Showing posts with label Dhuha. Show all posts
Showing posts with label Dhuha. Show all posts

August 21, 2014

aQish @ Kisah Doa Dhuha

Semalam masa nak pergi beli makanan untuk anak-anak bulus
aqish tanya mama:

aqish: mama ada banyak duit tak?
mama: kenapa?
aqish: cikgu kata kalau tak ada duit, cikgu suruh nyanyi lagu banyak duit
mama: haaaa.....lagu banyak duit?lagu apa dik?
aqish: adik lupa....(sambil nyanyi jugak tu...tapi lagu yg dia nyanyi tetap tak kena agaknya.....kejap-kejap dia cuba mengingat dan test mennyanyi....)

sampai dekat SpeedMart, keluar kereta dan cari makanan anak bulus
bayar dan terus ke kereta, dah masuk dalam kereta, tiba-tiba aqish baca Doa Dhuha

mama: adik,  ni Doa Solat Dhuha, adik belajar doa dhuha ke?
aqish: aaahhh setiap pagi cikgu pasang lagu ni untuk banyak duit..murah rezki
mama:(dalam hati mama mcm nak tergelak, pandai pulak cakap murah rezki) ooooo ini doa solat dhuha, doa di murahkan rezki dan dimpunkan dosa-dosa kita, setiap pagi memang mama buat solat nie sebelum mama pergi work.
aqish: oooo mama solat ke?
mama: aaaaah... (sambil baca doa dalam kereta, aqish pon baca sama sepanjang perjalanan balik)

terharu sangat aqish pandai baca doa dhuha nie...
atas usaha cikgu setiap hari....
mempelbagaikan jenis doa yg perlu di hafaz oleh kanak-kanak comel seawal usia 4 thn...

Awal tahun hari tu, ali dah belajar dan praktikan setiap hari solat dhuha, sebab kelas agama pada sessi pagi. so, alhamdullilah mereka dah diterapkan apa kebaikan solat ini, maka tak susah utk di terapkan /dipraktikan setiap hari, insyallah










January 10, 2014

Ali Iqbal & Dhuha


leganya hari ini dah jumaat, esok boleh buat macam-macam aktiviti
bila dah start sekolah semula, weekdays mlm memang khas utk kamu bertiga
malam, menumpukan perhatian sepenuhnya utk semua homework dan aktiviti sekolah


ada baiknya juga 2 sessi persekolahan, especially utk ali iqbal

semalam, ali balik dari sekolah agama, dia bertanya:

Ali: mama, surau dekat mana?

Mama: nak buat apa?

Ali: nak solat zohor

Mama: ehhhh belum masuk zohor, skrg baru pukul 12tgahri

Ali: ehhhh ye? mama, dekat sekolah ali solat dhuha

Mama: (hati berbunga-bunga bila dengar ali solat dhuha) sebelum ni ali dah diajar macamana nak solat dhuha semasa dekat kem smart ad-deen. Lantas mama menjawab: aaaah solat dhuha dibuat pada waktu pagi hingga 11pagi, solat murah rezki. Bagus ali praktikkan setiap hari tau. (Dalam hati mama, bagus jugak ali sekolah agama sebelah pagi banyak perkara yg boleh dipraktikkan).

Mama: tanya ali lagi, ali solat dhuha brp rakaat? macamana nak niat solat dhuha? (mama saja nak test, betul tak apa yg dipraktikkan)

Ali: 2 rakaat & sambil baca niat dhuha.

Mama: alhamdullilah....lepas solat dhuha, ali doa mintak dekat allah SWT panjangkan umur ali, murahkan rezeki ali & diterangkan hati ali supaya dapat belajar dengan senang bila teacher ajar tau:)

Kekurangannya:
Waktu mengaji agak terbatas sebab ketiadaan masa, dalam seminggu ada 2 kali ali dapat mengaji.Nenek yah (mak yah) masih berusaha nak bagi ali mengaji walaupun sampai rumah nenek dah dekat 6.30ptg. Hari Khamis & Jumaat, ali balik sekolah kebangsaan awal sedikit, maka bolehlah luangkan sikit masa untuk mengaji bersama nenek yah.