Showing posts with label MUZIUM TELEKOM. Show all posts
Showing posts with label MUZIUM TELEKOM. Show all posts

September 5, 2025

MUZIUM TELEKOM

Kisah beberapa minggu lepas 14 Ogos 2025
kami ke Muzium Telekom
Banyak tinggalan sejarah yang bagus diterapkan kepada anak-anak untuk pengetahuan am mereka
Tambahan pula, muzium ini berkaitan dengan telekomunikasi dari zaman sebelum merdeka lagi

Segala tinggalan sejarah berkaitan dengan Telekomunikasi ada disimpan di Muzium ini.
Musim cuti sekolah dah hampir, bolehlah dijadikan salah satu itinary untuk melawat kesini, anak zaman sekarang semua sibuk dengan gadjet di tangan (handphone/ipad) mereka juga patut mengetahui asal usul sejarah Telekomunikasi ini.


Beberapa keping gambar untuk kenangan

MUZIUM TELEKOM dibuka sepanjang minggu
Unik & Strategik lokasi Muzium Telekom ini, ditengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Suasana dari tingkat atas, pameran tinggalan sejarah berada di aras atas
Bangunan Telekomunikasi ini telah dibina pada tahun 1928
Telekomunikasi mengikut peredaran zaman dan masa, hebat sungguh.
Koleksi semua public phone, dari saya belum lahir hinggalah yang terbaru.
Inilah talian telekomunikasi yang menghubungkan dunia
Alat telekomunikasi yang menjadi simpanan sejarah
Himpunan telefon mengikut tahun, masa - peredaran zaman

Untuk datang melawat kesini boleh membuat panggilan terlebih dahulu, ditalian yang tertera didalam gambar diatas. Bolehlah dijadikan salah satu aktiviti ketika cuti sekolah nanti untuk anak-anak kita.

Telefon replika ini menarik minat saya....hiksssss