August 3, 2012

Puasa & Pengepaman

Ramadhan 2012
tahun ini adalah tahun pertama
mama tak mengepam utk mengumpul stok EBM
sepanjang 5 tahun
tanpa berhenti mengepam dibulan puasa

maka tahun ini dengan rasminya mama dah stop mengepam
yeahhh dah free hiksssss
disebabkan aQish dah pon berusia 3thn
walaupun skrg aQish masih bf

bila selak-selak semula buku jadual pengepaman
selak juga jadual dalam hp jadual & kuntiti berapa yg dapat
rasa seronoknya
rasa bersemangatnya

bulan puasa ini
biasanya bulan yg boleh menambahkan stok ebm dari hari biasa
cuma kena banyak usaha utk mengepam

seronoknya berlipat-lipat ganda bila mengepam
dan mengira stok masuk  bila hujung minggu
waktu malam ambil peluang mengepam kerap
setiap 3jam
tetapkan jadual pengepaman
insyallah ada rezki utk anak-anak yg masih menyusu

Minum kerap waktu malam
mesti cukupkan at least 3 liter
kalau tak cukup, ambil 8-10 gelas air masak, minum.
ambil pemakanan yg membanyakkan air susu
cuba ambik 6kali sessi pemakanan kita semasa lepas berbuka
makan kerap
tetapkan jadual pengepaman sepanjang hari dan malam

nak tahu kita cukup air dalam bdn atau tidak
sepanjang waktu ramadhan
bila kita minum air banyak waktu mlm
kita akan kerap membuang air bila siangnya
bermakna air dalam bdn cukuplah tu
(betul ke? ini anggapan mama jerk :))


Kunci utamanya hanya satu: PENGEPAMAN
bila jadual pengepaman selari sepanjang malam dan siang
insyallah berlipat rezki ebm di bulan ramadhan





4 comments:

εïзmmyHazaεïз said...

Seronok entry kmieja tentang ebm penyusuan anak... Nyesalnye haza xdek keep amount ebm haza.. Klu idak sure happy...

Mama_Fatin said...

oh oh daku baru saja menjoin bf utk bb baru...hihi semangat gitu..sambil2 baca blog korang utk penambahan ilmu

Linda said...

betul betul betul
insyaAllah masih mengepam untuk tahun yang ketiga...

Yaati Nor said...

kak, saya buat stok dalam pantang tapi tak byk sgt..xsekuat akak nak bgn tgh mlm mengepam..mcmn nak buat yek?