Makan tengahari dekat Rim Lay Kitchen, baca review positif dekat Rim Lay Kitchen.
Tak ramai orang lagi masa ini, mungkin bila menghala ke petang/malam akan ramai. Deretan ditepi pantai, semuanya kedai makan. Kedai yang ini menghadap lautan luas, ombak menghempas kuat.
bentuk pulau belakang tu mengingatkan saya masa pergi Phuket dulu, tertanya-tanya pulau apakah ini
Suasana selepas hujan berhenti, boleh parking dekat tepi kedai-kedai makan ini. Kalau dekat Hatyai kita sesuka hati parking, mahu dah kena clamp dan saman.
Menu pilihan: Tomyam seafood, sotong goreng tepung, kerabu mangga, telur dadar, sayur kailan ikan masin, ulaman dan sambal belacan. Portion tomyam nampak sikit, tapi tak habis juga untuk kami berlima.
Dalam tomyam ada macam-macam seafood....Rindu rasa nak makan TomYam Thailand hehheheheh
Makan 5 orang tak habis
suasana betul-betul tepi pantai, kalau Tsunami datang tak sempat nak lari...hikssss
Stiker dari gang riders & group dari Malaysia. Aqish tengah tengok stiker dari Uncle Yan yang pernah datang makan dekat sini.
Tertanya-tanya pulau belakang tu pulau apa...
Cuaca suram basah, kalau cuaca panas rasanya lagi best nak melepak
dah kenyang, jom kita check-in Hotel.












19 comments:
Syoknya makan di tepi pantai.
Boleh pulak dia terfikir pasal tsunami kat situ... huih! hahahaha
Happy travel ya..semoga selamat kedistinasi..aamiin.
nampak sedap tul makanan yg dipesan tu. Yummy...
bestnya mkn2 tepi pantai!
Cantiknya, best kalau bawa anak-anak berjalan ni. Bonding.
Saya pernah merasa sekali je tomyam Thailand. Memang tak sama macam tomyam makan kat Malaysia. Seronok dapat jalan² tengok tempat orang, satu famili.
Hi Amiizaa, seronoknya JJCM :)
Balik kampung ke kak..hehehe..seronoknyaaa...x ajak kita pun erk....nampak sedap semua menu tu..eh..macam dah lama x buat tomyam la...
Best ni, makan tepi laut, food pun sedap, Alhamdulillah.
menu makanan Thai ni memang sedap-sedap kan Dik :)
Bestnye...teringin nak pergi Thai lagi
Nice..Bleh buat as reference =)
tak pernah sampai Pak Bara lg tp memang view makan tepi laut ni bestkan. tgk dr google pulau tu nama Prasat Hin Pun Yod, Khao Yai Island
Makan Tomyam langsung di negara asalnya, sedaaap sangat pasti 😍😍😍. Rasanya tiap kali ke Bangkok, saya tak pernah ketemu Tomyam tak sedap. Semuanya sedap 😄❤️❤️
Rindunya tomyam asli makan kat thai. Kalau kami semangkuk tomyam tu tk cukup rasanya haha. Sedap2 tgok semua makanan. Duduk pulak tepi pantai 😍
Macam pernah lalu Satun ni.....masa jalan-jalan ke Krabi bawa kereta sendiri.
Makan tomyam tepi pantai.. memang heaven betul tu.
Saya belum sampai ke Pak Bara. Sudah tentu kalau ke Thailand tertumpu pada makanannya yang sedap=-sedap. Banyak jenis tomyam di Thailand. Semuanya sedap belaka. Waktu ke Bangkok dulu hari-hari dihidangkan tom yam yang berbeza.
Post a Comment