(dipetik dari hospital pantai bangsar-baby friendly hospital)
Kelenjar mamari diciptakan dengan tujuan membekalkan khasiat yang terbaik bagi tumbesaran baby. baby dilahirkan dengan keinginan semula jadi untuk menyusu dengan susu ibu. Sifat baby ini menjadikan penyusuan sesuatu proses yang unik dan tiada gantinya.
FAEDAH SUSU IBU KEPADA BABY
FAEDAH MENYUSU KEPADA IBU
FAEDAH KEPADA MASYARAKAT
FAEDAH SUSU IBU KEPADA BABY
- mengandungi khasiat zat lengkap yang memenuhi keperluan baby.
- mengandungi protein, lemak dan asid omega 3 yang mudah dihadamkan supaya kadar pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental bayi sihat.
- membantu perkembangan otak dan sistem saraf serta meninggikan tahap IQ.
- melindungi baby daripada jangkitan dan penyakit seperti gangguan usus, masalah pernafasan dan jangkitan telinga kerana susu ibu mengandungi sel-sel hidup dan antibodi.
- mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser kanak-kanak.
- melindungi penyakit alahan.
- mengurangkan risiko inflamasi kolon baby pra-matang.
- mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
- mengurangkan risiko penyakit jantung pada kemudian hari.
- mengurangkan risiko sindrom kematian baby.
- mengalakkan hubungan rapat silaturrahim di antara ibu & anak.
FAEDAH MENYUSU KEPADA IBU
- melindungi dari kanser payudara dan kanser ovari.
- membantu mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitoksin membantu mengecutkan rahim.
- mempercepatkan pemulihan ibu setelah kelahiran baby.
- menjimatkan masa dan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan.
- risiko pereputan tulang dan masalah jantung dapat dikurangkan.
- adalah salah satu perancangan keluarga dapat dilakukan dan menjarakkan kelahiran antasa anak secara semula jadi.
- penyusuan ibu sepenuhnya dapat menjadikan ibu berasa puas hati kerana melaksanakan tanggungjawab seorang ibu dengan sempurna.
FAEDAH KEPADA MASYARAKAT
- masa luang bersama keluarga lebih tanpa membazirkan masa menyediakan susu baby dan lawatan tambahan ke klinik kesihatan.
- mengurangkan kos rawatan, ubatan, ujian makmal dan hospital.
- alam sekitar lebih baik kerana penggunaan seumber tenaga dan pencemaran dikurangkan.
- menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.
No comments:
Post a Comment