Showing posts with label Balqish @ MRSM TGB. Show all posts
Showing posts with label Balqish @ MRSM TGB. Show all posts

September 12, 2025

Menjenguk Balqish dekat Asrama

Hari Sabtu 6 September 2025, datang menjenguk aqish diasrama
Minggu yang sangat padat dengan jadual peperiksaannya sebelum cuti sekolah 
dan aktiviti ujian Cabaran Akademik (CAKP) Pandu Puteri bersama Penguji luar pada 4-5 September 2025. 

Kali ini betul-betul cabaran yang sangat kuat buat aqish sebab clashing dengan jadual exam & juga kena prepare pembentangan kertas kerja projek CAKP Pandu Puteri dari Penguji luar.

dengan nak examnya, nak ulangkaji pelajaran nak kejar pointer yang akan dikira (results)
ditambah pula dengan pembikinan kertas kerja CAKP Pandu Puteri bersama penguji luar. 

Ada 3 kertas kerja dan presentation yang aqish kena buat dihadapan para penguji untuk melayakkan dia lulus dalam ujian CAKP, juga sangat bersyukur sebab cikgu banyak membantu melancarkan projek aqish ini. Mama & Papa hanya mampu berdoa dan memberi semangat dari jauh. Selebihnya aqish kena kuat dan kena kental jiwa.

Inilah bayang-bayang kehidupan di universiti nanti.

Outing, pergi hantar baju dekat Dobi dulu & terus bawak aqish pergi lunch. Kami sampai awal, sebab nak dengar banyak cerita dari aqish...hehehehhe.....
Order dari kawan-kawan, dan juga order & belanja kawan-kawan PAPU yang menolong aqish ketika projek CAKP. Terima kasih tolong aqish menjayakan projek ini. 

Next projek adalah 'Projek bersama masyarakat setempat selama 3 bulan, yang akan bermula pada Oktober ini. Entry khas File RAJA ini akan mieja kongsikan, andai ada anak-anak yang berminat nak buat projek seperti aqish,  projek ini dalam kategori PAJSK peringkat kebangsaan. Untuk anak-anak harian, bolehlah buat secara santai sebab tak banyak tekanan dalam akademik, tetapi untuk anak-anak MARA, banyak requirement yang kena dipatuhi sebelum menyertai semua kegiatan kokurikulum.
Inilah dia salah seorang yang turut sama menolong aqish untuk CAKP, setiap projek yang aqish buat maka berbezalah  assistant yang akan menolong aqish, secara tidak langsung mereka juga mendapat markah PAJSK, dengan syarat penyertaan untuk kokurikulum pointer akademik (CGPA) mestilah meet requirement yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

Inilah salah satu anak bulus kesayangan semua, bila stress semua mencari budak handsome ni. Aqish sediakan kibbles dalam kelas, kawan-kawan boleh bagi makan kalau bulus datang ke kelas & asrama.