Berjaya BW semua kawan-kawan, 2 hari tinggalkan blog 😀😀
Macam-macam cerita, tergelak sendiri, mencuit hati...
Hari Sabtu 12/7/2025, selepas pakcik pulang dari OS
maka kami berdua terus berangkat ke MRSM Serting.
Perjalanan memakan masa dalam 2 jam, dalam pukul 6.00 petang kami sampai di MRSM Serting.
Balqish ada Perkhemahan Pandu Puteri peringkat Kebangsaan (Zon 1) Melaka, Johor & Pahang
bermula pada 10 Julai 2025 hingga 13 Julai 2025.
Kami datang untuk memberi moral support dekat aqish, berkhemah dalam masa yang sama aqish kena menyiapkan file RAJA bersama dengan Penguji dari MRSM lain.
Plan asal nak check in hotel dahulu, tapi WAZE menunjukkan arah yang berbeza
Maka ke Serting dahulu. Tak berapa familiar dengan kawasan sini takut nanti sesat,
WAZE suka juga bawak ketempat-tempat yang pelik-pelik, maka lebih baik ke Serting dahulu sebab hari dah menghala ke lewat petang.
Sampai dekat Serting, singgah SpeedMart membeli jajan, air asam jawa dan strepsil, aqish sakit tekak dan tak ada suara, demam yang agak teruk sepanjang minggu lepas, mujur dia kuat. Nak buat presentation suara tak ada, kawan take over untuk present.
dibalik tabir /plastik hitam tu khemah anak-anak dari pelbagai negeri Zon (1)
Dapat jumpa sekejap, bagi aqish air asam jawa sebab suara hilang, sakit tekak, bagi strepsil dan juga jajan untuk kawan-kawan. Malam, jadual aqish padat bersama Pagawai Penguji file RAJA.
kebetulan dapat jumpa Cikgu yang handle Pandu Puteri untuk FILE RAJA aqish. Maka dapatlah berbincang berkenaan projek seterusnya, projek kemasyarakatan. Insyallah kami akan tolong dan support mana yang boleh.
Cikgu Huda, person in charge Pandu Puteri dan juga pegawai tertinggi dalam PP untuk seMRSM. Setiap aktiviti memerlukan signnya. Selepas solat maghrib aqish ada perjumpaan dengan Pegawai Penguji dari MRSM lain, jadi kena ambil peluang untuk berbincang bersama.
Selepas habis berdiskussberbincang dengan Cikgu Huda, maka kami ke hotel untuk check-in. Dekat Serting tak ada hotel, puas google, ada homestay sahaja, maka agak jauhlah sikit dalam setengah jam perjalanan.
Kami menempah hotel dekat Bahau, perjalanan dalam setengah jam lebih kurang. Dekat sini ada beberapa hotel juga, tapi disebabkan review bagus dekat hotel Aurora ini, kami memilih untuk bermalam disini.
Tak sangka ramai rupanya orang luar menginap disini, macam-macam plat nombor ada (jakun sekejap, pekan kecil tapi ramai orang dekat sini), sampai sini lebih kurang dalam 8.00 malam, check-in dahulu dan keluar pergi makan malam. Balik baru solat jamak dan terus rehat.
Bagus hotel ini ada sediakan EV Charger. Senang tak payah berebut, disediakan 2 tapak sekali gus. Kami baru berborak kalau kereta elektrik dekat mana nak charge kereta kalau dekat sini, wah tak disangka hotel siap sediakan EV Chargers.
keluar pergi makan dekat kedai dekat-dekat sahaja, dah rasa kepenatan.
Jumpa kedai paling dekat, kedai ni menunya simple sahaja. Ada 3 jenis menu sahaja seperti dibawah. Memang rare, kedai ini ada customernya tersendiri. Ramai yang makan dekat sini dari pelbagai bangsa. Senang pilih menu tak payah pening kepala.
Order pun cepat dan pantas.
Menu pilihan Chicken chop & lamp chop, air rootbeer. Tak habis makan pakcik tukang habiskan lamp. Selesai makan malam terus balik kehotel
Pagi kami pergi bersarapan dan mencari mesin pendobi. Susah nak jumpa Kedai Dobi. Kebetulan deretan kedai roti canai ada dobi, terus mendobi baju-baju pakcik os dan baju aqish.
dari mata kasar memang tak nampak langsung, syukur juga terperasan.
Sementara baju nak siap, kita pergi bersarapan dulu. Random, tengok ada kedai roti canai kami terus singgah.

















16 comments:
Perjalanan yang indah, tahniah ya anak berjaya ke MRSM. Semoga belajar lagi rajin dan menjana kejayaan demi masa depan.
mudah2an sakit tekak Balqis cepat redanya.
pesan dia kena minum air kosong banyak2
Sedap nampak roti canai tu.
Tenkiu bawak saya jalan2 ke Serting sambil baca post ni hehe
Semuga Aqish cepat sihat ye. Sian tenguk. Menu 3 je tapi semua pun best. Kecur tenguk chicken chop dia.
mmg signboard dobi tu dh blur...so skali imbas mmg tk prasan kn..smoga dipermudahkan urusan ank di mrsm
Moga Aqiah lekas sehat kembali, Mbak.
Ah roti canai. Ini yang membuat saya penasaran bagaimana rasanya karena belum menemukan pedagang roti canai disini.
Salam,
Harapnya sekarang Aqish dah sihat ye.
alhamdulillah..dipemudahkan urusan nya
Bagus Kak Mieja dan husband datang bagi moral support kat Aqish. Bertambah semangatlah dia parents datang. Di Serting memang tak ada hotel. Bahau tu kira banyak juga hotel berbanding Pilah. Bahau pun lagi meriah dan besar sikit dari Pilah. Saya rasa Aurora Boutique Hotel ni antara yang paling menarik dan ramai orang stay di sini kot. Bagus juga pihak hotel menyediakan EV Charger untuk pengguna kenderaan elektrik. Pagi-pagi di bahau sejuk berkabus. hihi...Dapatlah juga bersarapan di sini kan.
moga Aqish dah sembuh sakit tekaknya
Moga sihat sepenuhnya buat Aqish. Senang kalau hotel ada EV charger kan.
All the best Aqish. Bestla parent datang bagi support.
Daktiga ni, memang harap omak je la, ahahah! paknya mmg tak port hal sekolah.
hari ni mcm mana aqish? masih skt tekak lg atau dah beransur pulih?
syafakillah...
sedap pula sy tgk roti canai tu ;-)
Saya sukaaa kalo kedai makan tak banyak menu. Tak pening memilih 👍☺️. Apalagi 3-3 nya tuh nampak sedap. Walaupun pilihan saya dah pasti lamb chop kalo kesana 😄
Enjoy je… ni lah masa nak belajar berdikari dan berseronok dengan kawan-kawan
Post a Comment