Sambungan hari terakhir dekat Amsterdam
Ada banyak lagi tempat yang belum di terjah, kena repeat datang kesini semula
Awal pagi selepas breakfast, kami telah keluar menaiki Train untuk ke Amsterdam
Tujuannya untuk pergi shopping souvenirs, beli cheese dan benih bulbs amarlylis
seronok betul, train masih kosong dan bukan main hah bolehlah berlari-lari
Masih awal, kedai belum buka lagi
ada beberapa sahaja kedai souvenir yang dah buka
lengang, ada beberapa kedai souvenirs sahaja yang dah buka
sunyi amsterdam centre
Terus menuju ke pasar bunga
Dah kelihatan pasar bunga, target tak boleh lama-lama dekat sini...tapi kami dah terover timing disebabkan terlalu rambang mata
Ralit duduk dekat sini.
biji benih pelbagai bunga
Anak-anak masing-masing ke kedai souvenirs, Allysha dekat kedai cheese,
allysha pilih untuk ke Henri Willig
Depan Henri Willig
Setiap warna melambangkan pelbagai perisa
Beli poskad, wajib untuk simpanan sendiri
macam-macam jenis canabis cookies
RITUALS Amsterdam
Kakak ni pekerja Rituals, dari Indonesia telah berkerja dekat sini lebih 10 tahun.
Ada lagi seorang kawan beliau juga berkerja disini, kagum dengan semangat dan kekentalan jiwa beliau.
kedai baru nak bukak, terhendap-hendap budak dua tu nak masuk
selesai membeli, kena balik ke hotel untuk ambil luggage dan terus ke airport.
checkin ~flight dalam pukul 6.00lebih pm
Kami menaiki Airbus, ada pula drama dalam flight. Satu keluarga ni tak beli number untuk seat mereka dan buat kekecohan nak duduk dgn famili mereka, sedangkan seat mereka bersepah-sepah, mujur ada mat salleh yang baik hati dan professional memberi seat beliau.
Siap wrapping. Sampai Malaysia masuk dalam fridge, tak tahan panas..jadi hiasan dalam fridge hahahha
Time untuk makan dan coffee
Transit dekat Dubai, dah awal pagi so tak nampak apa...gelap
lepak & pakcik sambung buat kerja































21 comments:
Geramnya tgk tulips tuuu.. fridge magnet bulat tu soo cute!! Best nya holiday abroad, kenangan terindah pastinya...kami 1 family masih belum move on sepenuhnya psl cuti2 UK wpun sept ni genap setahun lah our holiday
dapat juga bawa balik tulip cantik dari Belanda
Luar biasa, memang seronok travel ni..sangat lawa gambar dikongsikan..
Hari hari yang super menyenangkan
Perjalanan yang begitu membahagiakan
Aneka souvener yang cantik
Basikal kat sana macam kenderaan utama juga kan?
Cantik tulipnya. Tulip ni sesuai kat negara sejuk ni. Tiba negara kita panas....
nieyl suka tengok bangunan-bangunan dkt situuuu...
Wow suka bunga tulip 😍
wahhh banyak nya souvenirs...rambang mata
ms ternampak kedai canabis tu mula2 pelik laa juga... sebab sy rasa mcm agak terbuka je cara jualannya walaupun sebelum tu dah tahu kat belanda tu serba serbi yg haram jadi halal hehehhe
Masuk pasar bunga tu mesti susah nak keluarkan.. semua lawa2
Tak tahan rupanya tulips dgn cuaca negara kita ni ye... kot la nak segar sehari dua :)
Tertarik dengan bermacam bunga yang ditawarkan disana...
Souvenir yang ditawarkan terlihat cantik dan lucu-lucu. Senang mata ini memandangnya.
Salam,
Melihat centernya sepi pagi2, agak pelik kan. Sebab terbiasa lihat KL, jakarta, pagi2 buta pun ramai 🤭😅😅.
Duuuh saya kalo lihat keju nya, pasti nak borong banyaaak 😁
Alahai...dah duduk dalam peti, siapa pula nak melihat keindahan nya... hihi...memang tulips dekat Malaysia kena yang plastik Aje lah..
Seronok keluar awal pagi masa tak sesak ramai orang. Jalan lengang dan nak bergambar pun seronok. Geramnya tengok sourvenir dan bunga-bunga yang ada. Memang terlajak masa lah kat situ kan. Aduh, drama dalam flight ni payah juga ye. Mujur ada yang faham dan beralah. Tak pasal-pasal je.
masih ok ye bunga tulip tu bila dh smp msia...syok bila lastday nk shopping cenderahati utk kenangan
Baru saya tahu bunga tulip tak tahan panas..
risaunya cannabis cookies tu xD kalau makan terus jadi high tak agaknya?
tulips tu nampak macam bunga kantan pulak. sampai ke hari ni masih duduk dalam peti ais ke? hehe
Canabis cookies? Oh.. sana tak jadi kesalahan ye, amik ganja.
Cantik tulips duduk dalam peti ais. Serius, saya ingat dulu macam tak boleh bawa masuk tumbuhan atau pokok ni. Sebab pernah tengok majalah 3, kena kuarantin dulu pokok dari overseas yang masuk ke Malaysia. Sekarang, dah boleh, ye.
adoiiii.. tulips manja tu.. sekejap je dia layu rupanya.
Tulips pun hahaha tp memang lah Malaysia bukan tempat dia kecuali tanah tinggi. Comel FM bulat tu. Seronok keluar awal dr hotel boleh selfie puas2 tak ramai org
Post a Comment