November 14, 2025

RareChantr Night Market, Satun

Masih kisah dekat Satun, entah bila nak habis ni ...hehhehehe

Malam kami berjalan ke Rarechantr Pasar Malam
Mereka bertiga kononnya nak makan streetfood Thailand
Tapi kami berdua tak pandailah nak makan, bukan tekak kami

mereka bertiga yang shopping makanan macam-macam
aqish pula dapatlah sehelai seluar gajah dia tu

Selepas semua hajat makanan yang mereka nak beli dah dibeli
maka kita cari kedai makan untuk makan malam dan santai


Gerai-gerai dekat sini ada beberapa lorong


ramai juga orang Malaysia lepak sini, plat Malaysia penuh dekat parking lot.


ada juga gerai yang tak bukak/ tutup awal.


tak ingat ini jual apa, allysha membeli makan untuk tapau bawak balik dekat hotel


aqish dapat dah seluar gajah dia, ali jerk yang tak ada size


takut anjing dekat belakang tu...dia bukan nak mengigit, dia mintak ehsan makanan jer


dah, jom kita pergi kedai makan.

No comments: