Showing posts with label MRSM Tun Ghafar Baba. Show all posts
Showing posts with label MRSM Tun Ghafar Baba. Show all posts

August 5, 2025

Outing @ Jumpa aQish

Hari Sabtu 2/8/2025, menjenguk aqish dekat asrama
Waktu outing pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang

Rutin membawa outing ke bandar Jasin, pekan paling dekat
pergi ke dobi membasuh baju, sementara dobi nak siap
makan tengahari dulu (agak lewat juga dalam 3.00 petang)
sambil makan sambil mendengar semua cerita dari aqish

aqish ni jenis tak suka menelefon, sebab tak cukup masa katanya
nanti bercakap lama, dah ambil masa lama pula untuk dia buat perkara lain (homework dll)
better simpan semua cerita, bila berjumpa tak berhenti-henti aqish bercerita
kami jadi pendengar dan memberi pendapat mana yang patut

telefon nokia yang dibawa juga tak pernah dicharge, rugi jer beli hikssss
biasanya kalau ada masalah, aqish akan terus ke telegram sahaja
kalau ada subjek yang tak faham, nak bertanya kemuskilan juga mengunakan terus telegram

Makan tengahari di Restoran Santap Corner
selepas habis makan, ambil baju yang dah siap di dobi 
terus ke MYDIN untuk membeli barang-barang makanan untuk stok seminggu.

Balik keasrama dalam 5.45 petang.

Kami pilih set lauk pauk kampung sambal sotong petai, daging masak lemak salai, ayam goreng kampung & sambal hijau, telor dadar, ulaman dan sambal belacan, ikan kering bulu ayam, juga lengkong/agar-agar merah style zaman nenek dulu-dulu.
Perjalanan balik melalui jalan pantai, nampak kapal-kapal dagang yang melalui perairan Selat Melaka.
Begitu sibuk sekali laluan laut.
Matahari semakin hilang..melabuhkan tirai buat hari ni, esok kembali semula....begitu juga kehidupan seharian kita...