Sambungan kisah percutian di Belanda
MZ jangan lupa datang ke Keukenhof kalau tarikh visit MZ (march-awal may 2026)
dah alang-alangkan.....sambil berconference sambil nyelam minum air hehheheheh
kali ni kami tak naik van hotel, kita try belajar naik bas hingga ke Schipol Airport
Dekat Schipol Airpot ambil train untuk ke Amsterdam Centre
Kami order tiket awal, beli secara online https://s.klook.com/
Beli tiket secara online awal beberapa bulan sebelum bertolak ke NL
sebab tiket Keukenhof selalunya akan sold cepat
Ambik tiket dekat Amsterdam Centre dan bas menunggu di point yang telah ditetapkan
Kami ke Keukenhof, terletak di Lisse, Belanda
perjalanan menaiki bas jam 9.30pagi dan sampai disini jam 10.30pagi
Semasa kami pergi, dah hujung-hujung musim, lagi 2 hari nak tutup musim tulip
Musim tulips bermula pada sekitar 21 Mac hingga 12May
Kami sampai jam 10.30 pagi, dah ramai yang sampai. Warga emas ramai, bagus betul pusat penjagaan, mereka membawa warga emas ini bersiar-siar berjalan untuk perkembangan minda.
Masuk ke Keukenhof, tunjukkan tiket dan bebas nak berjalan didalam kawasan ini, pastikan pakai kasut yang selesa sebab banyak berjalan dalam kebun bunga.
















































