretan kawan-kawan.💗💗💗
gambar Boboi ikut mama balik Kedah baru-baru ini.😁
November 14, 2025
Ma-Kan, Satun Thailand
Seterusnya kita ke kedai makan yang bernama Ma-Kan
Parking juga agak senang, sebab ada polis yang berjaga disebabkan ada pasar malam
terletak tak jauh dari RareChantr Night Market
dekat sini jugak ada pasar malam sepanjang jalan, ada polis berjaga.
tapi tak sempat nak santai dekat pasar malam, sebab nak pergi makan dulu
bila dah siap makan, semua khemah pasar malam dah siap berkemas sebab dah pukul 10 malam.
RareChantr Night Market, Satun
Masih kisah dekat Satun, entah bila nak habis ni ...hehhehehe
Malam kami berjalan ke Rarechantr Pasar Malam
Mereka bertiga kononnya nak makan streetfood Thailand
Tapi kami berdua tak pandailah nak makan, bukan tekak kami
mereka bertiga yang shopping makanan macam-macam
aqish pula dapatlah sehelai seluar gajah dia tu
Selepas semua hajat makanan yang mereka nak beli dah dibeli
maka kita cari kedai makan untuk makan malam dan santai





















