Showing posts with label kebunsawitsaya. Show all posts
Showing posts with label kebunsawitsaya. Show all posts

June 20, 2021

Kisah Kebun Sawit

Jumaat 18/6/2021 adalah tarikh keramat.

Maka dengan rasminya kebun sawit yang saya beli dahulunya menjadi milik tuan baru.

Dulunya hutan tebal yang kami seisi keluarga bersihkan dan di tanam pokok sawit, dengan keluasan tanah seluas hampir 8 ekar, tapi disebabkan kekangan masa yang semakin tak terlaksa, kami juga tak dapat balik kampung untuk menjenguk kebun tambahan pula pada masa PKP ini, para pekerja juga silih bertukar dek kerana mereka sebelum ini ada yang balik ke kampung halaman, kesukaran mencari pekerja pon menjadi masalah juga, hasil buah sawit yang selalu di ambil tanpa pengetahuan kami tanpa rasa takut hukum haram dan halalnya.....maka dengan rasa redha,  dah sampai masa untuk kami melepaskan tanah tersebut. Tanah ini agak jauh dari rumah ayahanda, maka memang menjadi kesukaran untuk menjenguknya kerap. 

Ayahanda juga semakin uzur di mamah usia. Beliaulah yang banyak menolong kami menguruskan kebun, tapi sampai bila nak menyusahkannya, beliau juga ada kebun-kebun beliau yang perlu di lihat setiap hari.  

Maka kami mengambil keputusan muktamad, lepaskan saja kebun ini kepada yang lebih berjaya mengendalikannya, lega hati tak perlu menyusahkan ayahanda lagi. Syukur, allah swt menolong dan mendengar doa kami.....bertahun juga resah gelisah sebab rasa bersalah kepada alam kerana mengabaikannya, syukur 2021 allah mendengar resahan kami, nangis sekejap tanda kesyukuran. Hilang beban yang berat ini!

Kisah kebun sawit ada di entry:

https://memorisusuanku.blogspot.com/2012/06/hujung-minggu.html



Kelapa sawit sedang mahal di pasarankan sekarang, 
sedang eloklah tuan baru dapat menjaganya dengan rapi Insyallah....



Alhamdullilah, selesai.