September 12, 2025

Menjenguk Balqish dekat Asrama

Hari Sabtu 6 September 2025, datang menjenguk aqish diasrama
Minggu yang sangat padat dengan jadual peperiksaannya sebelum cuti sekolah 
dan aktiviti ujian Cabaran Akademik (CAKP) Pandu Puteri bersama Penguji luar pada 4-5 September 2025. 

Kali ini betul-betul cabaran yang sangat kuat buat aqish sebab clashing dengan jadual exam & juga kena prepare pembentangan kertas kerja projek CAKP Pandu Puteri dari Penguji luar.

dengan nak examnya, nak ulangkaji pelajaran nak kejar pointer yang akan dikira (results)
ditambah pula dengan pembikinan kertas kerja CAKP Pandu Puteri bersama penguji luar. 

Ada 3 kertas kerja dan presentation yang aqish kena buat dihadapan para penguji untuk melayakkan dia lulus dalam ujian CAKP, juga sangat bersyukur sebab cikgu banyak membantu melancarkan projek aqish ini. Mama & Papa hanya mampu berdoa dan memberi semangat dari jauh. Selebihnya aqish kena kuat dan kena kental jiwa.

Inilah bayang-bayang kehidupan di universiti nanti.

Outing, pergi hantar baju dekat Dobi dulu & terus bawak aqish pergi lunch. Kami sampai awal, sebab nak dengar banyak cerita dari aqish...hehehehhe.....
Order dari kawan-kawan, dan juga order & belanja kawan-kawan PAPU yang menolong aqish ketika projek CAKP. Terima kasih tolong aqish menjayakan projek ini. 

Next projek adalah 'Projek bersama masyarakat setempat selama 3 bulan, yang akan bermula pada Oktober ini. Entry khas File RAJA ini akan mieja kongsikan, andai ada anak-anak yang berminat nak buat projek seperti aqish,  projek ini dalam kategori PAJSK peringkat kebangsaan. Untuk anak-anak harian, bolehlah buat secara santai sebab tak banyak tekanan dalam akademik, tetapi untuk anak-anak MARA, banyak requirement yang kena dipatuhi sebelum menyertai semua kegiatan kokurikulum.
Inilah dia salah seorang yang turut sama menolong aqish untuk CAKP, setiap projek yang aqish buat maka berbezalah  assistant yang akan menolong aqish, secara tidak langsung mereka juga mendapat markah PAJSK, dengan syarat penyertaan untuk kokurikulum pointer akademik (CGPA) mestilah meet requirement yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

Inilah salah satu anak bulus kesayangan semua, bila stress semua mencari budak handsome ni. Aqish sediakan kibbles dalam kelas, kawan-kawan boleh bagi makan kalau bulus datang ke kelas & asrama.


20 comments:

Wak Lat said...

dh makin gemok bulus itu dpt mkn sedap hari2 ,. hehe

Aphizha said...

Budak sekolah sekarang sibuk lain macam. Sehari tu padat betul jadualnya. Alhamdulillah kawan-kawan pun membantu. Eh, kucing pun dapat habuannya. Kesayangan ramai ni. Semoga Allah permudah segala urusan pembelajaran dan projek Aqish serta rakan-rakan.

pokcikblogger said...

Untung lah kau dibulus, ramai yang cakna

mama tisya said...

padat dgn exam dan projek..all the best aqish

Suria Amanda said...

Seronok la aqish..mama datang jenguk dia ye...alhamdulillah ada juga rezeki kawan- kawan yang banyak membantu Aqish

aizamia3 said...

Moga rutin harian dak Aqish dipermudahkanNYA dan dak bulus tu moga sihat sentiasa, jangan buat deme semua risau, nanti memasing stress pulak tengok kucing sakit.

Mznimnwr said...

lama jugak projek bersama masyarakat setempat tu, 3 bulan dah macam intern dah. aktiviti apalah agaknya tu
hensem boi si oyen!

Ujie Othman said...

Menarik tu, ada projek bersama masyarakat setempat.

Untung si bulu ada ramai yang sayang.

Abam Kie said...

semoga anak solehah akan lulus SPM dgn cemerlang nanti. InsyaAllah...

Rawiwa said...

Acik yang baca ni pun semput tengok aktiviti Aqish.... semoga Aqish terus cemerlang.

ch@ said...

Kehidupan di hostel memang sangat sibuk. Macam-macam aktiviti di susun, jika tak kuat mental mmg hendak balik rumah je la kekdahnya.
Senyum lebar Balqish semangat datang melawat.

dear anies said...

wahhh lama juga tu projek bersama masyarakat tu...
all the best aqish!

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Semoga aqish dimudahkan semua urusan , cakp dan juga Exam yaa 🤗🤗.

Si oyen lucunya diaaaa 😍😍😍. Patut lah jadi kesayangan banyak orang. 😄👍. Penghilang stress tiap peluk2 badannya yang chubby 😄

NA said...

Ya Allah masih sekolah tapi sibuk juga ya dengan perkara-perkara lain.

Tot said...

Semoga dipermudahkan segala urusan Aqish.. seronok dia, mak pak datang melawat.

Ezna Khalili said...

Projek ni bagus sebab nanti ada pengalaman bila masuk peringkat Universiti. Tiba2 nampak meow yg comey.

Etuza said...

Semoga terus cemerlang, anak harus di lawat di asrama, baru hati anak segar dan bahagia ibubapa penyayang,,

paridah said...

gudluck Akish

Amie said...

Aqish sangat aktif. Semoga jadi pelajar contoh, cemerlang dan berdikari.

Time Traveller said...

Jumpa anak di asrama hari minggu mesti byk cerita dia yg kena dengar hahaha.. alhamdulillah aktif dia.. semoga terus maju..