June 26, 2026

Vienna Christmas Market @ Rathausplatz

25/12/2025 | 5.00pm | Rathausplatz, 1010 Vienna City

Sekitar petang dalam pukul 5.00pm, kami keluar ke Christmas Market kerana idea anak-anak nak ke Christmas Market di Vienna City. Rezeki mereka dapat tengok Love yang terbang...tak taulah apa namanya... (viral juga dekat Tik Tok masa malam Christmas).

Christmas Market - Christkindlmarkt di Rathausplatz yang terkenal dan menarik minat pengunjung setiap tahun. Ia terletak di Vienna City Hall, Chriskindlmarkt salah satu market yang terkenal di dunia dan menjadi tumpuan para pelancung.

Video Love terbang

Ke pintu masuk Christmas Market - cuaca dah semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang walaupun pakai longjohn.

Sepanjang musim sejuk, pelbagai aktiviti di adakan, gerai-gerai kecil seperti gerai minuman dan makanan, aktiviti utama adalah Ice Skating, dipenuhi dengan pelbagai lampu menerangi taman.

ICE SKATING, disediakan gelanggang dan laluan ice dibawah menara Rathaus, diterangi pelbagai lampu neon bercahaya. Ia menjadi tumpuan utama untuk para pengunjung dan para pelancung.
Terlalu ramai yang bertumpu dekat ice skating , anak-anak pula dah hilang mengambil gambar sekitar disitu.


 

Heart tree - kreatif. Cuaca semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang, dah pukul 8pm. Pengunjung semakin ramai, maka kami decide untuk tapau dinner (kebab & pizza), sebelum balik.
masa untuk balik ke hotel, cuaca dah semakin mencengkam tulang.
Tapau kebab dan pizza, makan dekat hotel.
Video sekitar Rathausplatz 


Allysha tengah bayar tiket dekat dalam train, senang dan memudahkan perjalanan sangat.

suhu jam 8.00malam


No comments: