Showing posts with label SATUN THAILAND. Show all posts
Showing posts with label SATUN THAILAND. Show all posts

November 14, 2025

Ma-Kan, Satun Thailand

Seterusnya kita ke kedai makan yang bernama Ma-Kan
Parking juga agak senang, sebab ada polis yang berjaga disebabkan ada pasar malam

 terletak tak jauh dari RareChantr Night Market
dekat sini jugak ada pasar malam sepanjang jalan, ada polis berjaga.
tapi tak sempat nak santai dekat pasar malam, sebab nak pergi makan dulu
bila dah siap makan, semua khemah pasar malam dah siap berkemas sebab dah pukul 10 malam.



Tak tau dia tulis apa...yang pasti kedainya halal, ada beberapa tok haji lepak makan sini juga... 


Semua tak nak makan nasi, so kita order ikut selera masing-masing. Recommended sedap.


Ini roti pisang cheese kalau tak silap, sedap & lembut, lain rasanya dari dekat Malaysia


Cabonara untuk Ali Iqbal, sedap berlemak pekat.


Kerabu maggie untuk aqish, papa jerk lupa nak snap gambar sebab dapat paling lambat....papa punya nasi goreng sea food, ada rasa & sedap jugak. Allysha dia simpan perut nak makan, makanan yang dia beli tadi.

Teh tarik, menarik sebab kena letak air panas sendiri.


cili ni nampak menarik


Time makan adalah masa yang paling berharga untuk masing-masing berebut nak bercerita, adalah nanti yang merajuk sebab nakkan perhatian....


Gambar kenangan dekat sini

si oyen kucing tuan kedai.


bye-bye oyen


balik hotel, aqish sambung buat paperwork yang dia kena bagi dekat cikgu


tak taulah pukul berapa aqish tidur, bangun subuh dia dah kemas & tidur



October 16, 2025

Lunch @ Rim Lay Kitchen, Pak Bara

Makan tengahari dekat Rim Lay Kitchen, baca review positif dekat Rim Lay Kitchen.

Tak ramai orang lagi masa ini, mungkin bila menghala ke petang/malam akan ramai. Deretan ditepi pantai, semuanya kedai makan. Kedai yang ini menghadap lautan luas, ombak menghempas kuat.

Video sekitar Kedai Makan Rim Lay Kitchen
bentuk pulau belakang tu mengingatkan saya masa pergi Phuket dulu, tertanya-tanya pulau apakah ini

Suasana selepas hujan berhenti, boleh parking dekat tepi kedai-kedai makan ini. Kalau dekat Hatyai kita sesuka hati parking, mahu dah kena clamp dan saman.

Menu pilihan: Tomyam seafood, sotong goreng tepung, kerabu mangga, telur dadar, sayur kailan ikan masin, ulaman dan sambal belacan. Portion tomyam nampak sikit, tapi tak habis juga untuk kami berlima.

Dalam tomyam ada macam-macam seafood....Rindu rasa nak makan TomYam Thailand hehheheheh
 Sedap...boleh singgah lagi...portion seafood banyak
 Makan 5 orang tak habis
suasana betul-betul tepi pantai, kalau Tsunami datang tak sempat nak lari...hikssss
Stiker dari gang riders & group dari Malaysia. Aqish tengah tengok stiker dari Uncle Yan yang pernah datang makan dekat sini.
Tertanya-tanya pulau belakang tu pulau apa...
Cuaca suram basah, kalau cuaca panas rasanya lagi best nak melepak
dah kenyang, jom kita check-in Hotel.


October 13, 2025

KISAH CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2025 @ Perjalanan Ke Satun, Thailand

Diam tak diam, dah masuk pertengahan Oktober 2025
Kisah September 2025 masih belum dimemorikan disini...cepat betul masa berlalu

Cuti Sekolah yang lepas, selepas selesai majlis kenduri anak buah pada 13/9/2025 kami balik ke Pendang sekejap, 15 September 2025,  kami mengambil kesempatan bercuti ke Pak Bara dan Satun (short vacay), bermalam satu hari di Navakiri Resort, Satun, Thailand.

Pagi Isnin, kami singgah di Jitra, untuk bersarapan dan buat insuran untuk masuk ke Thailand, sementara Mr. Papa menguruskan insuran, kami order breakfast dahulu. Mr. Papa juga sempat berjumpa dengan sahabat rapatnya semasa belajar di UUM, beliau juga Lecturer di UUM sekarang.


Tapak ini dulu adalah Kedai Joe Pulut Cendol, tinggal kenangan, tak ada dah kedai ini.

Roti telur warung ini garing dan sedap, makan satu tak cukup budak dua ni. Warung ini semakin ramai orang yang singgah sebab mereka juga singgah buat insuran, maka tak bolehlah nak bertambah roti telur sebab agak lambat nak menunggu, kami kejar masa nak masuk ke Sempadan.

Perjalanan kami sepanjang perjalanan hujan lebat, kami melalui jalan Wang Kelian, Perlis. Masuk ke border juga masih hujan renyai-renyai, syukur tak berapa ramai orang melalui jalan Wang Kelian, suspen juga kalau kena beratur panjang seperti dekat Durian burung/Bukit Kayu Hitam.

Hujan lebat dan renyai-renyai disepanjang perjalanan. Dah sampai dekat Sempadan Thailand. Parking masuk kedalam, barulah declared passport & geran kereta +white card.
Dah berpuluh tahun tak datang keWang Kelian, suasananya masih sama seperti dahulu juga. Tak berubah. Selepas Mr. Papa selesai mendapatkan parking, beliau terus ke Laluan khas untuk passport & geran kereta dekat sini.
Kami pula di laluan yang agak panjang beraturnya, walaupun panjang tapi agak laju juga, Tak seperti pengalaman kami di Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam sebelum ini untuk ke Hatyai,  agak slow sangat prosesnya.
Selepas proses passport, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan sepanjang kampung agak tenang, suka dengan vibe area kampung di sini, rata-rata muslim. Yang penting tak ada Polis Thailand di atas jalan berjaga, driving dengan keadaan yang tenang.

Sudah agak suram gerai-gerai disini, compare dahulu sangat meriah orang Malaysia datang membeli belah disini. 
Meneruskan perjalanan ke Pak Bara. Misi datang kesini santai dan jalan-jalan carik makan especially TOM YAM.
Bandar kecil, Satun.


Bersambung lagi nanti.