- Hotel Allegro, Vienna City Matzleinsdorferplatz 1, 1050 Vienna
- Checkin 25/12/2025 & Checkout 28/12/2025
Sampai di hotel, check-in dan berehat. Kami berada di Vienna selama 4 hari 3 malam. Video sekitar hotel dan train station. Hotel Allegro adalah hotel 3 bintang (hotel tertua) yang merupakan sebuah bangunan yang berasal dari zaman kegemilangan pada akhir abad ke-19, terletak di daerah "Margareten" ke-5 di Vienna.
Hotel ini sangat strategik, dekat dengan public transport (train & tramp) Station keretapi Matzleinsdorferplatz berhadapan hotel, kami melintas jalan sahaja dari hotel untuk ke station keretapi. Senang nak heret luggage melintas jalan, terus ke hotel dan train station. Anak-anak tiap kali balik dari berjalan, berlari terus balik ke hotel, tanpa menunggu kami, kami boleh nampak sebab nampak pergerakan mereka masuk kehotel.
Bilik dan toilet juga sangatlah besar. Ada meja, maka memudahkan pakcik dan allysha untuk buat kerja dan meeting dari hotel.
6 comments:
ok tak sabar nak baca next entry!
Nampak ciri2 bangunan lama tu.
Tengok bideo tu, kat sana takde bangunan skyscrapers kan?
Susahnya nak sebut dan eja nama tempat tu ye .. Matzleins...
Betul kalau hotel dekat train station dan public transport, memang senang nak ke mana2.
Bestnya
Post a Comment