Diam tak diam, dah masuk pertengahan Oktober 2025
Kisah September 2025 masih belum dimemorikan disini...cepat betul masa berlalu
Cuti Sekolah yang lepas, selepas selesai majlis kenduri anak buah pada 13/9/2025 kami balik ke Pendang sekejap, 15 September 2025, kami mengambil kesempatan bercuti ke Pak Bara dan Satun (short vacay), bermalam satu hari di Navakiri Resort, Satun, Thailand.
Pagi Isnin, kami singgah di Jitra, untuk bersarapan dan buat insuran untuk masuk ke Thailand, sementara Mr. Papa menguruskan insuran, kami order breakfast dahulu. Mr. Papa juga sempat berjumpa dengan sahabat rapatnya semasa belajar di UUM, beliau juga Lecturer di UUM sekarang.
Tapak ini dulu adalah Kedai Joe Pulut Cendol, tinggal kenangan, tak ada dah kedai ini.
Roti telur warung ini garing dan sedap, makan satu tak cukup budak dua ni. Warung ini semakin ramai orang yang singgah sebab mereka juga singgah buat insuran, maka tak bolehlah nak bertambah roti telur sebab agak lambat nak menunggu, kami kejar masa nak masuk ke Sempadan.
Perjalanan kami sepanjang perjalanan hujan lebat, kami melalui jalan Wang Kelian, Perlis. Masuk ke border juga masih hujan renyai-renyai, syukur tak berapa ramai orang melalui jalan Wang Kelian, suspen juga kalau kena beratur panjang seperti dekat Durian burung/Bukit Kayu Hitam.
Hujan lebat dan renyai-renyai disepanjang perjalanan. Dah sampai dekat Sempadan Thailand. Parking masuk kedalam, barulah declared passport & geran kereta +white card.
Dah berpuluh tahun tak datang keWang Kelian, suasananya masih sama seperti dahulu juga. Tak berubah. Selepas Mr. Papa selesai mendapatkan parking, beliau terus ke Laluan khas untuk passport & geran kereta dekat sini.
Kami pula di laluan yang agak panjang beraturnya, walaupun panjang tapi agak laju juga, Tak seperti pengalaman kami di Durian Burung dan Bukit Kayu Hitam sebelum ini untuk ke Hatyai, agak slow sangat prosesnya.
Selepas proses passport, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan sepanjang kampung agak tenang, suka dengan vibe area kampung di sini, rata-rata muslim. Yang penting tak ada Polis Thailand di atas jalan berjaga, driving dengan keadaan yang tenang.
Sudah agak suram gerai-gerai disini, compare dahulu sangat meriah orang Malaysia datang membeli belah disini.
Meneruskan perjalanan ke Pak Bara. Misi datang kesini santai dan jalan-jalan carik makan especially TOM YAM.
21 comments:
Seronoknya jalan- jalan...
Saya nama jer ddk Utara x pernah sampai lagi jiran Malaysia ni...
bestnya jln2 ke negara sebelah :) tomyam kat sana memang ori dan sedap kan...aisehhh terliurnyaaa
sronok tu cuti sekolah ke thailand...adik aritu ada juga pegi satun...oh kedai jo pulut cendol tu dh tutup..dlu pernh mkn situ cucur udang kuah kacang sedap
Gerai2 tu macam suasana di Cameron je.
Wah ke Thailand ya...lama juga tak masuk sana.
wang kelian dulu bukannya femes tempat shopping ke.
suatu ketika dulu memang pemes...sekarang sendu sangat deretan kedai-kedai wang kelian tu tak ada pelanggan, ada yang tutup terus...
ambik angin luar sikit..hhehhehe
kakmieja suka bila balik utagha lajak makan tomyam hiksssss....
haaa memang itu yang dicari hehehhehe
jo cendol pulut dah tutup selepas beliau meninggal, perebutan harta dengarnya (tak pasti betul ke tak) sebab arwah kawin 1 lagi. Kedai jo dulu dari gerai kecik hinggalah kedai besar.kakmieja pun suka singgah sini bila balik kedah. tak sangka pula pengakhirannya begitu
JJCM jerk hehehhe
aaaa banyak mcm sama style
cantik-cantik fotonya.. saya kalau amik gmba hurm barai hehe
Masa pergi haji jumpa makcik² dari Satun, baik² orangnya. Sebak pulak bila ingat kita dulu bersatu di bawah kerajaan Kedah Tua.
Baru tahu Joe Pulut Cendol tu dah tak ada ye. Lama tak pergi area sini.
Seronoknya cuti ke Satun. Few times nak pergi tapi tak jadi2.
cerita pasal satun, teringat kisah kami last year. sampai satun dah lewat, kelam kabut nak cari hotel. lapar giler pun ye dah pukul 5 lebih dengan jem melekat sepanjang jalan masa tu. Sampai satu kedai elok dua perempuan tu pakai tudung dengan tanda halal depan kedai. semua order dan tak sabar nak makan. suami g belakang intai intai pastu nk cuci tangan kat sinki belakang elok je anjing melepak tepi sinki. besar lak tu terjelir jelir. hahahaha. kelam kabut dia tarik kami ajak keluar dan cancel order
seumur hidup tak pernah lg masuk siam ikut WK.. mesti akan masuk BKH. sbb rasa jauh dr Penang nk ke Perlis. huuhuuhu
Waah seru juga jalan darat ke Thailand ya kak.
Lagi sering hujan kah di sana? Minggu depan saya ke Malaysia, Ipoh dan KL , harap2 lah cerah cuaca 😄
oo laaa.. Joe Cendol dah takde ya sekarang.. akak rasa macam few years back ada singgah situ.
Post a Comment