Showing posts with label MRSM Serting - Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2025. Show all posts
Showing posts with label MRSM Serting - Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2025. Show all posts

July 15, 2025

aQish @ Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2025 (Zon 1)

Hari ini Ali Iqbal sedang menghadapi peperiksaan semester ke-3, untuk paper Program Design (Programming). Moga dipermudahkan urusan Ali menjawab semua soalan pagi ini. 


Sambungan kisah aqish hari Ahad 13/7/2025, selepas selesai upucara penutup Pandu Puteri, semua berkemas dan akan bergerak balik ke maktab masing-masing. Mereka semua dari Kuantan, Johor & Melaka.

Simpan sini untuk kenangan sebahagian anak-anak.


Aqish jumpa Yasmin dekat sini, kawan semasa sama-sama ke Korea ketika mewakili Malaysia dalam perkhemahan Pandu Puteri peringkat Antarabangsa. Ketika itu aqish dan Yasmin berumur 10 tahun (darjah 4). Yasmin dari MRSM Kuantan.


Rakan-rakan yang sama-sama membuat file RAJA. Yasmin (MRSM Kuantan) & Arrissa (MRSM JB)


Sebahagian team aqish, dari TGB. Sekarang style/trend ambil photo style macam ni up semula ya.


Dengan guru Pengiring yang turut sama menaiki bas.


Nak balik ke TGB, kita berpisah dekat sini.
Selepas aqish bertolak, kami singgah makan dan solat jamak di masjid Serting. Kemudian baru bertolak balik ke Cyberjaya.


Suka kawasan yang masih hijau, belum ada pembangunan yang terlampau. Moga tempat ini sentiasa dipelihara, sejuk jer.


Lalu jalan ini , ramai riders yang berhenti mengambil gambar. Tempat ini yang viral yang dikatakan macam di NZ tak pasti macam mana mereka kategorikannya.