Semasa cuti Maulidur Rasul yang lepas, menjenguk team kesayangan saya di padang sekolah yang sedang berlatih🥎 Latihan setiap minggu adalah setiap hari Jumaat & Sabtu.
Lama sangat saya tak menjenguk team, disebabkan kekangan waktu. Selepas selesai berjogging kami terus ke padang.
Penubuhan Team ini adalah dari idea Pakcik hubby, walaupun sukan utama beliau adalah Kriket (beliau Ex-Kriket Negeri) tetapi demi anak-anak dia sanggup untuk menubuhkan team Sofbol pada tahun 2019, maka bermulalah saya dengan membuat kertas kerja dan usul cadangan kepada pihak sekolah.
Alhamdullilah, kertas kerja saya diterima dan bermulalah kisah sukan Sofbol di SMK Cyberjaya. Maka segala perancangan untuk team kami berkerjasama bersama dengan Guru Penasihat Sofbol. Sukan yang banyak mengunakan IQ dan teknik. Kena pandai membaca strategi dari pelbagai sudut.
Beberapa keping gambar untuk kenangan.
Syukur, kami dapat seorang Coach yang jiwanya memang hidup mati Sofbol, sangup turun padang tak kira hujan dan panas. Beliaulah yang membimbing team dari tahun ke tahun tanpa berkira masa, waktu dan wang ringgit. Terima kasih Coach!




