July 3, 2025

Dusun Durian Uncle Neo, Jasin Melaka

Hari Sabtu yang lepas hantar aqish balik ke MRSM, TGB Jasin
Singgah kedusun durian, bawa aqish makan durian
hari tu kawan aqish bawak durian balik keasrama
kena tegur dengan senior tak boleh bawa durian sebab pencemaran bau
dapatlah merasa sorang sikit

Kami ke dusun durian Uncle Neo 
yang terletak di Jasin
Recomended sangat untuk peminat durian
kalau yang rajin ride hujung minggu, singgahlah kesini

Plan asalnya nak pergi Dusun durian uncle Heng
tapi sambutan dekat dusun beliau diluar kawalan, dah semakin famous 
jem & Rela siap mengawal lalu lintas, maka kami batalkan niat kesitu

Masa kami sampai didusun Uncle Neo, musang king dah habis. 
durian jenis lain pun habis, ada durian kampung yang masih banyak
musang king ada tinggal sebiji, kami cepat-cepat ambil
kami try durian Kasap, durian kasap pun dah tak banyak
pertama kali juga try durian kasap, sedap dan manis

Alhamdullillah rezeki aqish last dapat musang king, durian kasap

siap kupas, makan dekat meja yang disediakan. beli untuk sekali makan jer 

Musang King & Kasap B. 

Dapat free sebiji durian kampung kerana kami buat review,  tak ambik gambar 😁
Terima kasih Dusun Uncle Neo 

Isinya tebal dan bijinya semua kecik-kecik bak orang johor kata kesep

ok puas dah aqish dapat makan durian, balik awal sebab masih minggu exam

Terima kasih Dusun Durian Uncle Neo bagi durian kampung percuma.
Lepas habis makan durian, beli barang makanan untuk aqish dan balik ke asrama.
Kami pun bergerak balik, jalan jem sampai rumah pun agak lewat juga

16 comments:

Mama Zharfan said...

mahal betul durian musang king..my fav tuuu..thn ni lom mkn lagi

Afzan said...

sedapnya dapat makan durian dalam dusun...anak saya pula musuh durian,bau durian pun boleh jadi gaduh

norhidana said...

Bukan sebab pencemaran bau tp sebab tak ajak dia makan tu. Apalah senior2 ni kan... nampak elok duriannya tu. Puas hati la Aqish tu

uncle gedek said...

Amboi.... pesta bawah pokok nampak?

Abam Kie said...

cuma mampu melihat org makan durian sbb sy x makan durian!

Puan Hazel said...

Aduh sedapnya makan durian dlm dusun gini 😋 buah fresh lagilah best!

Tqsm singgah blog PH ye ... Selamat berkenalan 🤗

Aphizha said...

Bestnya dapat makan durian di Dusun. Lagi best feel makan durian tu kan. Alamak, saya orang Johor tapi tak tahu kesep tu apa.

anamizu said...

waahhhh sedapnyaaaa mkn durian fresh di dusun mcm ni! TQ singgah blog Anamizu hehehe

Abah Titik Asa said...

Sedap sekali makan durian Mbak, apalagi melihat foto durian yang tampak tebal lapisannya.
Disini yang terkenal durian montong. Dagingnya tebal, rasa manis tak terlalu menyengat.

Salam,

Rawiwa said...

Bestnya makan kat dusun. Ok gak tu MK RM38. Murah dari tempat kami.
Pitam kawan² Aqish yang tak makan durian bila ada kawan bawa balik ke asrama.
Anak akak pernah makan kat Durian Heng sebab viral katanya. Akak tengok DH kat FB je... menarik sungguh bila kupas durian.

Ezna Khalili said...

Alhamdulilah makan durian. Belum lagi mencari buah durian. Anak je tak makan durian ni. Orang makan dia tengok je.

paridah said...

sedapnya makan durian kat dusun

mummy_ayu said...

musim durian....sana sini org jual durian kannn

ch@ said...

kita makan duyan dusun fil. buah banyak jatuh, dia baru nak order grab hantar ke kita, alih-alih kita balik rumah fil, terus mkn duyan kampung. isi tebal biji kecil ja. sedapnya.

Suria Amanda said...

Bestnyaaaa...eh SA pun ada beli durian..ada gambar..blom update entry lagi rupanya...

Mulan said...

Seronoknya makan durian di dusun. Teringat pulak kawan Chinese nama Neo asal Melaka.