Sabtu yang lalu, datang ke TGB membawa alat perkakas Pandu Puteri untuk Aqish.
Aqish dalam proses membuat projek file RAJA,
Buku /file RAJA adalah peringkat yang tertinggi untuk Renjer.
Sekiranya berjaya dan lulus, anugerah RAJA akan disampaikan oleh Permaisuri Agong.
Untuk wakil dari TGB, aqish seorang sahaja tahun ini.
Lusa 10/7/2025 hingga 13/7/2025
Aqish ada Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Semalaysia Peringkat Kebangsaan 2025
bertempat di MRSM Serting.
Untuk file Remaja telah pun selesai dan berjaya (lulus) &
telah mendapat anugerah dari DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertempat di Hotel Concorde Shah Alam pada 14 April 2025.
Sementara tunggu mama dan papa sampai, aqish siapkan dulu beberapa kriteria dalam perkhemahan yang wajib dihantar nanti, salah satunya adalah melukis. Kami sampai agak lewat disebabkan hiway sedikit jem, kelam kabut juga nak pergi mendobi, nak cari perkakas untuk persiapan camping.
Papa telah cuba membuat sinki DIY. Kita cuba pakai bekas 4 segi, konon-konon mcm sinki 4 segi. Alhamdullilah berjaya cubaan kedua









