Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

October 11, 2013

Penghargaan

mendapat hadiah penghargaan dari seorang ibu yg menyusukan
rasa terlalu besar hadiah yg diberi
rasa seperti tidak layak utk menerimanya

terima kasih tak terhingga
mama ikhlas memberi ilmu penyusuan
yang penting anak-anak mendapat cukup susu ibu
dan ibu juga mesti kuat semangat utk terus mengepam dan menyusukan

terima kasih sekali lagi
semoga allah memurahkan rezki seisi keluarga, amin.

Adaptor tu juga mama bagi pinjam spjg penyusuan.


August 23, 2013

Botol Susu Ali Iqbal

dalam mencari barang lain dalam kabinet malam tadi
baru terperasan rupanya masih ada stok botol susu yg tak pakai lagi
stok puting pon ada lagi rupanya
ini ali iqbal punya stok botol susu
ali pon dah sekolah, dah darjah satu skrg
punyalah lama tersimpan
suka beli pastu simpan, simpan dan simpan
sampai tak perasan belakang2 tu ada stok lagi

anak-anak dah semakin membesar
so dah tak ikuti perkembangan pasal botol puting segala
rasa relaks sikit...yehaaa:)




August 2, 2013

Memori Susuanku

allysha kata, mama dah lama tak menulis dekat blog. 
mama kata plak dekat dia, mama bussylah, tapi mama cuba menulis ya kalau ada masa.

sempena minggu bf sedunia, maka mama memorikan kenangan ali iqbal dan balqish. 
allysha jerk tak ada gambar 'susu' sebab zaman allysha bukan zaman digital:) nak mengorek-gorek album alahai mama tak sempatlah icha....ada seketul dua. gambar susu masa mengepam dalam pantang pon tak terfikir nak ambik hari-hari masa tu, zaman tu tahun 2002, zaman allysha mama pakai medela elektrik dan zaman allysha menyusu tidaklah lama seperti ali dan balqish, tapi syukur ketiga-tiganya merasa susu mama.

mama memorikan hasil penyusuan mama buat anak-anak mama:)

ALI IQBAL (Hasil penyusuan Sept 2006-2008) sehingga mama pregnantkan aqish 5bulan, ali masih lagi menyusu.


BALQISH (Hasil penyusuan May 2009- May2013)


August 1, 2013

Happy World Breastfeeding Week (WBW) 2013.

Walaupun dah meninggalkan dunia bf tapi hati tetap bersemangat bila dengar rakan-rakan yang masih menyusui anak-anaknya.

Kenangan: Setiap hari inilah dia Satu Hari Sessi Pengepaman Penyusuan Balqish Semasa Bulan Puasa 2010 :  mengepam adalah rakan terbaik utk mendapatkan susu menten sepjg bulan puasa.


'Happy World Breastfeeding Week (WBW) 2013'

Kepada yang masih menyusui, teruskan perjuangan, jangan cepat rasa berputus asa.
kuatkan semangat, insyallah mesti berjaya ke akhirnya. Tak kira bulan puasa atau tidak, kalau sentiasa bersemangat tinggi, pengepaman yg teratur insyaallah susu sentiasa banyak sepanjang masa.


August 3, 2012

Puasa & Pengepaman

Ramadhan 2012
tahun ini adalah tahun pertama
mama tak mengepam utk mengumpul stok EBM
sepanjang 5 tahun
tanpa berhenti mengepam dibulan puasa

maka tahun ini dengan rasminya mama dah stop mengepam
yeahhh dah free hiksssss
disebabkan aQish dah pon berusia 3thn
walaupun skrg aQish masih bf

bila selak-selak semula buku jadual pengepaman
selak juga jadual dalam hp jadual & kuntiti berapa yg dapat
rasa seronoknya
rasa bersemangatnya

bulan puasa ini
biasanya bulan yg boleh menambahkan stok ebm dari hari biasa
cuma kena banyak usaha utk mengepam

seronoknya berlipat-lipat ganda bila mengepam
dan mengira stok masuk  bila hujung minggu
waktu malam ambil peluang mengepam kerap
setiap 3jam
tetapkan jadual pengepaman
insyallah ada rezki utk anak-anak yg masih menyusu

Minum kerap waktu malam
mesti cukupkan at least 3 liter
kalau tak cukup, ambil 8-10 gelas air masak, minum.
ambil pemakanan yg membanyakkan air susu
cuba ambik 6kali sessi pemakanan kita semasa lepas berbuka
makan kerap
tetapkan jadual pengepaman sepanjang hari dan malam

nak tahu kita cukup air dalam bdn atau tidak
sepanjang waktu ramadhan
bila kita minum air banyak waktu mlm
kita akan kerap membuang air bila siangnya
bermakna air dalam bdn cukuplah tu
(betul ke? ini anggapan mama jerk :))


Kunci utamanya hanya satu: PENGEPAMAN
bila jadual pengepaman selari sepanjang malam dan siang
insyallah berlipat rezki ebm di bulan ramadhan





October 31, 2011

Balqish & EBM bekalan

Kata-kata balqish pagi tadi:


balqish: mama, susu adik bawak tak?
mama  : dah bawak, ada dalam bakul :)


ehheheh hari nie dia ingat plak ebm dia yer....:)

comot makan roti+nutella pagi tadi :) tinggal sebulan jerk ...lepas nie kita kena cari school baru utk adik ...

July 5, 2011

EBM Hari Ini@ Balqish

Kan semalam tertinggal segala macam alat perkakas mengepam kat rumah
jadiknya tak derlah stok fresh utk balqish hari nie
nak buat mermet..tak pandai....tak der bakat kot..hihihi
pernah belajar...rasa lambat sangat susu keluar


emmm... untuk hari nie balqish bawak bekal stok bulan Mac 2011
masih berbaki sikit jerk lagi....bawak 2 botol jerk
sebab balqish dah semakin kurang minum kat nesery
pagi sebotol, ptg nak sleep sebotol
kat rumah rutin macam biasa...macam baby...baby tua:)

hari tu berkobar-kobar nak bg minum susu lembu
tapi balqish reject terus
FM masih berbaki, nanti balik kampung bagi kat anak kucing neneklah
Pastu bagi plak fresh milk, tahan 2 hari jerk
balqish boleh minum disamping berbekalkan ebm jugak
lepas tu balqish tak mou dah fresh milk....
bawak bekal EBM jerk

sekarang...rutin mama masih seperti dahulu..
tak ada yang berubah..:)
cuma bezanya mama tak simpan stok setiap bulan
bg terus yg fresh ke nesery...:)


sebahagian stok mac yg masih tinggal....penyelamat utk aqish hari nie....freezer nie ddah kosong, dah boleh masuk stok nugget/sosej/aiskrim...stok ais tu untuk mereka jatuh luka berdarah, boleh tuam dgn ais...


Walau apapun, sepanjang Balqish dah 25bulan nie....mula-mula dulu masa balqish genap 2tahun mama start mengepam sekali jerk, dengan harapan untuk stopkan balqish dari menetek....tapi hasilnya makin hari makin merudum....tambahan plak permintaan balqish untuk menyusu masih sama seperti sedia kala, seperti tak ada apa yang berubah selepas 2 tahun genap usianya. 

Maka selepas permintaan balqish masih seperti sediakala, maka mama ubah cara mengepam seperti zaman-zaman balqish sebelum 2 tahun...hasilnya tak mengecewakan, susu masih ada utk bekalan balqish. Kunci utamanya mengepam tak kira waktu...insyaallah susu akan sentiasa ada.....


July 4, 2011

Tertinggal Breastshield

Ya tuhanku....
aduuuhhh tertinggal breastshields kat rumah...
huhuuhu tak dapatlah susu fresh utk balqish esok....



adakah stok untuk aqish esok...

April 7, 2011

Bekalan

Hari ini mama ada appointment
dgn pak mid (Dr. Hamid Arshat)
genap setahun appointment yg lalu

Masih dapat bekalan utk obimin+kalsium
untuk bf  :):)


Jumpa lagi next year....utk next follow up :):)

January 5, 2011

EBM DEC2010 @ Ketika Balqish 1 tahun 6 bulan

EBM Dec 2010. Skrg Balqish dah pon 1 tahun 7 bulan.
Bekalan ke nesery untuk bulan ini adalah EBM August 2010.

Target EBM Dec 2010 untuk kegunaan May 2011. Tapi kalaou tiba-tiba untuk bulan April 2011 tak cukup untuk stok EBM Nov2010 yg digunakan, bolehlah pakai EBM Dec 2010, sebab masih boleh buat stok  untuk Jan/Feb/Mac/April 2011 insyallah. 

Masa untuk di target sudah pon berakhir hingga ke-2 tahun....yeahhh....:)

"Mengumpul EBM umpama menabung duit setiap bulan, bila kita dalam kesesakkan  memerlukan duit, hasil tabungan itulah yang boleh kita korek untuk digunakan...begitu juga dgn EBM"...

Buatlah stok dari awal selepas kelahiran, hari ke-3 dah boleh start mengepam, kolestrum  yg sudah dipam bg kat baby minum hingga minggu ke-2, selepas minggu ke-3, hasil pengepaman bolehlah disimpan untuk stok naik kerja...hasilnya tidak mengecewakan, semakin dirangsang, semakin banyak susu dikeluarkan....

EBM DEC 2010 berjumlah 153oz, hasil pengepaman 14hari. Hari tu target pengepaman 17hari utk Dec2010, tapi hancuss banyak cuti, tinggal 14hari sahaja sessi pengepaman.

Siap dibungkus, utk simpan.

Tak mampu nak tarik stok ebm paling bawah, letak tengah-tengah dulu....hujung bulan baru pindah kebawah sekali.
Plastik biru stok bulan August 2010, kegunaan bulan Jan 2011.

October 4, 2010

Coleman

Dua minggu yang lepas pergi cari buku latihan untuk kakak allysha yg dah habis....

Lepas habis beli buku kakak allysha, kita pergi ke Houz Deport...:) mama jumpa coleman......menarik sangat kalaou bawak ebm lepas pantang masa kat kampung kan....

Ada macam-macam bentuk...pilih jerk nak yang mana....:)

Tengok harga dia lepas less :) Murah jugak...sapa-sapa nak beli letak ebm bolehlah beli:)


Mama suka yang ada roda ini, tapi beli nak buat apakan? Bukan nak letak ebm, tapi nak letak ikan,ayam, sotong, udang, air kotak laici/milo/dutch lady. Papa & mama plan nak bawak mereka bertiga pergi camping bila mereka dah besar sikit, boleh bagi mereka bertiga merasa tidur dalam hutan, merasa kena geget nyamuk, merasa sejuk hutan, merasalah jugak main masak-masak dalam hutan utk beberapa hari ooohhhh seronoknya :).....


April 1, 2010

Nesery + Stok EBM

Alhamdullilah, hari nie balqish sudah pon bertukar ke nesery lain. Tiada sebab kenapa? Cukup untuk mama katakan dia perlukan tempat yang selesa seperti abg & kakak dahulu, mama tak punya anak ramai, maka mama telah membuat keputusan untuk meletakkan anak mama nie ke nesery yang lebih selesa.

stok susu march 201o dan ada sedikit stok ebm bulan feb 2010, dlm 10 paket, masih berfikir-fikir kenapa mama tak buat stok yg banyak semasa bulan feb 2010? mungkin sebab cuti raya cina dll.


dah siap packing.
stok bulan march 2010.


stok bulan march yang masih bersepah dalam freezer.

July 9, 2009

6 Kali Sessi Pemakanan 1 Hari.

Mama share 6 kali sessi pemakanan untuk 1 hari. Sebelum discharge dari hospital, pakar laktasi berjumpa mama untuk dikongsikan/ brief kat mama berkenaan BF. Salah satunya pasal pemakanan sepanjang kita menyusukan.

Kenapa kita perlu makan 6 kali sehari? Sebab segala zat-zat yang kita makan akan di salurkan ke baby kita, zat di dalam badan ibu akan menjadi zero semula. Disebabkan itu, pengambilan makanan yang kerap amat penting.


Ini jadual yang mama ambik setiap hari:

Jam 7.30 pagi
supplement
susu segar + roti planta atau roti sweetie atau cococruch/honeystar+susu segar.
Jam 10.00 pagi
susu segar + buah epal atau roti planta.
jamu
Jam 12.00-12.30 tengahari
Makan Tghari + 2 biji prune
Jam 3.00 - 4.00 petang
Horlick cereal atau horlick kosong + biskut jagung
Jam 6.00-6.30 petang
supplement
Makan Malam + sebiji epal merah
Jam 8.00-9.00 mlm
Milo/Horlick cereal + roti sweetie
supplement
AIR MASAK mesti minum lebih 1 liter.