Simpan sini untuk kenangan
Kalau ada yang planning untuk ke Utara, singgah sebentar di Gunung Jerai.
Tips untuk naik ke Gunung Jerai, kena rancang perjalanan awal pagi untuk naik keatas
Menyewa van adalah lebih baik untuk memudahkan perjalanan
dan juga untuk mengelakkan kesesakan di atas puncak
Cuti awal tahun, kami naik ke Gunung Jerai dengan menyewa sebiji Van
Parking kereta ditempat yang disediakan
Dalam 2 jam berada dipuncak. van kembali mengambil kami untuk turun
ketika itu dah start jem untuk turun dan naik kepuncak (dah masuk ke tengahari)
ada juga yang main tinggal kereta ditepi jalan yang sempit dan curam
memang mencari nahas kemarahan para driver van
Boleh melihat seluruh Daerah Yan, Kedah (macam promote Kedah 😂)
kami bersarapan disini sambil mengharapkan angin sejuk,
tapi cuaca panas ketika kami naik ke gunung jerai
Breakfast nasi lemak dan lain-lainnya juga
selesai breakfast, berjalan sekitarnya, kecil sahaja keluasannya tanahnya
Makan aiskrim dekat strawberry farm
ada kerusi dan meja dekat dalam strawberry farm, boleh lepak makan aiskrim sambil melihat panorama alam
kehutan Jurassic park pula
selfie memang acara wajib kan hehehhehe
periuk kera
Ada aktiviti naik basikal giant , menarik...tapi anak-anak semua tak nak join....
![]() |
| kalau malas berjalan, bolehlah naik train untuk turun kebawah |

















