June 30, 2026

26/12/2025 | Vienna City

26/12/2025 | Vienna City

Misi pada hari kedua adalah ke Vienna City. Kami keluar menaiki train dan tram. Public holiday (Christmas) kedai dan butik semuanya tutup, maka kami jalan-jalan santai cuci mata sahaja, kedai coklat & restoran sahaja yang buka hingga malam.

Pukul 5.00 pagi dah terjaga dari tidur, masa ni belum subuh lagi, jalan lengang kat bawah.

Pergi breakfast dekat cafe sebelum ke Vienna city. Anak-anak dah terbiasa, bila breakfast pagi bermakna lunch masih kenyang, so kita akan skip lunch dan akan makan dalam pukul 4-5petang. Menuju ke pusat bandar Vienna, sepanjang 4 hari dekat sini, setiap hari kami akan kesini untuk lunch/dinner dan juga perjalanan ke 

dari celah-celah tingkap hotel, kami snap gambar waktu pagi.
jumpa salji turun malam tadi, bukan main suka
singgah kedai roti dan minum hot choc /latte
cuaca dingin
selepas breakfast, naik tram ke Vienna
dari dalam tram
video semasa naik tram
dah sampai ke Vienna City
tertarik dengan tong sampah perokok
disebabkan semua kedai dan butik tutup, maka kami singgah kedai coklat pekena hot choc
Lindt buka sehingga jam 9.30 malam
tengah sale, tapi kena tengok igredientnya juga.
allysha & hot choc
menarik taxi ni

tertarik dengan pintu 
tak singgah sebab cheese yang beli dekat Amsterdam dulu ada sikit lagi, peminat cheese hanya allysha jerk

setiap lorong ada ramai orang
sekitarnya
Ali ada quiz, so kena stop sekejap bagi ali jawab semua soalan. Dec belum cuti semester, hujung tahun biasanya blended class. 
masuk ke petang dah semakin ramai orang.

June 26, 2026

Vienna Christmas Market @ Rathausplatz

25/12/2025 | 5.00pm | Rathausplatz, 1010 Vienna City

Sekitar petang dalam pukul 5.00pm, kami keluar ke Christmas Market kerana idea anak-anak nak ke Christmas Market di Vienna City. Rezeki mereka dapat tengok Love yang terbang...tak taulah apa namanya... (viral juga dekat Tik Tok masa malam Christmas).

Christmas Market - Christkindlmarkt di Rathausplatz yang terkenal dan menarik minat pengunjung setiap tahun. Ia terletak di Vienna City Hall, Chriskindlmarkt salah satu market yang terkenal di dunia dan menjadi tumpuan para pelancung.

Video Love terbang

Ke pintu masuk Christmas Market - cuaca dah semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang walaupun pakai longjohn.

Sepanjang musim sejuk, pelbagai aktiviti di adakan, gerai-gerai kecil seperti gerai minuman dan makanan, aktiviti utama adalah Ice Skating, dipenuhi dengan pelbagai lampu menerangi taman.

ICE SKATING, disediakan gelanggang dan laluan ice dibawah menara Rathaus, diterangi pelbagai lampu neon bercahaya. Ia menjadi tumpuan utama untuk para pengunjung dan para pelancung.
Terlalu ramai yang bertumpu dekat ice skating , anak-anak pula dah hilang mengambil gambar sekitar disitu.


 

Heart tree - kreatif. Cuaca semakin sejuk dan mencengkam tulang belulang, dah pukul 8pm. Pengunjung semakin ramai, maka kami decide untuk tapau dinner (kebab & pizza), sebelum balik.
masa untuk balik ke hotel, cuaca dah semakin mencengkam tulang.
Tapau kebab dan pizza, makan dekat hotel.
Video sekitar Rathausplatz 


Allysha tengah bayar tiket dekat dalam train, senang dan memudahkan perjalanan sangat.

suhu jam 8.00malam


June 25, 2026

Hotel Allegro, Vienna City, Austria

  • Hotel Allegro, Vienna City Matzleinsdorferplatz 1, 1050 Vienna
  • Checkin 25/12/2025 & Checkout 28/12/2025

Sampai di hotel, check-in dan berehat. Kami berada di Vienna selama 4  hari 3 malam. Video sekitar hotel dan train station. Hotel Allegro adalah hotel 3 bintang (hotel tertua) yang merupakan sebuah bangunan yang berasal dari zaman kegemilangan pada akhir abad ke-19, terletak di daerah "Margareten" ke-5 di Vienna.

Hotel ini sangat strategik, dekat dengan public transport (train & tramp) Station keretapi Matzleinsdorferplatz  berhadapan hotel, kami melintas jalan sahaja dari hotel untuk ke station keretapi. Senang nak heret luggage melintas jalan, terus ke hotel dan train station. Anak-anak tiap kali balik dari berjalan, berlari terus balik ke hotel, tanpa menunggu kami, kami boleh nampak sebab  nampak pergerakan mereka masuk kehotel.

Bilik dan toilet juga sangatlah besar. Ada meja, maka memudahkan pakcik dan allysha  untuk buat kerja dan meeting dari hotel. 



sementara menunggu bilik siap, lepak sebentar di lobby.






sepanjang duduk dekat sini, lupa nak ambil gambar hotel waktu siang, banyak video sahaja
gambar sekitar waktu malam, hotel tertua era akhir abad ke-19

akan bersambung lagi ke next blog - malam kami ke Vienna City, jalan-jalan malam Christmas