Hari Sabtu 2/8/2025, menjenguk aqish dekat asrama
Waktu outing pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang
Rutin membawa outing ke bandar Jasin, pekan paling dekat
pergi ke dobi membasuh baju, sementara dobi nak siap
makan tengahari dulu (agak lewat juga dalam 3.00 petang)
sambil makan sambil mendengar semua cerita dari aqish
aqish ni jenis tak suka menelefon, sebab tak cukup masa katanya
nanti bercakap lama, dah ambil masa lama pula untuk dia buat perkara lain (homework dll)
better simpan semua cerita, bila berjumpa tak berhenti-henti aqish bercerita
kami jadi pendengar dan memberi pendapat mana yang patut
telefon nokia yang dibawa juga tak pernah dicharge, rugi jer beli hikssss
biasanya kalau ada masalah, aqish akan terus ke telegram sahaja
kalau ada subjek yang tak faham, nak bertanya kemuskilan juga mengunakan terus telegram
Makan tengahari di Restoran Santap Corner
selepas habis makan, ambil baju yang dah siap di dobi
terus ke MYDIN untuk membeli barang-barang makanan untuk stok seminggu.
Balik keasrama dalam 5.45 petang.




20 comments:
sEDAP PLK NMPK SAMBAL SOTONG PETAI TU =d
Busynya Aqish ye kak...seronok jumpa kan..macam- macam cerita..anak dara SA yang belajar kat Melaka tu pun jarang SA dapat jumpa...SAbtu ni la dia balik semester break...baru je masuk Sem 4 dah break semula dah...
kalau sis pulak, memang jenis yang suka bergayut.. hahaha..
sampai sekarang akan call mak abah masa drive pergi dan balik kerja.. dalam 10-15 minit pun jadi la.. sekadar borak2 kosong, tanya khabar dorang setiap hari.. weekend je baru sis tak call, sebab dorang tahu kita nak beristirahat di hari minggu..
nampak sedap lah set food tu
Makanan kampung begitu yg saya sukaaaa sangat. Tiap ke Penang atau KL pasti yg saya cari menu itu ☺️.
Gambar sunsetnya cantiiiik sangat kak 😍😍😍. Langsung tenang rasanya melihat sunset
Cantiknya suasana senja tu....
mcm tu la kan rutin bila ada anak di asrama. Rindu Melaka...dah lama tak balik ni. Nasib baik tengok hidangan tu waktu lunch, tak ada la rasa lapar sangat.
Meriah lauk... Berselera anak bila menu lain dari yang biasa kat asrama.
meriah lauk pauk kampung....sronkaqish bila parent dtg visit....kita ank br masuk kolej pn nasibaik bole balik tiap2 minggu
"Jingga hatiku jingga"
Kat food court Mydin Jasin tu ada kedai makanan arab, not bad...
Kalau sis pula kalau boleh hari-hari nak call tapi sekejap sahajalah :)
Aqish ni girl ke? yang tersenyum tu ke? wah bagus budi pekerti..pandai jaga diri tak taksub dengan kemudahan ..phone
Semoga Aqish cemerlang dalam pelajaran. Matang fikirannya.
Agar-agar merah tu yang menjadi tarikan. Semuga berjaya aqish
kemain melebar senyuman dia.
lawanya sunset, suka betul tgk matahari terbenam.
boleh gantung piuk belanga ni, penuh lauk pauknya.
Singah lagi..semoga Aqis cemerlang dalam peperiksaan nanti
Kehidupan duduk asrama memang sibuk. Tak terkejar nak buat macam-macam. Bagus juga macam tu simpan cerita sekali bercerita habis semuanya. Pekan Jasin dulu tak ada apa, sekarang dah meriah ada macam-macam. Pernah sekolah di Jasin setahun je dulu. Cantiknya gambar sunset tu. Suka tengok.
Nampak sedap menunya 😋. Ni boleh bertambah nasi ni 😆
bercakap ikut phone mmng tak puas. nak kena jumpa depan2 barulah boleh bercerita panjang hehe
cantiknya sunset petang! mendamaikan :)
Cantik betul sunset.. seronok Aqish mcm2 cerita dia simpan ya. Makanan pun nampak menyelerakan
Post a Comment