June 25, 2026

Hotel Allegro, Vienna City, Austria

  • Hotel Allegro, Vienna City Matzleinsdorferplatz 1, 1050 Vienna
  • Checkin 25/12/2025 & Checkout 28/12/2025

Sampai di hotel, check-in dan berehat. Kami berada di Vienna selama 4  hari 3 malam. Video sekitar hotel dan train station. Hotel Allegro adalah hotel 3 bintang (hotel tertua) yang merupakan sebuah bangunan yang berasal dari zaman kegemilangan pada akhir abad ke-19, terletak di daerah "Margareten" ke-5 di Vienna.

Hotel ini sangat strategik, dekat dengan public transport (train & tramp) Station keretapi Matzleinsdorferplatz  berhadapan hotel, kami melintas jalan sahaja dari hotel untuk ke station keretapi. Senang nak heret luggage melintas jalan, terus ke hotel dan train station. Anak-anak tiap kali balik dari berjalan, berlari terus balik ke hotel, tanpa menunggu kami, kami boleh nampak sebab  nampak pergerakan mereka masuk kehotel.

Bilik dan toilet juga sangatlah besar. Ada meja, maka memudahkan pakcik dan allysha  untuk buat kerja dan meeting dari hotel. 



sementara menunggu bilik siap, lepak sebentar di lobby.






sepanjang duduk dekat sini, lupa nak ambil gambar hotel waktu siang, banyak video sahaja
gambar sekitar waktu malam, hotel tertua era akhir abad ke-19

akan bersambung lagi ke next blog - malam kami ke Vienna City, jalan-jalan malam Christmas

6 comments:

Mama Zharfan said...

ok tak sabar nak baca next entry!

Roziah @ Cie said...

Nampak ciri2 bangunan lama tu.

uncle gedek said...

Tengok bideo tu, kat sana takde bangunan skyscrapers kan?

Puan Hazel said...

Susahnya nak sebut dan eja nama tempat tu ye .. Matzleins...

Mulan said...

Betul kalau hotel dekat train station dan public transport, memang senang nak ke mana2.

Cik Nur said...

Bestnya