Alhamdullilah, syukur....selepas hampir setahun saya tak boleh nak login masuk ke blog kesayangan saya, hari ni berjaya juga😭😭😭😭 Syukur sangat ya allah!
November 1, 2024
July 7, 2021
Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris
Kali ni kak mieja join segmen pencarian bloglist Syu Deris pula. Poster yang cute dan kreatif siap ada teka teki peribahasa lagi.
Kepada semua bloggers yang hendak menyertai Segmen Pencarian Blog Syu bolehlah ke klik poster di bawah ini.
3) Teka jumlah peribahasa yang korang nampak dalam gambar: 10
4) Nyatakan salah SATU peribahasa tersebut: Melentur buluh biarlah dari rebungnya
July 6, 2021
Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom
Hari ni berpeluang untuk memeriahkan segmen "Giveaway Blog Shalimar Yusof".
Kak mieja lebih banyak bergurau senda dan berinteraksi dengan Sha dekat IG jerk (kan sha? hehehhehehe) seorang yang peramah dan tak sombong.....walaupun followers Sha semakin ramai, tetap menten macam dulu-dulu...tahniah Sha....
Kepada semua rakan-rakan bloggers yang berminat untuk menyertai segmen dari Sha bolehlah klik poster beliau dan ikuti peraturan yang Sha telah tetapkan. Ada hadiah menarik dari Sha juga.
Giveaway Road To 3M Mamapp
June 26, 2021
Kisah Sherbu & Essential Oil Thieves
demam ke ni? nampak macam selsema jugak
June 20, 2021
Kisah Kebun Sawit
Jumaat 18/6/2021 adalah tarikh keramat.
Maka dengan rasminya kebun sawit yang saya beli dahulunya menjadi milik tuan baru.
Dulunya hutan tebal yang kami seisi keluarga bersihkan dan di tanam pokok sawit, dengan keluasan tanah seluas hampir 8 ekar, tapi disebabkan kekangan masa yang semakin tak terlaksa, kami juga tak dapat balik kampung untuk menjenguk kebun tambahan pula pada masa PKP ini, para pekerja juga silih bertukar dek kerana mereka sebelum ini ada yang balik ke kampung halaman, kesukaran mencari pekerja pon menjadi masalah juga, hasil buah sawit yang selalu di ambil tanpa pengetahuan kami tanpa rasa takut hukum haram dan halalnya.....maka dengan rasa redha, dah sampai masa untuk kami melepaskan tanah tersebut. Tanah ini agak jauh dari rumah ayahanda, maka memang menjadi kesukaran untuk menjenguknya kerap.
Ayahanda juga semakin uzur di mamah usia. Beliaulah yang banyak menolong kami menguruskan kebun, tapi sampai bila nak menyusahkannya, beliau juga ada kebun-kebun beliau yang perlu di lihat setiap hari.
Maka kami mengambil keputusan muktamad, lepaskan saja kebun ini kepada yang lebih berjaya mengendalikannya, lega hati tak perlu menyusahkan ayahanda lagi. Syukur, allah swt menolong dan mendengar doa kami.....bertahun juga resah gelisah sebab rasa bersalah kepada alam kerana mengabaikannya, syukur 2021 allah mendengar resahan kami, nangis sekejap tanda kesyukuran. Hilang beban yang berat ini!
Kisah kebun sawit ada di entry:
https://memorisusuanku.blogspot.com/2012/06/hujung-minggu.html
Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist
Hujan renyai-renyai di hari Ahad ini, kak mieja terbaca dekat blog Liana...ada segmen blogwalking dan pencarian bloglist dari AIN. Kak mieja klik, ingatkan tak follow lagi blog Ain, ehhhh dah follow rupanya...tapi suka nak memeriahkan lagi, kak mieja join :)
Segmen bermula dari 17 Jun sehingga 24 Jun 2021. Buat semua rakan bloggers boleh join untuk memeriahkan blog Ain.