Showing posts with label Matahatiku. Show all posts
Showing posts with label Matahatiku. Show all posts

July 3, 2015

Hari Report Card

Kepada anak-anak mama & papa,
Allysha, Ali Iqbal & Balqish,


sessi perjumpaan dengan guru kelas untuk mengambil report card
dah pon selesai pada hari ini untuk ali iqbal
minggu lepas untuk allysha (jumaat) dan balqish (sabtu)
untuk sesi kali ini papa pergi seorang untuk berjumpa dengan guru kelas masing-masing
mama tak sempat nak follow papa...

Komen dari guru-guru kamu:

untuk allysha,
tahniah kerana kamu berani bercakap, berani membuat presentation bersendirian di dalam kelas
dan aktif di dalam kelas (pujian dari guru-guru)
dan sila perbaiki matapelajaran yang lemah
semoga kamu kekal di dalam kelas yang sama pada tahun hadapan.


Untuk ali iqbal,
tahniah! mama dan papa sangat terkejut dengan keputusan awak pada penggal yang pertama dulu
kerana banyak peningkatannya
keputusan untuk penggal kedua ini naik ke tangga pertama
semoga keputusan awak ini dapat di kekalkan dan boleh menjadi inspirasi kepada balqish
seorang yang pendiam di dalam kelas, guru-guru komen ali seorang yang pendiam
tapi kalau jumpa gang yang sekepala, boleh tahan jugak....


Untuk balqish,
aunty (teacher) memberi komen kamu seorang yang sangat berani bertanya seperti kakak allysha juga
seorang yang rajin mencuba dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan di dalam kelas
dan aunty kata sebelum balik, balqish setiap hari sentiasa meminta homework untuk dibawa pulang


Diharapkan kamu bertiga ada peningkatan dengan lebih lagi untuk peperiksaan hujung tahun ini
Insyaallah......


loves,
Mama & Papa







May 16, 2015

HOMST RECEPI (Restaurant Chinese Muslim Cuisine)

Kisah Hujung Minggu Sabtu 16/5/2015
salah satu kedai yang sentiasa penuh dan menarik perhatian org luar datang kesini adalah
Restoran HOMST RECEPI
terletak di De'Pulze Shopping Centre, Cyberjaya

Mama & Papa dinner yang simple jerk sebab malas nak makan nasi
Nyonya Curry & Sizz Yee Mee
Allysha makan Black Pepper Chicken Rice
Ali Iqbal Dumpling Soup & Rice
Balqish makan nasi goreng cina

REVIEW: bolehlah...ada rasa.. Manggo sago lolo mcm gambar di bawah sedap.


3 karektor yang berbeza, perangai yang berbeza
bab makan pon sama, selera yang berbeza


bukan main jari tu...balqish tak minat dumling sup yang ali iqbal makan tu

December 4, 2014

MAHA 2014

Walaupun dah berlalu kisah mereka pergi ke MAHA minggu lepas, nak jugak letak dekat sini sebagai kenangan mereka. Aktiviti minggu lepas pada 25 November 2014, mamanya tak ikut sebab tak ambil cuti, papa dan anak-anak sahaja ke MAHA.

Masing-masing bila dah balik rumah, semua excited bercerita pasal pameran kucing, mereka geram dekat kucing-kucing yg dipamerkan....bila bercerita pasal kucing, perangai semua boleh berubah mcm kucing jugak....kalau tgh bersedih, tengok kucing terus tersenyum...itulah gelagat mereka bertiga.

Layanz beberapa keping gambar mereka bertiga.

 Geram tengok budak dobot bulus ni...... ini mesti baka maine coon
 amboi bukan main lagi beg kucing kat atas cage tu...


  upah aiskrim senyap sekejap...
masuk aja kat tempat pokok-pokok budak-budak ni dah boring nak balik....memang tak adilkan..selalu aja macam tu....hikssss

ok balik, hari nak hujan....


December 3, 2014

Allysha@ Tuition Percuma Persediaan Tingkatan 1

Tempat: Pusat Tuition Gemilang
Kelas Percuma: Persediaan Ke Tingkatan 1
Kelas: Selasa, Khamis & Jumaat
Petang semalam mama mendapat panggilan telefon dari pusat tuition tempat Allysha belajar dulu. Mereka bertanyakan keputusan UPSR dan pihak tuition menawarkan kelas percuma selama satu bulan sebagai 'hadiah' khas untuk mereka yang mendapat 5A & 4A, kelas tersebut bagi persediaan awal ke tingkatan 1 tahun hadapan (2015).

Kelas telah bermula pada malam tadi setiap malam Selasa, Khamis & Jumaat.
Subjek tingkatan satu yang mereka tawarkan iaitu Maths, Sains, English & BM.

Disebabkan kelas tambahan ini percuma, maka kami galakkan Allysha pergi ke kekelas tersebut dari duduk dekat rumah asyik tengok cerita Korea, lagu korea....semua korea.....korea..... Nak masuk ke tingkatan satu, akan ada ujian dan saringan kelas....dengan harapan Allysha dapat masuk ke KRK nanti....Rasa macam kiasu pulakkan, baru UPSR dah ada kelas tambahan, kami memang tak plan nak hantar kekelas tambahan cuti sekolah ini, tapi memandangkan dapat tawaran percuma satu bulan, ambil peluang pergi dan belajar mengenali subjek-subjek tingkatan satu sebagai asas dan permulaan.

Pelajar yang hadir, tak ramai yang join....cuti sekolah...semua pergi holidaykan...

intai allysha...tengah mengira di papan putih....

November 28, 2014

Keputusan UPSR Dan Hari Graduasi Tahun 6

26 November 2014.

Keputusan UPSR dan Hari Graduasi Tahun 6.
Sekolah Kebangsaan Cyberjaya (SKCJ)
Bertempat: Dewan LKIM, Puchong.

Majlis yang di tunggu-tunggu dengan penuh debaran akhirnya muncul juga semalam, alhamdulllah.

Keputusan melalui online telah kami terima sebelum majlis graduasi allysha dan rakan-rakan bermula. Kami simpan keputusan allysha sehinggalah dia naik ke pentas dan terima slip keputusan UPSR Dan melihat sendiri keputusannya. Berkali-Kali allysha bertanya papa dah check keputusan UPSR ke belum? Tapi kami kata tunggu allysha naik pentas dapat keputusan nanti tengoklah...

Mama dan Papa tak nak spoil mood happy nak naik pentas jadi kami simpan keputusannya.

Keputusan UPSR Allysha: 4A1B

Walaupun sedikit kecewa, tapi alhamdulllah allysha dah buat yang terbaik, hanya itu sahaja rezkinya....maka kami terima dengan redha....

Target GB, kelas allysha sepatutnya semua mendapat 5A, pelajar harapan sekolah, tapi tiada izinNYA dan rezeki bukan milik mereka...

Keputusan UPSR jatuh sangat teruk, tapi pandai lah pihak politik menunding jari katanya itu bukan kesilapan disebabkan kebocoran  kertas peperiksaan tetapi disebabkan soalan yang beraras tinggi 40% berbanding tahun lepas....emmmmmmm....

SKCJ masih mengekalkan prestasi terbaik keputusan UPSR seluruh daerah Sepang. Dengan GPS 1.60 berbanding tahun lepas 2013 GPS 1.73. 

Seramai 38 orang mendapat 5A Dan 36 orang mendapat 4A1B. Dengan 100% lulus BM penulisan.

Gambar-gambar sebagai kenangan untuk allysha.


Harian METRO 27/11/2014

Pendaftaran dahulu....

Cikgu tolong pakaikan Jubah

Dewan LKIM, Puchong

Kanak-kanak kecil yang masih belum memenuhi dewan Ini.

Aiman 5A, Anura 5A, Allysha dan Darren 4A1B

Dania Marsya 5A, Allysha

Sessi keluar kedewan untuk
Taklimat akhir

Ucapan dari GB

Allysha menerima keputusan UPSRnya.

Naik kepentas sekali lagi untuk menerima cenderahati dari SKCJ. Sedikit kecewa dengan jurukamera, beliau diamanahkan utk mengambil gambar anak-anak Ini, tetapi mereka tak melakukannya...kami ibu bapa tak dibenarkan mengambil gambar....:(:(

Keputusan allysha dan duit RM30 utk 4A1B, 5A RM50

Selepas menerima cenderahati.

Anakanda allysha binti amir 

Gambar bersama anakanda allysha



Untuk allysha,

Perjalanan dalam kehidupan baru bermula, maka jadikan UPSR Ini satu pengalaman dan jadikan ia satu pengajaran jugauntuk mengapai kejayaan yang lebih mencabar. Nak mencapai kejayaan banyak cabarannya.

Usaha lebih gigih lagi untukPT3 pula. Bukan mudah hendak memgapai kejayaan, banyak Cabaran yang akan mendatang.

Solat Dan Doa jangan tinggal kerana allah swt sentiasa memerhatikanmu"

Sayangs allysha,
Papa Dan Mama
28 Nov 2014

November 20, 2014

Dah siap@ Cenderahati Jamuan Untuk Perpisahan Sekolah

dah siap cederahati untuk guru-guru & rakan-rakan kelas allysha
tq dekat sofu tolong betulkan/ ingatkan :)
tarikh 20/11/2014 silap plak semalam menaip 20/12/2014

siap utk allysha -cerderahati untuk majlis jamuan perpisahan tahun 6

khas untuk guru-guru kelas yang mengajar allysha, biasanya kami menyumbangkan makanan pada jamuan akhir tahun tapi tahun ni istimewa sedikit sebab last dekat sekolah ni kan...

untuk balqish, malam nie baru siapkan....hari ni sikecik tu cuti sebab kanak-kanak 6 tahun ada majlis graduasi....dan aqish hari nie tidur rumah bb-sitternya sempena hari last nak tutup sekolah...esok pergi sekolah dengan nina, jalan kaki sama-sama dari rumah mak nani...(rumah mak nani dekat dengan sekolah)


November 19, 2014

Menyiapkan cenderhati@ Majlis Perpisahan


sempena majlis perpisahan tahun 6 - allysha
pada 20-12-2014, esok
malam tadi baru sibuk nak menyiapkan hadiah untuk guru-guru
juga untuk rakan-rakan sekelasnya

majlis perpisahan balqish hari jumaat
masih ada masa lagi
next year dah tak jumpa kawan-kawan & cikgu-cikgu
so, ada sedikit jajan untuk anak-anak kecik tu juga

majlis perpisahan ali iqbal pada hari ini
tak ada plan untuknya
tapi ali kata, dia nak jugak....oklah....kita bagi sama rata....bg cenderhati untuk cikgu sahaja.


 dalam plastik pos laju tu yassin, order bulan lepas....
sejadah dan mini yassin untuk guru-guru allysha dan rakan-rakan sekelas allysha juga.
3 tabung comel ni untuk non muslim (kawan sekelas allysha)
label dan surah yassin untuk guru-guru dan rakan-rakan allysha
Label untuk si kecik Balqish....untuk lekatkan dekat goodies bag
 goodies bag untuk kawan-kawan balqish - color putih
jajan untuk si kecik + surah yassin untuk kawan-kawan balqish
beli crunch wafer dapat free mug....cantikkan....
ali punya dah siap....label hitam putih sahaja, jimat ink mama......rugi nak print color......


ok, sambung lagi malam ni.....
masih bussy tak sebab sgt nak bw......

November 14, 2014

Kisah Ali Iqbal & Pinggan Makannya

kisah ali yang buat kami berdua terkejut sekejap
balik dari Larian Hijau agak lewat jugak
Allysha tak balik lagi masa nie
so, balik rumah mandi manda & solat
baru pergi lunch dekat Mat Ayam Kampung, dekat Cyberjaya jugak

lepas habis makan
ali cakap....dah...dah...dah....
lepas tu dia terus bangun dan bawak pinggan
kami berdua terkejut tgk dia spontan bangun & bawak pinggan

terus tanya kat dia:

mama: ali nak pergi mana nie?
ali: nak basuh pingganlah
mama: haa....nak basuh pinggan? kenapa? kan kita kat kedailah
ali: ehhhhhhhh terus dia ketawa besar....ali lupalah....ali ingat kat rumah
kami berdua terus ketawa....




November 5, 2014

Balqish @ 5 Tahun

Kisah homework  balqish minggu lepas
tengok aqish buat homework matematik
tiba-tiba terfikir, baru umur 5 tahun
dah bersusah payah belajar macam-macam
sekarang aqish sudah belajar mengira tambah dan tolak


teringat kembali, zaman mama kecik umur 5 tahun tak tau apa lagi
umur 6 tahun baru belajar naik basikal coper (tanpa ada roda tambahan)
umur 6 tahun jugak pergi sekolah tadika naik basikal, lepas tu balik sekolah cikgu suruh bawak kawan (bonceng belakang) balik sama, penatnya kayuh basikal bawak budak montel.....sampai kat rumah barulah mak kawan datang ambik kat rumah....
umur 7 tahun baru pandai membaca...baru pandai mengira

sungguh berbeza budak zaman sekarang
enjoy ke tak life kanak-kanak sekarang ni ya?
kadang-kadang timbul rasa kesian
dengan kelas tuisyennya lagi
kalau tak belajar nanti ketinggalan pulak
itulah kehidupan  budak-budak sekarang
serba serbi kehidupan mereka mesti pantas dan cepat
mengikut arus permodenan....
emmmmmmm.....


ajar aqish style macam nie senang sikit nak kira tambah & tolak ...
syukurlah dia dah boleh faham macamana nak tolak, macamana nak menambah....

cikgu bagi homework, ikut musim kadang-kadang banyak...kadang-kadang sikit...

October 31, 2014

Renungan Untuk Jumaat Yang Indah

hari jumaat yang indah, penghulu segala hari
video ini sangat menarik perhatian
walaupun video ini dah lama
dan dah berkali-kali dengar tapi tetap tak menjemukan


dah tiba masanya disimpan disini utk tatapan semua
dan dengan harapan video ini tidak didelete dari youtube




"khas buat allysha, ali iqbal & balqish" 
dengarlah...


untuk tatapan anak-anak & halwa telinga kamu
sekarang kamu belum mengerti apa-apa, kerana kamu masih kecil
tapi andainya blog mama ini masih wujud bila kamu dewasa
maka, dengarlah...hayatilah.....semoga menjadi anak yg solleh dan sollehah
semoga kamu mengenang jasa kedua ibu bapa yang sanggup berkorban apa sahaja

loves,
mama & papa

October 28, 2014

Kawan Ketawa & Kawan Bergaduh

baru perasan 'entry balik kampung' dah hilang
dalam draft pun tak ada, terdelete kah? rasa macam tak der tekan button delete...
pelik-pelik......


letak sini utk kenangan cerita kamu berdua - aqish & ali
setiap hari ada saja usikkan budak berdua ni sekejap kawan, sekejap bergaduh
ali tukang mengusik, suka betul dengar aqish terjerit pekik....rasa begit telinga ni...

salah satu favorite mereka - puzzle-
cara yang boleh melekakan mereka dari asyik bermain ipad & ipod

 baru balik sekolah....sementara nak mandi dan solat maghrib...

kawan bermain dan kawan bergaduh........

tapak kaki sapa tu...basah-basah .....dak oyenlah tu...


Elsa duduk sebelah aqish....selamat dah anak Sabrina kena ambik dengan budak-budak ni & bawak balik ke Cyberjaya....berebut dengan nenek....nak bawak balik sabrina, kesian pulak dengan anak yang dua ekor lagi....so,kita ambik Elsa & Anna....(dua-dua betina)....nama diberi sempena cerita 'Frozen" :)


menjadi imam dikala papa tiada dirumah....moga abang menjadi anak yg solleh dan boleh melindungi adik, kelak.....amin...
share tengok carton pulak...
anak angkat baru...:) anna & elsa....