Showing posts with label Anak Bulus. Show all posts
Showing posts with label Anak Bulus. Show all posts

March 16, 2017

Anak Bulus

kisah anak bulus
sekarang musim anak-anak bulus selsema yang sangat kronik
mereka berhingus pekat
nafas pun tercungap-cungap
ada yang pandai lap pakai tangan (time ni tengok mereka rasa kesian dan cute)
sebab bijak lap pakai tangan bila hingus keluar
ada yang bersin bersepah-sepah hingus dekat lantai luar rumah
mama mop jerk, tak der hal pun

kucing-kucing mendatang yang tak ada tuan pun sama
berhingus dan bersin
nak bagi makan vitamin c, mereka ni garang
so, mama hanya dapat berdoa mereka akan sihat seperti sediakala

dayang keluar hingus memang tak pandai nak bersihkan pakai tangan 
kalau mama nampak, mama akan lapkan hingus dengan tisu. Senang terus buang

Ini Prada, dia dah lama tak balik rumah. Merajuk sebab ramai sangat kucing-kucing yang tak der tuan lepak makan dekat rumah.  Baru sebut-sebut nama dia, esoknya Prada balik dengan badan kurus kering dan selsema. Now dah sihat selepas makan Vitamin C. Prada ni bijak pandai kesat hingus pakai tangan dia. Cute bila tgk dia kesat hingus meleleh.

Si comot ni pon sama, si kecik ni lagi susah nak jaga
berhingus & sakit mata silih berganti
 
Ini kucing tak ada tuan, kesian sangat tengok luka-luka muka kaki tangan
ini dugaan paling besar untuk merawat luka si oyen
letak minyak gamat, dengan harapan luka-luka tu boleh sembuh
sekali tengok mcm sporo

Oyen menyorok dalam kotak selepas letak minyak gamat dekat tempat luka-luka

dekat area rumah ni ada macam-macam kucing datang makan dan sakit
ada yg berlubang kulit daging mcm ada ulat didalamnya
ada yg luka-luka sekeliling leher macam kena kelar
syukur alhamdullilah bila di rawat, sihat kembali
sesekali mereka dtg dah sihat, lega melihatnya

 kucing ni datang mintak makan
dia selsema jugak, alahai garang bukan main nak bagi makan vitamin C
allysha beri nama 'Abang'


September 29, 2015

Si Meow & Makanannya

Masuk hari ni dah 3 hari budak-budak bulus ni mogok tak nak makan
Dayang, Hitam, Soya, LV & Prada
makan sikit jerk itu pun sebab lapar mereka makan 2-3biji

tinggalkan mereka dekat rumah beberapa hari balik raya haji
makanan/biskut bulus yang lebih letak dalam tray makanan mereka dah masuk angin
bila masuk angin anak-anak bulus semua tak nak makan
pandai pulak tu semua perangai sama

tengok mereka tak nak makan, maka tengahari tadi beli makanan baru
laju aja mereka makan sampai licin
yang masuk angin tu masih ada satu balang

dalam gambar tu masih berbaki satu balang yang masuk angin, meow semua tak mou makan
bijak...bijak si bulus semua
soya mata tak boleh buka sebab alergi dengan cahaya matahari

August 3, 2015

Gelagat Si Dayang

kisah si dayang duduk senyap tengok bola pada malam minggu hari tu
allysha-ali dan aqish semua dalam bilik masing-masing
TV ni terbuka tak ada siapa pun yang menontonnya
kalau ada papa, papalah yang menontonnya
weekend papa bussy dengan kriket tournamentnya hingga ke malam

dari dapur ke depan..
mama tengok ehhh...cutenya dayang tengok tv
bila bola tu bergerak-gerak, dayang pun sibuk kuis-kuis tangannya


Si dayang ni Jantan, dah tersilap bagi nama...ingatkan masa dia kecik-kecik dia betina dulu. 
tak tau asal usulnya...datang rumah meminta sedikit kasih sayang dari kami

kisah masa cuti raya hari tu budak dayang ni jugak terkurung dalam bilik ali iqbal selama 7 hari 
Makanya selama 7 hari tanpa makan dan minum...tak perasan dia ada dalam rumah, rupanya dia terkurung dalam bilik. Apa lagi, kami balik dari kampung sampai rumah kena membersihkan kencing beraknya, mujur tak banyak....sebab 7 hari tak makan ....meracau-racau si dayang ni sekejap...serba tak kena...meow sana sini...masa kami baru sampai rumah

kisah pagi tadi pulak, disebabkan dia hitam, tadi pagi aqish tak perasan dia duduk dekat tepi pintu nak keluarkan dia tapi aqish tak nampak.. aqish cakap..."eh awak ni gelap, kakak tak nampaklah awak duduk sini rupanya" (kakak tu aqish suka bahasakan dengan kucing-kucing)

budak yang suka buat onar...tapi bijak...bila nak membuang dia akan buang jauh-jauh dari kawasan rumah sebab dia tahu mama akan jerit kat dia...dayang....dayang.... tau dah itu signal mama marah dekat dayang....

budak mata kuning.....

July 27, 2015

Anak Bulus


hilang mood bila satu persatu anak-anak bulus mati kena serang anjing
sedih sangat
semakin melampau anjing-anjing liar ni sehingga berani masuk kedalam kawasan rumah kami
sakitnya entah macamanalah anak-anak bulus kena gigit beramai-ramai :(
sedar-sedar satu persatu hilang

yang jumpa mayatnya hanyalah sour dan sweet
hari tu kami ingatkan Soya yang mati digigit anjing
rupa-rupanya itu adalah mayat sour
petang tu tiba-tiba Soya balik ke rumah, syukur sangat Soya masih dipanjangkan umur

yang tinggal:
Prada & Oyi
Dayang
Hitam
Soya

selepas kejadian Sour mati digigit anjing, sebelum raya kami hantar Prada & Oyi balik ke Muar sekejap. Semalam barulah ambik semula budak dua ni...tapi bila kami sampai rumah terasa rumah sunyi, mereka semua tak ada yang sambut kami pulang....selalunya mereka akan sambut kami sambil berlari-lari kearah kami......kami syak ada benda yg tak baik dah berlaku, sah tekaan kami....sweet mati dibelakang sehinggakan ususnya habis terburai....mama kutip dan bungkuskan dia dengan kain, malam td jugak kami tanam.....Mama LV juga hilang.....Oyen juga Hilang :( Kesilapan besar tak hantar sweet dan oyen balik kampung sama ....

kami syak anjing-anjing ni masuk melalui lubang-lubang pagar batu tu...ini memang dah melampau menceroboh masuk kedalam rumah. masih terfikir-fikir jugak macamanalah anjing-anjing tu boleh bolos masuk lalu lubang-lubang tu.....jem otak memikirkannya......


July 11, 2015

Prada & Taring Baru


Kisah prada yang kehilangan taring
semalam check gigi dan taringnya
terkejut sangat dah keluar yang baru
waaaa.....macam baby jugak ke...
ada gigi susu luruh lepas tu tumbuh gigi kekal

taring bawah dah nak tumbuh yg baru
punyalah susah budak kecik ni nak buka mulut dia

hujung minggu ni ikut kami balik kampung, tinggal dengan nenek sekejap
nanti mama & papa ambik semula 

 


February 25, 2015

Tommy@ Pergi Buat Selamanya

cuti lama...lama jugak sepi blog kesayangan

balik ke kampung beberapa hari
sekali lagi kami kehilangan kucing kesayangan ali iqbal

pagi isnin 23/2/2015 kami sangat terkejut tommy meninggalkan kami
untuk selama-lamanya
masa baru sampai rumah malam tadi dalam 1.30pagi
tommy elok aja berlari-lari kearah kereta mendapatkan kami
buka pintu terus dia masuk dalam rumah
dan lepak dalam bilik, langsung tak menunjukkan dia sakit
dia lepak dalam toilet, mama tegur dia
'tommy kenapa? nafas tercunggap-cunggap?

dia terus keluar dari toilet dan tidur bawah katil hingga kesubuh
subuh bunyi dia bernafas lain macam
macam org tak cukup nafas dan kuat sangat bunyinya
mama terus ambik dia....tak tau nak cakap macamana...tiba-tiba memang dia nampak sakit
situasinya tak seperti malam tadi yg aktif
terus ambik minyak kelapa dara, dan minumkan


makin lama makin teruk bunyi tommy nak bernafas susah
tapi semangatnya kuat, berjalan-jalan kesana kemari mencari tempat yg selesa
sampailah tempat terakhir tommy berhenti, duduk bawah meja makan
nafasnya semakin teruk tercunggap-cunggap
gayanya macam nazak, papa kata 'ma tgk tommy, dia macam nazak'

mama duduk dekat tommy, balut badannya dengan kain
mama cakap dekat tommy
'tommy kenapa? tommy nak pergi ker?
kalau tommy nak pergi, mama relakan....mama halalkan makan dan minum tommy
tapi kesian dekat ali, ali tak sempat tengok tommy
janganlah pergi dulu
selepas habis mama cakap, nafas tommy dekat perut sangat laju berpusar-pusar
naik ke kerongkong, bunyi kuat dari kerongkongnya
nafasnya sekali tarik sahaja, dan tommy pergi buat selama-lamanya

allahuakbar, setiap kematian yg di alami anak-anak bulus ni semuanya berbeza-beza
tommy, kaki , tangan dan telinga langsung tak sejuk
dia mati dalam keadaan yg panas suhu badannya

masih tertanya-tanya 'punca' kenapa tommy pergi
kami tinggalkan dia dalam keadaan sihat


tinggal kenangan...tommy, mama sayang awak....awak budak bijak...suka kutip suttlecock ali iqbal dekat luar, bila ali main badminton tak kutip semula...awaklah kutip bawak masuk rumah :(:(

dengan ana dan elsa yang menumpang kasih dekat tommy semasa hayatnya


January 12, 2015

OYEN@ Pergi Tak Kembali

Diary Anak Bulus 12/1/2015 

OYEN 17/4/2014 - 12/1/2015

Satu demi satu pergi, pagi tadi Oyen menyusul selepas SOYI

dah beberapa hari tak nampak dia, tak tau menyorok dekat mana
setiap hari panggil pon tak muncul, mereka ni bukan jenis suka berjalan

semalam baru nampak dia, rupanya dia baring dekat luar
tapi Oyen nampak tak sihat semalam petang
ini memang betul-betul sakit mcm Tommy & Atam hari tu
sakit yang tak larat nak bangun
bukan mcm Lilo Elsa & Soyi, pergi tanpa simptom


dah bagi minyak kelapa dara pon tak jalan
malamnya rasa kaki dah sejuk, badan dah sedikit mengeras
dah tak tau nak buat macamana, papa kata bagi makan garam
bagi sikit garam dekat mulutya, minumkan air
nampak dia bertenaga sedikit, boleh jalan-jalan dalam rumah
badan dah kembali normal

subuh, tengok dia tak bermaya, mata juga dah kedalam
ombak nafas semakin kuat
tiba-tiba oyen bernafas melalui mulut

papa hulurkan vicks suruh oyen hidu, tak jalan jugak
nafas semakin kuat, bagi minum air zam zam
tak boleh jugak, lidah seperti tak boleh bergerak

tinggalkan oyen sekejap,  pergi sidai kain
tengok oyen semakin tenat , rupanya dia tengah nazak :(
panik sekejap sebab dekat rumah dah tak ada sapa-sapa
susahnya oyen nak putus nyawa
sampai tersentap-sentap....ya allah kesiannya :(:(
tak kira manusia atau haiwan, malaikat maut datang mengambilnya
tapi nampak susah sangat oyen pergi
Lilo pergi dulu tak seteruk oyen :(

Mama harap ini yg terakhir, harap-harap 4 ekor lagi sihat tanpa virus banjir ini
yang tinggal soya, atam, lv & tommy

 akhirnya oyen pergi juga...sedih tak terkata....rumah jadi sunyi bila mereka meninggalkan kami

malam tadi Oyen  tidur dalam toilet, bila rasa tak best nanti dia pindah kat luar pulak
berpindah dari tempat ke tempat lain
 
mereka membesar tanpa ibu, ibu hilang...menjaga kamu memang tak banyak songel.....senang nak jaga kamu....sangat berdikari kini yang tinggal LV, Tommy & Atam.

mereka berlima, sekor lagi kena langgar kereta tinggal 4 ekor
ditinggalkan ibu ketika usia baru 3 minggu...gambar ini ketika mama kamu hilang.....
kamu tiba-tiba terpaksa putus susu....

January 11, 2015

SOYI@ Pergi Tak Kembali

Diari Ahad 11/1/2015

SOYI (August 2015 - 11 Januari 2015).

sekali lagi kami kehilangan anak bulus, kali ini SOYI pula yang pergi
budak mata biru ni pergi meninggalkan kami tanpa kami sedari
waktu pagi, pergi ke cage nak bagi makan
ingatkan SOYI tidur tapi dua kali pandang rupanya dia dah tak ada
badan dah keras kaku
malam tadi pukul 12 mlm masih boleh berborak dengan Soyi
janji dengan dia kita mandi esok
rupanya virus telah menyerang Soyi, langsung tak ada simpton demam atau sakit

 dah hampir semua tempat menjadi kuburan anak bulus.
 tinggal kenangan gambar masa mereka kecil LILO, Mei Mei & SOYI. Yang tinggal hanya abang SOYA sahaja.

budak paling penakut dengan orang...nampak kelibat orang cepat-cepat dia menyorok....
SOYI dapat membesar sehingga berusia satu tahun lebih sahaja.

tinggal kenangan SOYI & LILO :(

January 9, 2015

Elsa @ Pergi Tak Kembali

Jumaat 9 Januari 2015.
 

Sekali lagi kami kehilangan kucing kesayangan - Elsa.
  • Pertama kali kehilangan 19 November 2013, jam 3.50 petang, kami kehilangan Mei Mei beliau mati diklinik.
  • Kali Kedua  26 November 2014, jam 8 malam, kami kehilangan Lilo, beliau mati dirumah.
  • Dan hari ini 9 Januari 2015, kami kehilangan Elsa, beliau juga mati dirumah

Waktu lunch balik ke rumah tadi, balqish terus beritahu mama, Elsa dah mati. Perut dia tak gerak-gerak...dia tak pandai nak sebut 'bernafas' maka dia kata perut tak bergerak dah, badan dah keras ma.

Masuk rumah tengok Elsa dah keras :( rasanya Elsa dah lama mati dalam beberapa jam yang lalu. Pagi tadi masih bernafas tapi kondisinya tak berapa bagus, pantas betul virus membunuh Elsa. Malam tadi dalam pukul 9 malam Elsa nampak tak sihat, pagi ini dah tak ada, baru plan nak bawak dia pergi klinik. Badan dah keras, nak luruskan kaki tangan pon tak boleh dah. Budak bijak ni selalu aja berebut ke toilet, suka pergi toilet mama dan papa mcm jugak 3 beradik tu. Padahal toilet lain dalam rumah ni pon ada, nak juga masuk toilet mama. Elsa dan Ana memang dah di ajar buang air dan besar dalam toilet, kalau lepaskan dekat luar mereka akan masuk buang air & besar dalam toilet tak pandai nak pergi korek-korek dekat tanah.

Sekarang ni anak-anak bulus memang ada yang tak sihat, bermula dari atam, tommy, lepas tu oyen
atam dah sihat, tommy belum berapa kebah lagi, oyen pon masih pening-pening asyik tidur jerk.

dan sekarang Elsa pulak yang menjangkit, sampailah dia mati..budak kecik yg bijak tu...kematian Elsa terlalu pantas, sama juga seperti Lilo. Tak menampakkan sakit, malam tadi baru tengok dia tak aktif, pagi tadi dia  dah tak ada.

Dak Ana pulak hilang entah kemana, semalam juga dia hilang.

Elsa dalam memori :(

sehari sebelum kena demam, depa main kumbang tanduk dekat dapur
dak elsa dalam bakul pink, ana kat hujung kotak. abang-abang tengok jerk

tommy yg masih tak larat


December 10, 2014

Kisah Anak Bulus Minggu Ini

dah beberapa hari soya tak balik, bila dapat lepas memang harus dia lupa rumah dia
tiba-tiba malam td dia balik ikut tingkap dapur


ya ampun, teruk sangat ko oya.....selupat muka....bulu kotor ya rabbi.....
tak tahan tgk dia kotor, memang tak boleh tunggu siang....mandikan jugak malam-malam
coreng sana sini...bulu warna putih, memang cepat kotor.
Lepas habis mengemas dapur, terus mandikan budak soya nie...
lama jugak memberus....tak hilang jugak hitam-hitam dekat badan...ekor....dahi....
dah jalan berhari-hari mesti kutu melekat..mula-mula mandikan dengan ubat kutu, lepas tu baru mandi dengan syampoo..dah rasa oya mengigil sejuk baru berhenti....bilas dan lap sampai kering.....

masa ni dah mengigil sejuk...tuyus jerk badan dak oya nie...

dak hitam pulak selsema dah beberapa hari, asalnya kena hujan.
masa tu hujan lebat, masa tu kami baru sampai rumah tengok dia depan pintu & dah basah kuyup
dak hitam ni memang tak tahan dengan cuaca
mesti akan kena selsema teruk sampai bersin-bersih, hingus pun warna hijau....
anak dah besar-besar sikit ni, dah kurang masalah dengan sakit demam tapi
anak bulus nie boleh tahan jugak sakit demamnya
nak bagi makan ubat dia memang juaralah....tk suka makan ubat...jenuh pegang kaki tangan.....

Ini kawan bermain bergaduh dak aqish....dah puas suka-suka main dengan elsa, nanti tiba-tiba gaduh pulak.....nak tergelak tgk gelagat mereka. Budak paling susah makan ubat jugak, habis kena geget dengan elsa ni.....sangatlah aktif risau takut terjadi tragedi hitam seperti Mei Mei dulu...kisahnya ada SINI dan SINI

 aqish & elsa


petang semalam, ada macam-macam anak kucing datang rumah, semuanya yang datang tak pernah nampak sebelum ni...kucing ni kepala dia telenglah...alahai siannya.....cacat pulak kepalanya, senget. Bila berjalan pun kepalanya memang senget.

November 14, 2014

Gelagat Anak bulus

kisah anak bulus malam td
papa baru jerk letak laptop kat bawah
sebab baru habis meeting/telecon dengan office kat europe
sekejapan budak kenit ni dah landing
hehhehehe dah kenyang tu baru lepas makan ayam rebus
mata pon dah kecik

diawang-awangan tu...:)

sebelum dapat makan...kacau kakak aqish dulu....
abg tommy pon sama...melayan sikenit anna & elsa..

November 3, 2014

Hujung Minggu@ Kisah Anak Bulus

Minggu ini minggu mengisahkan anak bulus
minggu ni si kecik elsa & anna mandi, allysha yg mandikan

selesai mandi, bagi makan ubat cacing utk semua
macam-macam perangai ada, si atam paling susah sekali, dia keraskan badan...aduhai..

budak soya nie bagi outing 2 minggu yang lepas, hari sabtu check belakang telinganya luka teruk...adeh gaduh dengan sapa pulak....cepat-cepat cuci dan letak minyak gas. Semalam check lukanya dah kering....syukur sangat.....power jugak minyak gas nie utk luka-luka dekat haiwan....

pergi beli susu utk anna & elsa, terlupa yang bdk dua nie dah pandai minum sendiri. rugi beli botol susu tu...
bedung badan dak elsa...baru bagi minum dalam botol susu kucing

Masa untuk makan ubat cacing....ikut turn, yg kecik dululah
turn abg lilo & soyi, soyi tak ambik gambar sebab dia budak paling penakut dengan semua org :) allysha pon kalah dengan dia....

budak tommy pulak
budak atam yg susah makan ubat, mengeraskan badan bukan main lagi...
dak oyen & lv tak masuk dalam gambar....bila dah last-last nie semua dah kelam kelibut anak bulus ni bila diberi makan ubat...

 teringat aqish cakap smlm, mama mana semua haiwan-haiwan nie? tak nampak pun
(adik beradik atam, oyen, lv & tommy) sebab lepas makan ubat semua hilang....

October 16, 2014

Rabu@Gelagat Anak Bulus

tengok muka dak oyen santai kat tembok tu
kesian pulak dengan budak-budak putih yg dok dalam cage

adik beradik oyen memang lepas tak simpan dalam cage

sebelum senja aktiviti anak beranak memang suka duduk kat luar
rutin harian tengok anak bulus, bersihkan cage,  cabut rumput, bakar sampah,
tgk pokok-pokok yg tak seberapa tu
ali-aqish ronda-ronda naik basikal & ke play ground


tengok muka budak bertiga soya-soyi dan lilo kesian pulak
duduk dalam cage seharian, mesti stress tak dapat lepas
bukak pintu cage, mula-mula lilo terlepas
terus dia melompat keluar
lepas tu si soya
dak soyi jerk yg tinggal dalam cage sebab dia penakut
bawak masuk dalam rumah
Soya & Lilo lari sana sini suka dapat lepas
landing kat sini pulak LV nie...papa sibuk cangkul tanah....dia pergi dok kat situ....
kais-kais membuat  onar disitu....

SOYA jalan-jalan depan rumah

ada bodyguard belakang tu ngikut
tiba-tiba naik pokok plak.....peberet soya ni memanjat pokok
dah naik tak boleh turun....haaa doklah ataih tu...papa tak mo tolong...
hari dah senja...." aqish kata: meh turun oya, kakak tadah tangan.....cepat" aqish kalau dengan anak bulus dia memang suka bahasakan diri dia kakak ...
dah penat jalan kat luar, pandai pon balik umah dah malam- LILO-
tapak kaki kotorlah banyak jalan petang tadi...
port dak Lilo nie mesti lepak kat bilik Allysha....
gang dengan allysha....kalau masuk bilik mama dia akan buat onar, kalau tak bagi keluar rumah....proteslah tu kan...
peberet dia suka makan rambut org hahhahahha.....mengempeng rambut si allysha....
Dak SOYI yg mukanya sentiasa masam, tak pernah senyum - mereka adik beradik mak ayahnya mata juling nasib tak turun kat depa.....
misai punyalah panjang.....gerammmmmm....
suka sangat kalau dapat masuk rumah.....