July 2, 2025

Part Last ~ Den Haag, The Haque Belanda

Selepas selesai solat jamak 
Kami bergerak untuk balik ke Amsterdam

Singgah tapau nasi arab dan kebab (anak-anak pilih untuk makan kebab) 
Kedai makanan Halal senang nak cari dekat sini
ada restoran Indonesia, Pakistan, pilih jer nak yang mana

Tapau Nasi Arab & kebab
Dinner dekat dalam bilik sahaja
sebab Mr. Papa nak kena buat kerja pejabat

Layanz gambar-gambar sekitar The Haque

sekitar Den Haag

cantik tersusun semua basikal
sekitar China Town
China Town
                                                Deretan kedai makan, ada macam-macam restoran dekat sini
        singgah restoran Pakistan, beli nasi arab dan kebab untuk dinner, jam lebih kurang 5.30 petang
sementara tunggu order siap, lepak dekat restaurant dulu, selepas selesai order (take away), kita berjalan menuju ke train Den Haag-Schipol
comel basikal
Berjalan menuju ke train centre. Bangunan coklat adalah Kementerian Pertahanan The Haque
sekitar kementerian pertahanan
                                                              University of Leiden
Atas rumah, bawah ada laluan tram..... menarik.
Tram tengah berhenti
basikal adalah kenderaan yang sangat berharga

Pejabat semua dah tutup, semua sedang menuju pulang kerumah masing-masing
dekat area sini kami lepak sekejap ambik gambar, tiba-tiba ada polis buat signal dekat Mr. Papa. Ada pencopet, masa ambil gambar, mata papa awas tengok pencopet. Tapi kami tak dapat bezakan yang mana satu pencopet ketika itu & disebabkan polis dah bagi signal, kami teruskan perjalanan menuju ke Train.
belakang tu sungai, plan nak lepak lama sikit, tapi bila keadaan dalam bahaya. Kami terus beredar dan terus ke train Den Haag Centre 
Ke Den Haag Centre untuk balik ke Amsterdam. Tiket beli secara online.







Sekitar permandangan hijau semasa perjalanan pulang ke Amsterdam.




NOTE:

Enroute to the hotel - Den Haag Central to Hyatt Place Amsterdam Airport
Transportation:
Train

NS Train (Schiphol to Den Haag) - Return Ticket €84 for 5 person
Den Haag


13 comments:

Ana Jingga said...

Alhamdulillah... seronok baca , syukur juga mudah nak dapat makanan halal di sana.. tq for sharing

Mama Zharfan said...

Best!! I suka tgk gmbr2 europe..moga2 ada rezeki nak ke netherland next year(work trip)

mama tisya said...

bila kt overseas dpt menu nasi arab or kebab sure rs lega sbb kdg2 certain menu negara org kita tk bole mkn utk yg jenis susah mkn

adnil linda said...

naseb baik polis tu beritahu..boleh la kita berjaga2...
menarik laluan tram, atas rumah tu....

Amie said...

University of Leiden! Teringat pensyarah saya cerita, ada perpustakaan bawah tanah yang menempatkan (kalau disusun 1.5 kilometer) manuscript Melayu yang diambil oleh colonial Belanda dari nusantara. Pensyarah saya menyempurnakan pengajian mastersnya di universiti ini.

Abah Titik Asa said...

Banyak sekali sepeda (basikal) disana ya Mbak. Rapi sekali tempat parkirnya.
Asyik sekali Mbak jalan-jalan disana bersama keluarga tercinta.

Salam,

Suria Amanda said...

Nasib baik xde apa2 yang berlaku ye kak..SA teringin nak naik tram tu..suka tgok masa citer Dilwale Kajol dan SRK tu...tapi tu kat tempat lain la kan...semoga ada rezeki SA nanti

ch@ said...

datang tengok memori kakMieja. lawa-lawalah bentuk bangunan situ.

Rawiwa said...

Atas rumah, bawah laluan tram.. uishhh... menarik tu.. belum pernah nampak.

Eyma Balkish said...

Saya follow sini..

Aphizha said...

Kalau di luar negara sangat mesra pejalan kaki. Sangat seronok berjalan-jalan melihat bangunan di sini. Bangunan pun menarik. Unik laluan tram tu di bawah rumah.

mummy_ayu said...

wah..semua pun nampak cantik & unik

Lynn Abd Latib said...

Best kan travel tengok tempat orang,semoga ada rezeki saya pulak suatu hari nanti nak berjalan2 bawak anak2 nanti.