Sambungan catatan ringkas kisah percutian
Hari seterusnya, kami ke Paris, France.
Permintaan saya adalah untuk ke Brussel atau Belgium, dekat sikit
tetapi pakcik buat keputusan untuk ke Paris
Kami pergi satu hari satu malam sahaja
Perjalanan dengan menaiki bas ekpress, bertolak jam 12.00 malam
Target ke Paris adalah untuk ke Eiffel Tower, Arc De Triomphe dan Champs-Elysees sahaja
Tempat makanan halal dan surau kecil juga mudah didapati disini.
Sangat kagum dengan pemandu bas yang sangat berdisiplin
Malam itu, bas penuh untuk perjalanan ke France
Ada beberapa kumpulan students Malaysia dan Indonesia turut sama menaiki bas
Sampai di station bas Paris (Quai De Bercy)
Seterusnya kami plan untuk menaiki train untuk ke Eiffel Tower
Sampai di station Bir Hakeim, kami berjalan menuju ke Eiffel Tower.
Cuaca dekat sini agak panas, sama panas macam dekat Malaysia
Masa kami sampai, belum ramai orang, agak tenang. Hanya di kacau oleh mamat negro yang menjual souvenirs, fasih berbahasa Melayu. Sempat pakcik bergurau dengan mereka, kami nak bagi RM pandai depa tak nak. Nak offer RM100 pun depa tak nak.
Tenang bila tak ramai orang waktu pagi, masuk ke tengahari penuh dengan orang berkelah diseluruh tempat di sini. Cuaca memang panas sangat masa ini. Baunya jangan cakaplah...memang pesing (orang jowo kata) 😂😂indah khabar dari rupa. Kalau sampah sarap mak aih......mengucap panjang....silap tak ambil gambar sampah bersepai-sepai ketika itu.
Ali meniru gaya negro yang mengacau kami, depa sibuk juga mengambil gambar dekat sini sambil buat aksi seperti Ali...hahhahahha terhibur sekejap.
Seterusnya kami lepak makan dekat hadapan stadium Paris seperti gambar dibawah. Masa ini stadium Paris sedang dalam under construction.
Ada banyak juga Muzium dekat Paris, tapi tak sempat nak pergi takut kesuntukan masa untuk ke tempat yang lain-lain.
Dekat sini boleh ambil cruise untuk ronda dekat river seine.
Boleh ambil Cruise dekat sini, ronda-ronda dekat sungai Seine sekitarnya.
Bergambar kenangan, ada tangga dekat tepi untuk turun kebawah kecruise dan cafe
Penat melayan pakcik negro yang memaksa untuk beli sourvenirs, anak-anak jadi tak selesa untuk mengambil gambar, maka gambar kami dekat sini tak berapa banyak....rimas dengan pakcik negro 😢
Seterusnya kami ke Arc De Triomphe
Kami malas nak melintas, jadi kami ambil gambar dari jarak jauh sahaja. Cuaca panas, tak boleh tahan...sama macam cuaca di Malaysia.
Selepas selesai sessi brgambar kami terus ke Champs-Elysees & juga makan tengahari dekat kedai Pakistan.
Semasa ke Champs-Elysees, kami berpecah...makcik dengan gang gegirl kebutik yang kami nak tuju dan pakcik dengan ali ke butik yang mereka nak tuju juga, jimat masa.
Ada butik Delsey, kalaulah boleh beli dan heret luggage, tapi tak rajin nak kehulu kehilir dengan bawa luggage. Salah satu favorite luggage kami, memang tahan lasak, campaklah macam mana pun tetap menten walau usianya dah lebih 10 tahun
Pemintak sedekah ditengah panas rembang
Arked ada macam-macam dalam ni...souvenirs dan lain-lain. beli poskad untuk simpanan sendiri.
selfie
comel basikal 3 roda
Selesai misi dekat Paris, kita nak berjalan pulang ke Eiffel Tower untuk ambil train dan ke Bus Station.
Menuju ke Eiffel Tower untuk ambil train
Area Eiffel Tower padat bila waktu semakin petang.
Punyalah ramai orang beratur nak beli tiket naik ke Eiffel Tower
beli tiket train dekat kaunter.
Jumpa signboard "ESPERANTO" nama sama seperti my cousin.
Menunggu ketibaan bas untuk balik ke Amsterdam
full seat, seronok melihat pelbagai ragam manusia
sampai Hyatt hotel, dalam 12malam. Esok adalah hari akhir dekat sini.















































12 comments:
itulah Meija kan, banyak juga darkside di kotaraya Paris yang kak ana dengar dan baca di socmed. Apapun hati-hati sahaja di mana juga kita berada kan, alhamdulillah rezeki Mieja berada di sana..
sonoknya jenjalan Paris cantik tempatnya
best nya dapat tengok menara Eiffel depan depan
Ah Mbak, betapa senangnya sudah sampai Menari Eiffel...
Saya puaskan mata dengan memandang foto-foto yang Mbak tampilkan pada entry ini. Entah kapan saya bisa berkunjung ke sana...
Salam,
yg offer RM100 tu boleh dpt 100 keping souvenir ke? hahaha...
kedai2 champs-elysees tu kami tgk je dari atas bas... memula nak jg turun tp lps tu fikir, dlm keadaan sejuk2 ni duduk je laa diam2 atas bas sambil tgk gelagat pembeli2 kat butik2 mewah... sy dtg ms tu lps krismas. so mana2 kedai ada sale sdg berlangsung...
Saya pun dengar banyak cerita tak bagus ttg Paris ini. Kotor, sampah di mana2, dan bau Pesing 😅🤣. Apalagi banyak scammers juga kan. Teman saya dompetnya di copet saat di Paris. Hilang ribuan USD dia.
Saya sendiri kalo ke Prancis, kota yg nak saya visit bukan Paris. Tapi kota2 kecilnya. Yg lebih tenang dan tidak ramai. Cuma paham, kalo ke Prancis tapi tidak ke Paris macam kurang juga 😅
Masa tak ramai orang lah syok ambil gambar. Tapi tulah hilang mood pula nak bergambar disebabkan mamat negro tu. Ya, paris ni indah khabar dari rupa daripada apa yang saya pernah baca pengalaman orang lain. Selain bau, kotor, ramai juga pencopet. Kena hati-hati berjalan di sana. Seronok masing-masing shopping.
hahahahhaha mat negro pon pandai, tak mounya dia....time krismas lagi best tu sale sana sini😎😎😎
itulah pesingnya itu bukan kaleng-kaleng hehheeheh....mahu juga jejakkan kaki ke kota cinta 😂
RM100 tu kira besarlah setakat nak beli souvenir. memilih betul mamat tu
ooo patutlah ramai yang menulis Paris ni terutama di Eiffel Tower tu kotor.
Dapat gambar di situ ok lah tu boleh ke tempat lain pula.
Dh baca pasal darkside Paris ni dlm blog dgn TikTok, rasa seram pulak. Bab sampah tu ingatkan biasa2 rupanya tak. Hahaha. Penyeluk saku pun bahaya juga
Post a Comment