HARI SUSU IBU SEDUNIA
![]() |
| Kredit: Bunting Hospital Cyberjaya |
Hari Jumaat petang selepas habis berkerja, pergi melawat kenalan pejabat yang berada di ICU, Hospital Cyberjaya. Terpandangkan bunting Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025.
Selamat Hari Penyusuan Susu Ibu yang disambut pada 1-7 Ogos 2025
Kepada semua ibu-ibu muda yang sedang menyusukan anakanda tersayang, semoga kuat dan tabah dalam meniti hari-hari penyusuan dan pengepaman secara teratur.
Mengimbau zaman kmieja dulu, 1st born start menyusukan pada tahun 2002. Belajar mengepam setiap 2 jam sekali, menyimpan susu (ebm), cara-cara memanaskan ebm, perkara yang sangat susah pada permulaannya sebab pengalaman pertama. Baby juga tak nak beri kerjasama untuk direct breastfeed, maka kehidupan dalam pantang agak kelam kabut diawalnya sebab setiap 2 jam berkejaran mengepam susu untuk minuman anakanda sepanjang siang dan malam. Ditambah pula luka yang agak teruk, bila pengepaman terlalu kerap.
Ketika itu belum ada info yang meluas berkenaan penyusuan ibu, persiapan membeli mesin pam susu jenama medela, kmieja beli sebelum melahirkan, 1st pam susu adalah single medela elektrik.
2nd born, kmieja beli PISA elektrik (double pam dari medela juga). Alhamdullilah, susu memang melimpah ruah, jaga makan, jaga pengepaman, sentiasa mengurut untuk urat susu lebih lancar, beli freezer khas untuk simpanan ebm, ajar bbsitter macamana nak panaskan ebm dan hantar service pam ke HQ juga.
Sekali lagi, Selamat Hari Penyusuan buat semua rakan-rakan blogger @ ibu-ibu yang pernah bertungkus lumus dalam dunia penyusuan Ibu dan juga ibu-ibu muda yang sedang menyusukan.

20 comments:
Susu ibu susu yang terbaik di dunia.....
tq kak mieja for sharing.. walaupun xde pengalaman lagi, banyak input pasal penyusuan ibu sis dapat kat blog akak.. ^^
pengalaman indah bila dpt menyusu anak dgn susu ibu...saya alhamdulillah dkt 2 thn 6bln juga dpt bagi anak susu ibu ...pernah masuk tv program Nona sempena segment IBU SUSUAN..kebetulan time tu ada krew tv3 dtg ke Pusrawi utk shoot & interview doctor/nurse...by that time mmg tgh menyusukan tisya yg baru usianya 2hari
dulu masa mula2 nak dapat anak.. rajin join.. bagus.. dan memberi semangat kepada ibu2..
Jasa ibu tiada tolak banding..ibulah ratu hati, ibulah yang menyusukan..Selamat Hari Penyusuan ibu..
Alhamdulillah.. anak2 merasa susu badan walau tak lama.
“Bottles fill the stomach, but breastfeeding fills the soul.”
Alhamdulillah dapat bf both anak soleh solehah ni hingga 2 tahun lebih.
Pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
kat Lipis ni mereka buat minggu ni 4-8 ogos buka booth. semalam sempat la singgah kejap.
Sama dgn PH dulu... Pernah guna yg manual pump masa Abang. Setiap hari juga bawa icebox utk simpan EBM sbb ofis takde peti sejuk that time. Plus i was the pioneer bf mom dekat ofis yg pump susu so byk juga cabarannya sbb kita takde reference masa tu.
Besar pengorbanan seorang ibu. Menjadi seorang ibu buat kali pertama tu memang sukar tapi pengalaman yang banyak mengajar menjadi seorang ibu. Selamat hari penyusuan sedunia untuk semua ibu.
teringat zmn2 dulu heheh majority of us ada our own breastfeeding journey..
Selamat Hari Penyusuan Ibu buat semua ibu yang menyusukan bayi...SA x banyak experienced, pengalaman susukan Dania selama 6 bulan je..lepas tu susu kering kontang...dah macam- amcam usaha buat sampai kena marah ngan staffnurse pun ada..sudahnya redha je la setakat tu je Dania menyusu...selebihnya susu formula...
Baru tahu ada hari penyusuan. Apa di Malaysia saja ya kak.. perasaan tak pernah mendengar ada hari penyusuan di sini soalnya
Saya dulu kena babyblues sampai 3 bulan. Bersyukurnya suami dan babysitter support sangat. Jadi 3 bulan itu saya tak nak pegang baby samasekali. Support dari suami saat itu membantu saya utk bisa sembuh dari babyblues
Bagusnya asa sebaran info begini. Sedih pula rasanya dulu-dulu tak ada sokongan moral untuk susukan anak.
Kita belajar handle susu ibu dari blog kakMieja.
Beli pam susu Mendela Swing dgn duit sendiri masa dapat anak 2nd. Anak 3rd kena share dgn anak 2nd sebab beza setahun ja kan, hahaaa... struggle betul time tu.
selamat hari penyusuan ibu! struggle juga baca pengalaman kmieja masa bf ni. ada baca cerita ibu2 yg susunya taknak keluar pun kesian juga
Masa Wafi je dapat pump... masa abang dan kakak kurang pengetahuan huhu..
Alhamdulilah 2x bersalin melimpah dgn susu.. dpt lah bf sampai 3 thn setengah. Bab jaga mkn tu betul sgt.
Post a Comment