January 10, 2014

Ali Iqbal & Dhuha


leganya hari ini dah jumaat, esok boleh buat macam-macam aktiviti
bila dah start sekolah semula, weekdays mlm memang khas utk kamu bertiga
malam, menumpukan perhatian sepenuhnya utk semua homework dan aktiviti sekolah


ada baiknya juga 2 sessi persekolahan, especially utk ali iqbal

semalam, ali balik dari sekolah agama, dia bertanya:

Ali: mama, surau dekat mana?

Mama: nak buat apa?

Ali: nak solat zohor

Mama: ehhhh belum masuk zohor, skrg baru pukul 12tgahri

Ali: ehhhh ye? mama, dekat sekolah ali solat dhuha

Mama: (hati berbunga-bunga bila dengar ali solat dhuha) sebelum ni ali dah diajar macamana nak solat dhuha semasa dekat kem smart ad-deen. Lantas mama menjawab: aaaah solat dhuha dibuat pada waktu pagi hingga 11pagi, solat murah rezki. Bagus ali praktikkan setiap hari tau. (Dalam hati mama, bagus jugak ali sekolah agama sebelah pagi banyak perkara yg boleh dipraktikkan).

Mama: tanya ali lagi, ali solat dhuha brp rakaat? macamana nak niat solat dhuha? (mama saja nak test, betul tak apa yg dipraktikkan)

Ali: 2 rakaat & sambil baca niat dhuha.

Mama: alhamdullilah....lepas solat dhuha, ali doa mintak dekat allah SWT panjangkan umur ali, murahkan rezeki ali & diterangkan hati ali supaya dapat belajar dengan senang bila teacher ajar tau:)

Kekurangannya:
Waktu mengaji agak terbatas sebab ketiadaan masa, dalam seminggu ada 2 kali ali dapat mengaji.Nenek yah (mak yah) masih berusaha nak bagi ali mengaji walaupun sampai rumah nenek dah dekat 6.30ptg. Hari Khamis & Jumaat, ali balik sekolah kebangsaan awal sedikit, maka bolehlah luangkan sikit masa untuk mengaji bersama nenek yah.

 


No comments: