Showing posts with label Satun. Show all posts
Showing posts with label Satun. Show all posts

November 14, 2025

RareChantr Night Market, Satun

Masih kisah dekat Satun, entah bila nak habis ni ...hehhehehe

Malam kami berjalan ke Rarechantr Pasar Malam
Mereka bertiga kononnya nak makan streetfood Thailand
Tapi kami berdua tak pandailah nak makan, bukan tekak kami

mereka bertiga yang shopping makanan macam-macam
aqish pula dapatlah sehelai seluar gajah dia tu

Selepas semua hajat makanan yang mereka nak beli dah dibeli
maka kita cari kedai makan untuk makan malam dan santai


Gerai-gerai dekat sini ada beberapa lorong


ramai juga orang Malaysia lepak sini, plat Malaysia penuh dekat parking lot.


ada juga gerai yang tak bukak/ tutup awal.


tak ingat ini jual apa, allysha membeli makan untuk tapau bawak balik dekat hotel


aqish dapat dah seluar gajah dia, ali jerk yang tak ada size


takut anjing dekat belakang tu...dia bukan nak mengigit, dia mintak ehsan makanan jer


dah, jom kita pergi kedai makan.

October 14, 2025

PAK BARA VIEW POINT

Destinasi pertama terus menuju ke Pak Bara. Makan tengahari di Pak Bara.
Cuaca masih mendung, baru lepas hujan.


Pak Bara View Point, lepak disini sebentar. Masa ni belum ramai orang, dapatlah bergambar dengan tenang. Berlatar belakang Ikan Maling & laut Andaman. Saya perasan, air laut dekat Thailanda ni ada 'bau' yang semacam. Dulu masa pergi Bangkok, mengelilingi Sungai Chao Praya juga ada bau hamis yang sama.


Air laut tengah pasang, ombak kuat sedang menghempas pulas.


Simpan kenangan dekat replika Ikan muncung tajam/ikan maling


suasana cuaca baru nak keluar panas


di sebalik air laut


Ada banyak kedai-kedai makan area sini, bolehlah pilih ikut pilihan hati.