Showing posts with label SUSU IBU@Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label SUSU IBU@Breastfeeding. Show all posts

August 4, 2025

Susu Ibu @ Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

 HARI SUSU IBU SEDUNIA

Kredit: Bunting Hospital Cyberjaya

Hari Jumaat petang selepas habis berkerja, pergi melawat kenalan pejabat yang berada di ICU, Hospital Cyberjaya. Terpandangkan bunting Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2025.

Selamat Hari Penyusuan Susu Ibu yang disambut pada 1-7 Ogos 2025
Kepada semua ibu-ibu muda yang sedang menyusukan anakanda tersayang, semoga kuat dan tabah dalam meniti hari-hari penyusuan dan pengepaman secara teratur.

Mengimbau zaman kmieja dulu, 1st born start menyusukan pada tahun 2002. Belajar mengepam setiap 2 jam sekali, menyimpan susu (ebm), cara-cara memanaskan ebm, perkara yang sangat susah pada permulaannya sebab pengalaman pertama. Baby juga tak nak beri kerjasama untuk direct breastfeed, maka kehidupan dalam pantang agak kelam kabut diawalnya sebab setiap 2 jam berkejaran mengepam susu untuk minuman anakanda sepanjang siang dan malam. Ditambah pula luka yang agak teruk, bila pengepaman terlalu kerap. 

Ketika itu belum ada info yang meluas berkenaan penyusuan ibu, persiapan membeli mesin pam susu jenama medela, kmieja beli sebelum melahirkan, 1st pam susu adalah single medela elektrik. 

2nd born, kmieja beli PISA elektrik (double pam dari medela juga). Alhamdullilah, susu memang melimpah ruah, jaga makan, jaga pengepaman, sentiasa mengurut untuk urat susu lebih lancar, beli freezer khas untuk simpanan ebm, ajar bbsitter macamana nak panaskan ebm dan hantar service pam ke HQ juga.

Sekali lagi, Selamat Hari Penyusuan buat semua rakan-rakan blogger @ ibu-ibu yang pernah bertungkus lumus dalam dunia penyusuan Ibu dan juga ibu-ibu muda yang sedang menyusukan.