July 3, 2015

Hari Report Card

Kepada anak-anak mama & papa,
Allysha, Ali Iqbal & Balqish,


sessi perjumpaan dengan guru kelas untuk mengambil report card
dah pon selesai pada hari ini untuk ali iqbal
minggu lepas untuk allysha (jumaat) dan balqish (sabtu)
untuk sesi kali ini papa pergi seorang untuk berjumpa dengan guru kelas masing-masing
mama tak sempat nak follow papa...

Komen dari guru-guru kamu:

untuk allysha,
tahniah kerana kamu berani bercakap, berani membuat presentation bersendirian di dalam kelas
dan aktif di dalam kelas (pujian dari guru-guru)
dan sila perbaiki matapelajaran yang lemah
semoga kamu kekal di dalam kelas yang sama pada tahun hadapan.


Untuk ali iqbal,
tahniah! mama dan papa sangat terkejut dengan keputusan awak pada penggal yang pertama dulu
kerana banyak peningkatannya
keputusan untuk penggal kedua ini naik ke tangga pertama
semoga keputusan awak ini dapat di kekalkan dan boleh menjadi inspirasi kepada balqish
seorang yang pendiam di dalam kelas, guru-guru komen ali seorang yang pendiam
tapi kalau jumpa gang yang sekepala, boleh tahan jugak....


Untuk balqish,
aunty (teacher) memberi komen kamu seorang yang sangat berani bertanya seperti kakak allysha juga
seorang yang rajin mencuba dan berlumba-lumba untuk menjawab soalan di dalam kelas
dan aunty kata sebelum balik, balqish setiap hari sentiasa meminta homework untuk dibawa pulang


Diharapkan kamu bertiga ada peningkatan dengan lebih lagi untuk peperiksaan hujung tahun ini
Insyaallah......


loves,
Mama & Papa







1 comment:

adianiez AIDA said...

aida sedih...
tahun ni sebab keje kat seremban, first time x gi amik report kad anak2 dara :(
ayah nyer yg gi...