Semasa cuti Maulidur Rasul yang lepas, menjenguk team kesayangan saya di padang sekolah yang sedang berlatih🥎 Latihan setiap minggu adalah setiap hari Jumaat & Sabtu.
Lama sangat saya tak menjenguk team, disebabkan kekangan waktu. Selepas selesai berjogging kami terus ke padang.
Penubuhan Team ini adalah dari idea Pakcik hubby, walaupun sukan utama beliau adalah Kriket (beliau Ex-Kriket Negeri) tetapi demi anak-anak dia sanggup untuk menubuhkan team Sofbol pada tahun 2019, maka bermulalah saya dengan membuat kertas kerja dan usul cadangan kepada pihak sekolah.
Alhamdullilah, kertas kerja saya diterima dan bermulalah kisah sukan Sofbol di SMK Cyberjaya. Maka segala perancangan untuk team kami berkerjasama bersama dengan Guru Penasihat Sofbol. Sukan yang banyak mengunakan IQ dan teknik. Kena pandai membaca strategi dari pelbagai sudut.
Beberapa keping gambar untuk kenangan.
Syukur, kami dapat seorang Coach yang jiwanya memang hidup mati Sofbol, sangup turun padang tak kira hujan dan panas. Beliaulah yang membimbing team dari tahun ke tahun tanpa berkira masa, waktu dan wang ringgit. Terima kasih Coach!





9 comments:
Wah, dalam sibuk sempat jenguk team juga. Alhamdulillah proposal berjaya. Semoga team juga akan terus semangat dan berjaya kelak.
Macam best je Kak Mieja suka Softball ni...
bagusnya ada cikgu yg komited pasal sukan softball ni. saya pun tak faham sangat cara main dia
Sukan² gini memang kena ada Coach yang komited.
Kat rumah ni masih ada bat, bola dan glove Abang Imi. Walaupun dah tak main kadang nampak lah dia belek² barang sukannya. Rindu nak main lah kot.
wah! kakMieja jadi manager team la ye. hebatnya!
orang kalau dah suka sesuatu ni dia sanggup buat apa sahaja lbh2 lagi dlm bidang sukan...
cayalah!
Aiiih softball ini saya dulu sempat belajar sedikit saja teorinya. Tp tak ada praktek. Jadi jujur tak paham 😅😅. Bagus kalau ada guru yg committed 👍👍
Sukan untuk kesihatan, riadah dan sosial yang menyihatkan fizikal dan minda..
Menariklah sukan softball ni.
Post a Comment