July 31, 2025

Gunung Jerai @Yan, Kedah

Simpan sini untuk kenangan
Kalau ada yang planning untuk ke Utara, singgah sebentar di Gunung Jerai.

Tips untuk naik ke Gunung Jerai, kena rancang perjalanan awal pagi untuk naik keatas
Menyewa van adalah lebih baik untuk memudahkan perjalanan 
dan juga untuk mengelakkan kesesakan di atas puncak

Cuti awal tahun, kami naik ke Gunung Jerai dengan menyewa sebiji Van
Parking kereta ditempat yang disediakan

Dalam 2 jam berada dipuncak. van kembali mengambil kami untuk turun
ketika itu dah start jem untuk turun dan naik kepuncak (dah masuk ke tengahari)
ada juga yang main tinggal kereta ditepi jalan yang sempit dan curam
memang mencari nahas kemarahan para driver van

Boleh melihat seluruh Daerah Yan, Kedah  (macam promote Kedah 😂)
kami bersarapan disini sambil mengharapkan angin sejuk,
 tapi cuaca panas ketika kami naik ke gunung jerai
Breakfast nasi lemak dan lain-lainnya juga
selesai breakfast, berjalan sekitarnya, kecil sahaja keluasannya tanahnya
Makan aiskrim dekat strawberry farm
ada kerusi dan meja dekat dalam strawberry farm, boleh lepak makan aiskrim sambil melihat panorama alam
kehutan Jurassic park pula
selfie memang acara wajib kan hehehhehe
periuk kera
Ada aktiviti naik basikal giant , menarik...tapi anak-anak semua tak nak join....



kalau malas berjalan, bolehlah naik train untuk turun kebawah 

19 comments:

Djangkaru Bumi said...

wah di sana cuaca panas juga ya
Sama di Jakarta rasasnya gerah pol
Pemandangan yang indah

Roziah @ Cie said...

Bila entah nak masukkan list pi Kedah ni. Pernah sampai Langkawi je.

uncle gedek said...

Macam mana harga bfast kat atas tu? Mahal sikit tak?

Warisan Petani said...

Sewa van, maknanya tak payah mendakilah erk

Etuza said...

Wah..seronok mendaki Gunung Jerai..teriangat nak juga buat aktiviti hiking ..entah bila

MOHAMAD TAUFIK said...

tengok sekitar langit biru tu rasa tenang je

Mama Zharfan said...

ni salah satu tempat dlm wishlist..belum pernah sampai ke sini lagi..mcm mana cara nak sewa van tu? kira sewa on the spot lps sampai kat situ ker?

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Uwaaaah cantiiiiiiik kaaaak 😍😍😍. Ada spot melihat dari atas pula yaaa. Sukaaa tempat beginiii. Bisa melihat jauh dari ketinggian .

Puan Hazel said...

Terima kasih Mieja promote kedah haha...
Kami ni malu nak habaq, tak besa pi Gunung Jerai lagi huhu..

Aphizha said...

Memang teringin nak ke Gunung Jerai ni. Tapi tulah belum kesampaian lagi. Vibes dia macam Cameron Highland gitu kan sejuk-sejuk sikit. Tak silap saya Gunung Jerai ni banyak bunga hydragae. Wah, ada platform kaca juga ye. Tempat wajib bergambar tu.

Suria Amanda said...

Bestnya...cantik pemandangan nya kak..SA suka ni...makanan kat atas tu pricey tak x? kalau x salah ada resort jugak kan kak?pernah plan nak bawak arwah mak bercuti kat situ tapi x kesampaian sebab arwah dah sakit masa tu...

Tot said...

Lawanya, pemandangan dari atas Gunung Jerai. Saya tak pernah sampai lagi sana, walaupun pernah tinggal dan sekolah di Aloq Setaq.

Abah Titik Asa said...

Pemandangan di Gunung Jerai ini indah sekali Mbak.
Karena udara panas, lebih baik keliling naik train saja.

Salam,

Farah Manap said...

Wah cantiknya view ats gunung 😍. Teringin jugak nak pergi sini

Mznimnwr said...

pernah naik gunung jerai ni tahun 2021, masatu zaman penjarakan sosial, so tk ramai orang sangat. udara pun segar je, tapi penginapan kat atas gunung jerai tu dah macam terbiar sikit sbb dah lama takde orang duduk sebab covid

mama tisya said...

cantik view nya....kalo area Yan,Kedah ni pernah smp dkt area Titi Hayun kira dkt juga nk pegi gunung jerai tp tk pernah smp lg

ch@ said...

Oh My, sungguh cantik pemandangan mashaaALLAH!
haaa jika aktiviti yg begini, daku sukaaa.
kita nampak kakMieja pakai hijau.

Rawiwa said...

Kedah panas hehehe...
Tapi kalau naik atas mungkin ada sedikit sejuk kot.
Pernah naik sekali sana... sama gak.. naik van je, itu pun seriau dibuatnya.

Nina Ahmad said...

Pernah naik tp time tu strawberi baru keluar bunga. Naik dgn kereta saja sampai atas. Belum dpt peluang lg nk ke hutan simpan