Hari ini Ali Iqbal sedang menghadapi peperiksaan semester ke-3, untuk paper Program Design (Programming). Moga dipermudahkan urusan Ali menjawab semua soalan pagi ini.
Sambungan kisah aqish hari Ahad 13/7/2025, selepas selesai upucara penutup Pandu Puteri, semua berkemas dan akan bergerak balik ke maktab masing-masing. Mereka semua dari Kuantan, Johor & Melaka.
Simpan sini untuk kenangan sebahagian anak-anak.
Aqish jumpa Yasmin dekat sini, kawan semasa sama-sama ke Korea ketika mewakili Malaysia dalam perkhemahan Pandu Puteri peringkat Antarabangsa. Ketika itu aqish dan Yasmin berumur 10 tahun (darjah 4). Yasmin dari MRSM Kuantan.
Rakan-rakan yang sama-sama membuat file RAJA. Yasmin (MRSM Kuantan) & Arrissa (MRSM JB)
Dengan guru Pengiring yang turut sama menaiki bas.
Nak balik ke TGB, kita berpisah dekat sini.
Selepas aqish bertolak, kami singgah makan dan solat jamak di masjid Serting. Kemudian baru bertolak balik ke Cyberjaya.
Suka kawasan yang masih hijau, belum ada pembangunan yang terlampau. Moga tempat ini sentiasa dipelihara, sejuk jer.
Lalu jalan ini , ramai riders yang berhenti mengambil gambar. Tempat ini yang viral yang dikatakan macam di NZ tak pasti macam mana mereka kategorikannya.







30 comments:
cantik la warna uniform pandu puteri ni!
ni kat area jelebu kan kak? ada angle yang cantik untuk ambik gambar.. even dalam filem blood brothers ada juga shoot kat sini untuk scene yang last tu.. bila ingat balik, rasa macam kelakar pulak.. hehehe..
Ternyata kegiatan pandu berjalan dengan baik disana ya Mbak. Bagus juga Aqish turut serta dalam kegiatan pandu ini. Apalagi sempat juga mewakili Malaysia ke Korea. Hebat sekali.
Suasana lingkunan disana masih asri dan hijau. Semoga tetap demikian beberapa tahun kedepan.
Btw. Disini nama pandu disebut dengan "pramuka".
Salam,
Semoga Ali Iqbal akan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Cergas sungguh Aqish ikut aktiviti kokurikulum.
waahhhh style begambar up semula ye trend cmtu hehe
Alhamdulillah selesai sudah perkhemahan Aqish dan kawan-kawan. Dapat juga dia jumpa kawan lama di sini. Kawasan Pilah, bahau dan Jelebu masih lagi banyak hutan terpelihara. Tanah adat, tak boleh sesuka hati usik dan buat pembangunan. Highway Temiang tu kena tengok photographer ambil gambar dari sudut yang nampak macam NZ. Movie blood brother pun shooting kat sini.
wah, seronoknya masing2 dpt camping & jumpa ramai2...
berbeza betul baju pandu puteri dulu dan kini, warna pun berbeza sangat. Akak masih simpan baju pandu puteri masa sekolah dulu
Wah..progam sihat kan minda, mental fizikal..Nak tanya blogger atau addmin blog ni masih belajar ya..maaf tanya dek
rasanya dik....tp ramai betul yg berhenti...meriah...hehheheh
warna hijo heeee
ohhh pramuka namanya....pastinya kalau ada kegiatan kekeluar negara, indonesia juga turut serta penyertaanya....sedunia
Terima kasih aunty amie diatas doanya 💖💖
kan...trend lama ni up semula
waaahhh bagus kalau hutan dekat N9 masih terpelihara.....beza sungguh kalau kearea PD/seremban semua dah botak jd pembangunan. ooooo baru tau movie blood brother shooting dekat situ
💖💖
wahhh bagusnya kakfuzzy masih simpan, kalau aktif boleh jd pegawai ni PP special invitation
Adminnya sudah tuek lah Etuza si Amiizaa@Mieja, yg masih belajar anak-anak saya 🥰🥰🥰
seronoknya camping sambil menikmati indah alam semula jadi
All the best utk Ali Iqbal 🤲🏻
Hebat aqish, sampai ke korea perginya... terbaiklah 👍🏻
Seronok aktiviti Pandu Puteri. Teringat zaman sekolah menengah dulu.
seronok bila jmpa kawan yg sama2 ke korea tu ye....dlu kita join pengakap..pandu puteri tk join hehe
** lupa nk update ..kita nama AMY..yg TISYA tu nama anak
porgram mcm ni mmg seronok... bkn sahaja dpt jumpa kawan2 tapi bila buat aktiviti sama-sama tu, lagi berganda keseronokannya tu... zaman kite dulu, camping kat padang sekolah pun dah rs nak melompat da... ni kan pula tempat yg jauh...
Seronoknya zaman sekolah,kalolah boleh diputar waktu.Sanggup struggle mengaji balik.Skrg bdk2 untung,banyak exposure luar.Dan yang lebih bagusnya kalo anak2 suka join aktiviti luar.
Maaf ya..Baru faham..seronak anak jadi model blog..semoga beroleh kejayaan. aamiin
Semoga dipermudahkan urusan Ali untuk jawap periksa dengan tenang.
Seronok baca tentang aktiviti anak-anak Pandu Puteri. Dapat jumpa kawan-kawan dari tempat lain juga.
lahh naik balik trend bergambar tu hahaha patutlah nampak banyak orang pose macam tu ingatkan saja nak buat content
Jauh Aqish join aktiviti PP sampai ke luar negara.
Pasti pengalaman yang sukar dilupakan.
Mungkin mirip Krn jalanannya sama2 panjaaaaang dan sepi tanpa ada kendaraan kak. Sukaaa saya lihat nya 😍😍. Semoga lah tetap terjaga tempatnya yaaa.
Bila tengok balik seragam pandu puteri , teringat balik zaman-zaman sekolah , pergi perkhemahan ..
Post a Comment