July 24, 2008

Cara & Proses Penyusuan

Tak der masa nak belek laman susuan mama nieee.....agaknya ali cukup 2 tahun baru siap kot blog nie. Insyallah mama akan siapkan jugak segala petua yang mama amalkan untuk dikongsi bersama.

TANDA PENYUSUAN YANG BAIK
  • mulut baby terbuka luas.
  • dagu baby menyentuh breast ibu .
  • bibir bawah bayi menyorot ke hadapan.
  • baby akan menghisap, berhenti sebentar dan menghidap lagi secara perlahan-lahan dan bersunguh-sungguh.
  • ibu akan mendengar bunyi baby menelan susu ibu.

KEDUDUKAN BABY & IBU
  • ibu harus tenang dan selesa
  • baby juga harus tenang dan berjaga, bukan dalam keadaan menagis
  • baby menghadap ibu dan rapat kepadanya.
  • kepala baby disokong dengan kedudukan menegak dab menghadap breast ibu.
  • jari ibu jauh dari aerola.


CARA MENYUSUKAN BABY
  • mendukung
  • mendakap
  • berbaring
  • mendukung bersilang
  • ibu tidak seharusnya membongkok kehadapan kerana boleh menyebabkan sakit belakang.

MENYUSU PASANGAN KEMBAR

(gambar kemudian)


MENDEKATKAN BABY DENGAN BREAST IBU
  • membangkitkan tindakan refleks. dekatkan puting breast ke bibir baby.
  • tunggu sehingga mulut baby membuka luas.
  • dekatkan baby kearah breast.
  • gerakkan badan baby kearah breast.
  • pastikan mulut baby menghidap sebahagian besar breast, mengambil lebih dibahagian rahang bawah
  • sokong breast semasa baby menyusu.
  • jika bayi tidak dapat menghisap dengan baik atau ibu berasa sakit, berhenti sebentar dan kemudian lakukan penyusuan semula.

MENGAKHIRI PENYUSUAN

  • susukan sehingga baby melepaskan breast secara spontan.
  • breast kedua hanya diberikan kepada baby selepas selesai menghidap breast pertama.
  • boleh berikan kedua-dua belah (bergilir-gilir) selagi baby nak terus menyusu.
  • jangan alihkan baby dari breast jika baby sedang menyusu.
  • selepas penyusuan selesai, alihkan baby dari breast dengan memasukkan jari ketepi mulut baby.

No comments: