July 6, 2025

Amsterdam Centre

Selepas pulang dari Giethoorn Village
Kita terus ronda-ronda ke Amsterdam Centre
Tapau dinner untuk makan dekat hotel
Solat Jamak Asar-Zohor dihotel

Waktu malam yang pendek
kami tak keluar waktu malam, sebab esoknya nak bergerak banyak
kena rest cukup, sebab banyak berjalan kaki (kaki nak pakai lama 😊)

Pelbagai Kedai banyak dekat sekitar sini
lewat petang, orang semakin ramai dan sesak
makanan halal banyak disini, senang nak beli disebabkan ramai orang pakistan di sini yang meniaga di kedai/restoran. Untuk dinner, lebih selesa makan di hotel (tapau) jadi kita ada banyak masa berehat.

Amsterdam Centre. Port naik Train dekat sini. 
Nak shopping souvenirs, nak pergi pasar tulips disinilah tempatnya
saja snap, tatau apa maksud hehehhehehe
Kalau ada masa boleh ronda naik bot dekat sini.


kami menyusuri rumah-rumah kedai disini (shortcut) Jalan ni tak ramai orang guna, tenanglah sikit
melintasi jambatan untuk ke lot-lot kedai
masuk ke lorong kedai-kedai yang sibuk, ada banyak lorong-lorong kedai, macam-macam ada. 
semua penuh dengan manusia. Bau ganja di mana-mana sahaja. 
masuk lorong ni sebab dekat sini ada kedai sukan kalau tak silap. Ali sibuk meronda kedai sukan
Allysha & Aqish pula sibuk masuk kedai makeup. Layan....
Kedai fries ni sentiasa beratur panjang, dekat sini ada 2 kedai (branch yang sama), kami pilih kedai ke-2 sebab terletak dibelakang-belakang, ramai orang tak tahu. Kedai yang pertama, beratur sangatlah luar biasa sebab terletak dilorong kedai utama.
Makan fries pun dah rasa kenyang. Sebab semua beli seorang satu
Singgah kedai ni beli Chorrus, Tak habis makan sampai keesokkannya.
Dinner kita beli kebab, tapi tak ambik gambar. 
Kedai Cheese. Survey dahulu hari last baru shopping cheese bawak balik.
Ronda kedai souvenirs, tetiba jumpa budak oyen ni, habislah kena gomol. Tuan kedai senyum jer 
lepak dekat dataran melihat gelagat manusia dari pelbagai pelusuk
Petang-petang ramai yang melepak dekat sini.

Setiap petang, para aktivis palestine akan berhimpun dekat sini. 






Nak bergerak balik ke hotel untuk naik train, shuttle van akan ambil kami di Shipol Airport.


12 comments:

thisni3za said...

Nice...=D

Mama Zharfan said...

gambar2 semua cantik! i likeee!!! moga2 ada rezeki MZ nak ke sini thn dpn (bln oct nanti may be akan dpt confirmation jadi ker tak worktrip ke sana)

Abah Titik Asa said...

Gedung Ansterdam Center itu terlihat antik dan dengan gaya arsitektur lama.
Ramai juga disana ya Mbak. Ada sungai dengan air yang jernih. Seru juga kalau naik perahu/boat menyusuri sungai ini.
Dan dimana-mana banyak sepeda yang parkir...

Salam,

Rawiwa said...

Tertarik nengok cheese yang gemuk² tu.
Ada pulak jmdari jenis black sheep... black cow.

Aphizha said...

Okay sangat tu mudah nak cari makanan halal. Kan bagus kalau banyak masa, ada kesempatan untuk naik boat menelusuri sungai dapat tengok permandangan dari view sungai. Meriah di sini orang ramai jalan kaki explore dan menikmati permandangan sekitarnya. Banyak juga kedai-kedai makanan. Geram tengok cheese tu. Agaknya kalau beli stok untuk berbulan-bulan juga tu.

mama tisya said...

ingatkn donut td rupanya cheese ye...fav churros...cantik & tinggi bangunan di amsterdam tu

dear anies said...

masa gi amsterdam dulu konon2 nya nak sewa basikal nak merayau 1 bandar... sudahnyaaa jalan kaki turun naik tram... hehehe...

yg ramai2 ni mesti org luar kan? ya laa bandar famous kan...

Etuza said...

Jauh dah pengembaraan adik blogger ni..syukur alhamdulillah saya dapat lihat bgambar-gambar bercerita , sungguh indah..cantik

Mulan said...

Semua foto cantik, thanks for sharing. Foto atas jambatan di sungai dengan basikal tu, macam same spot kami ambil gambar dulu. Cheese tu alahai geram nya.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Belanda memang tak susah cari makanan halal. Saat mama papa mertua saya masih JD diplomat di Germany, mereka rutin belanja bulanan utk keperluan dapur di Belanda, Krn dekat kan, dan bisa pakai mobil saja sesama negara EU. Di Germany tak banyak supermarket Indonesia, sementara di Belanda ada.

Lihat fries nya langsung teringin, nampak tebal2 😍👍.

Keju di Belanda saya tak pernah skip. Waktu itu pesan dari kawan, dibawakan 2 buah, size besar, rasanya sedaaap sangat. Masih teringaaat lah 🤤😄.wangi2 smokey gitu

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Bau ganja di sana kuat juga berarti ya kak. Saya tak tahan baunya, sama macam di US, Philadelphia hampir setiap sudutnya tercium ganja. Memang pening kepala dibuat

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Cantiknya sungai ..terjaga betul sebab tak nampak sampah sarap yang timbul dalam sungai tu ..