November 20, 2013

Mei Mei Tiada lagi (August 2013-Nov 2013)

Perkara yang sangat menyakit adalah perpisahan
tak kiralah perpisahan dengan manusia atau haiwan tersayang

Semalam, waktu tengahari mama call klinik dalam 1.30ptg
tanya macamana keadaan Mei-Mei
so, doc cakap Mei Mei dah diexray & result pon dah keluar
doc kata tak perlu operation
doc akan bg ubat,
so malam nanti boleh ambik Mei Mei & jumpa doctor
Dia akan discuss pasal sakitnya dan ubat apa yang perlu utk Mei Mei
Sedikit happy bila dengar Mei Mei tak perlu operation
ingatkan mei mei dah sedikit sihat

Dalam 3.55pm, doctor telefon mengatakan Mei Mei dah meninggal
ya allah, sedihnya
petang, ambik allysha & ali dari kem smart ad-deen
beritahu mereka yang Mei Mei dah tak ada
sepanjang perjalanan balik dia menangis
sunyi sepi dalam kereta
tak ada siapa pon yang bercakap
masing-masing melayan perasaan

lepas solat maghrib, terus bergegas ke Klinik
jumpa doctor dan doctor terangkan keadaan Mei Mei
sesi soal jawab bersama doctor
perkara seperti ini jarang berlaku terhadap kucing
dan ini pertama kali juga terjadi kes di klinik ini
sebab Mei Mei terlampau hyperaktif
yang membuatkan dia pergi selama-lamanya
lompatan tinggi membuatkan organ dalamannya rosak teruk

Mereka amanah yang kami jaga dengan baik
Mereka seperti anak-anak mama juga allysha ali iqbal dan balqish
regekkan mereka seperti kanak-kanak
sangat manja dan mengembirakan kami seisi keluarga

Pengajaran dari ini
mama & papa lebih berhati-hati menjaga mereka
mereka sangat fragile, so kena sentiasa awasi mereka dari terlampau aktif
bergurau senda, melompat sana sini
kalau tidak mereka akan bergurau senda keterlaluan
yang boleh merosakkan organ dalaman mereka
mereka bertiga memang tengah lasak
mcm anak-anak kecik yg baru nak pandai merangkak & berjalan
kalau ada buku-buku atas meja, memang habis semua jatuh kelantai
hasil gurau senda mereka naik atas meja, atas sofa
memanjat curtain, dan macam macam aksi mereka
sangat comel

malam tadi, bila sampai rumah
bila buka balutan mayat mei mei
dia nampak seperti sedang tidur
malam tadi jugak, papa terus tanam kat garden belakang rumah
hujan-hujan renyai

dialog balqish mlm tadi:
aqish: mama bila mei mei nak bangun ? esok dia bangun tak?
mama: mei mei tak akan bangun sampai bila-bila
aqish: kenapa?
mama: sebab mei mei dah mati
aqish: dah mati......tak boleh bangun lagi ke?
mama: yaa..tak boleh....
aqish: sambil berfikir-fikir entah apa yg dia fikir...

kesimpulannya dialog aqish nie mama membayangkan andailah mama yang mati, mesti soalan ini akan keluar soalan yang sama...usia sprt aqish masih tak faham akan kematian.
Hasil exray - Mei Mei, paru-parunya mengecut disebabkan air sudah banyak dalam paru parunya.
  
Mayat Mei Mei, mereka dah balut cantik.
Mama buka balutan ini, untuk tengok dia buat kali terakhir, lebih menyedihkan bila tengok mei mei seperti sedang tidur, tak nampak sprt dia sakit.

Tinggal kenangan: Mei Mei sempat bermanja hanya selama 3 bulan. Usianya baru 3 bulan.
Adik beradiknya LILO & SOYI

Tempat mereka bertiga bermanja- SOYA abg kandungnya.



Tinggal kenangan
Kami sangat menyayangi Mei Mei

(Mei Mei, August -Nov 2013)

3 comments:

SYANI said...

Sedih la pulak baca...RIP Mei Mei

εïзmummyHazaεïз said...

Alahai kesian comey mei mei.. Xpela. Pleural effusion klu kena dkt org pon bahaya .. Lagikan pd kecik tu..

Suliana said...

Siannya.. Sedih plak...