November 21, 2013

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Kem Motivasi adalah santapan jiwa rohani untuk anak-anak. Bila cuti sekolah, mama lebih suka hantar allysha pergi kem especially kem motivasi. Mama & Papa start hantar allysha bila dia berumur 10 tahun. Sebab umur tu, allysha baru faham situasi sekeliling. Nak hantar awal sangat, nampak dia belum bersedia.

Tapi situasi ali iqbal, mama & papa start hantar pada usianya 7 tahun. Nampak perbezaan di antara allysha dan ali iqbal. Allysha masa usianya 7 tahun, dia lebih keanak-anakkan compare dengan ali, ali sedikit memerhati dan memahami. Sebab tu mama hantar allysha sedikit lewat ke kem ilmu. Allysha lebih banyak hantar ke kelas-kelas seperti kelas renang, piano & taekwando.

Minggu ini awal cuti sekolah, allysha dan ali iqbal ke Kem Smart Ad-Deen yang bermula pada 18-20 November 2013. Dah pon berakhir semalam, dapat results utk hafazan surah-surah lazim yg mereka dah hafaz serta komen perkembangan mereka dari uztaz dan uztazah sepanjang 3 hari di dalam kem tersebut.

Modulenya berasaskan amalan harian merangkumi tilawah dan hafazan, fardu ain & tasawur islam. Ceramah dan motivasi juga diterapkan dalam program selama 3 hari tersebut. Mereka juga dikenakan menghafal surah-surah lazim. Dan dalam salah satu aktiviti harian mereka, mereka diajar solat dhuha. Mereka berdua tak pernah melakukan solat dhuha, maka dalam kem tersebut mereka dapat mempraktikkan solat tersebut. Ini satu bonus utk mereka belajar dan praktikkan selama 3 hari.

Feedback dari ali iqbal, mama bestlah...ali nak pergi lagi. Ada lagi tak? Ok, next time cuti sekolah mama akan arrange utk ali:)

Bertempat di Masjid, MMU, Cyberjaya.

Seminar Kem Syahdu Anak Hebat Dunia & Akhirat: Uztazah Siti NorBahyah Mahamood

Untuk seminar yang dianjurkan oleh uztazah Bahyah Mahamood. Mama hantar allysha pada cuti sekolah pertengahan hari tu selama 2 hari 1 malam. Seminar Syahdu Anak Hebat Dunia & Akhirat pada 25-26 May 2013. Yuran pembayaran sebanyak RM330.00 register awal, dapat diskaun sebanyak RM290.00

Penerapan seminar ini melalui nilai-nilai murni dalam diri anak-anak, qiamulail dan motivasi untuk anak-anak menjadi anak yg soleh dan pelajar yg bijak dan pintar. Seminar ini dari usia 10 tahun hingga 17 tahun. Sessi dengan ibu bapa adalah pada akhir agenda iaitu jam 2.00ptg hingga 5.00petang. Sangat-sangat menyentuh jiwa ibu bapa dan anak-anak yang menyertai kem ini. 

Bertempat di GMI, Bangi
Dewan GMI penuh dengan para ibu bapa. Anak-anak di asingkan di bawah.
Sessi bergambar dengan uztazah noorbahyah masa akhir sessi.

No comments: